Dari jam 9.00 malam lagi, aku dihujani sms dan panggilan telefon daripada sahabat, ibu bapa dan sebahagian murid bertanyakan sama ada Sabtu hari ini cuti atau tidak? Aku terus menghubungi sdra Zulkeflee. Dalam ucapan pengumuman kemangkatan DYMM Sultan Johor, Menteri Besar tidak menyatakan tentang pengumuman cuti, barangkali kerana hari Sabtu secara keseluruhannya negeri Johor memang bercuti. Sdra Zulkeflee membalas sms yang diforward daripada sms Pengarah JPN Johor, En Sufaat Tumin yang mengarahkan arahan bercuti kepada semua pengetua dan guru besar. Dalam arahan itu beliau meminta pentadbir sekolah menampal makluman bercuti di pintu pagar dengan seberapa segera.
Seawal pagi jam 6.30 aku menyelusuri pekan Pt Sulong, dan didapati ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Ada antara mereka yang mengenaliku dan bertanyakan hal itu. Maklumlah mereka jarang mengalami pengalaman begini iaitu kehilangan sultan atau pemimpin, tidak seperti kita zaman yang lalu, di mana aku masih ingat lagi kita kehilangan Tun Abdul Razak dan kemangkatan Yang Dipertuan Agong secara tiba-tiba.
Dalam pengumuman Menteri Besar Johor, beliau meminta rakyat negeri Johor berkabung selama tujuh hari bermula dari baginda dimakamkan selepas solat zuhur hari ini. Mesjid-mesjid hendaklah mengadakan tahlil. Lelaki memakai songkok yang dililit kain putih dan wanita bertudung putih. Mereka yang bukan Islam hendaklah meletakkan kain hitami di lengan mereka. Bendera Johor hendaklah dikibarkan separuh tiang.
Semoga Allah mencucurkan rahmat kepada Almarhum DYMM Sultan Johor.
3 ulasan:
Salam Ms..rasanya dah 2 hari kemangkatan baginda,walaupun dekat x berpeluang nak pi tggok secara dekat,tggok live di tv1 je..semoga dicucuri rahmat ruhnya ..dan ditempatkan bersama2 dgn org2 yang beriman.cuma hari ini ada berita yg kurang menyedapkan hati bila ada berita mengatakan ada BLOGER yg menghina baginda yg telah mangkat..nauzubillah bila tggok bicarakat hamba allah yg satu ini..amat sedih,sanggup dia menghina orang yg telah tiada,apalah dosa almarhum kepadanya hingga tergamak dia berkat2 semacam tu..lepas tu boleh la dia minta maaf..kesian..
Dia masih muda lagi, jadi belum dapat memikirkan dengan matang akan risiko yang bakal dihadapi. Kita tertaluk kepada AKTA HASUTAN, AKTA FITNAH, dan pelbagai lagi akta. Kita pun tahu, target blogger muda itu adalah utk menarik seramai pengunjung ke blognya.Biarlah blog kita tidak popular, daripada kita merengkok dalam lokap dan mungkin ke penjara.Biarlah blog yang kita hasilkan akan mendatangkan kepada insan-insan di luar sana dan bukan menulis ikut sedap mulut. Benarlah kata bidalan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itu semua akan menjadi iktibar kepada kita semua.
moga roh almarhum dicucuri rahmat, alfatihah,
salamm,
Catat Ulasan