Selasa, 19 Januari 2010

MASA KIAN BERLARI

Lukisan Rahmat Salamon
Guru SMK SERI MEDAN

SEKARANG ini semua orang yang mempunyai anak yang bersekolah, kelihatan begitu sibuk sekali. Kesibukan itu mengalahkan jadual harian pemimpin negara. Aku dan Hamidah tidak ketinggalan, kami seolah-olah dihambat masa. Pagi-pagi sudah ada di depan SMKDS, kemudian ke SK PT SULONG dan tiba di tempat kerja SKSP pada jam 7.20 pagi. Hamidah pula menghantar Arina dan mengambilnya semula di Pasti. Jam 1.00 istriku mengambil anak-anak di SKPS. Kemudian menghantarnya pula ke sekolah agama. Jam 2.00 petang, aku mengambil Ili. Jam 3.00 petang menghantarnya pula ke latihan sukan. Jam 3.30 petang pula menghantar Irfan dan ambil Iwan di sekolah agama. Jam 5.00 ptg Hamidah pula mengambil Ili dari latihan sukan. Jam 6.25 aku pula menjemput Irfan. Jam 7.30 aku mengajar anak-anak mengaji (sejak Ustazah Helimah berpindah ke rumah barunya di Tongkang Pechah).
Pukul 10.00 sehingga jam 12.30 menyiapkan kerja-kerja sekolah, yang tiada pernah habis ini.

Idea hendak menulis blog pun sudah terbantut bulan ini. Patutlah blog YIN senyap sahaja akhir-akhir ini. Apatah lagi beliau memegang jawatan penting di sekolah. Mungkin Cikgu Yin terlalu sibuk dan mengalahkan kepadatan jadual Presiden Obama ketika ini?

Apabila melihat cermin, sudah ada tumbuh uban sehelai dua. Ia sebuah peringatan bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Sudah sampai ketikanya aku mencari sebanyak ilmu agama buat menghadapi hari-hari yang semakin tua dan usang ini.

Hari ini Facebook aku bertambah frend-frend aku. Kebanyakannya anak murid aku di SMKPS dahulu. Sungguh pantas masa berlalu, kini mereka telah dewasa sehingga aku pun sudah tidak mengenali wajah-wajah mereka.

Akhir kata malam ini,kita tidak boleh lari daripada masalah. Tugas kita ialah menyelesaikan setiap masalah yang datang kepada kita. Semua orang melihat kerja orang lain lebih indah dan menyeronokkan. Tidak ada yang mudah di dunia ini. Semuanya ada cabaran tersendiri. Sekian sehingga berjumpa lagi.

4 ulasan:

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Ya benarr tu Pak, masa begitu pantas berlari...
Aiks uban baru sehelai dua jer? Ok la lagi tuuuu...

Kawe ni kalau main cabut2 rambut tak payah pakai cermin mirror tu pon leh dapat uban dah...

Chantek lukisan Cikgu tuh... Kalau jual tu leh dapat harga tinggi tuh...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

oo umur 44 start tumbuh uban ya? aku pun nk kena stand by gak ni lg beberapa tahun.

eh MS...ko lupa ke? Kan minyak rambut bioasli tu bleh kurangkan uban... ramai customer aku bg feed back positif.. tp klu mmg dh masanya.. tak boleh nk kta apa la..

SP..watpe rambut nk dicabut2...nanti uban hilang,lain plak mslhnya... jadi bo**k plak... hehehe...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Mmg betullah Msom... sibuk sesibuknya. Kebanyakkannya urusan duniala... mmg blog aku dah lama senyap. Tak de masa nak klik gambar... mula2 buat blog tu dah nak cuti sekolah so kerap ujp datela... tahun ni anak dah darjah satu SK dan darjah satu SA. Pagi mmg hantar dia ke sekolah coz dah satu arah. Balik SK ke nurserry naik van. Pastu bersiap utk ke SA jam 2.00. Habis 3.30. Hari selasa dan Khamis latihan rumah sukan. Kena hantar dan kena ambil. So terkejar-kejarla... Latihan kat sekolah kena pantau... setakat ini hari sabtu lepas 16 Jan dah buat merentas desa. Awal ni PPD/JPNJ nak pelbagai laporan aktiviti 2009.Tapi kadang2 aku lebih rela penat bekerja daripada penat baring kat rumah kerana sakit. Aku dah rasai bagaimana rasanya... duduk wad... mintak2 tak mau lagi duduk wad.

Teman Setia Anis berkata...

Jangan cabut uban tu ya... Uban2 tu semua sedang berzikir... Rugi sapa yang cabut uban ni... Ada setengah ulamak tu mengatakan uban itu mengingatkan kita pada mati... Sebelum ajal menjelang tiba dia nak memperingatkan kita satu persatu untuk kita... Apakah kita telah melengkapi diri kita dengan amalan yang soleh atau sebaliknya.. Itulah yang aku dengar dari seorang hamba allah tu..