Selasa, 12 Januari 2010

USAH BIARKAN HATI MENJADI GELAP



Kedurjanaan berleluasa kerana hati-hati telah menjadi gelap. Bagaimana hati menjadi gelap? Hati kita ini asalnya putih bak kain putih. Sedikit demi sedikit noda hitam telah menjadikan hati itu gelap. Kini penyumbang kepada hati menjadi rosak terbentang luas. Sebagai contohnya, ada malaun-malaun yang menghantar sms "Saksikan aksiku yang panas, sila balas YA sent ke........" Begitulah antara yang pernah aku terima. Dan syaitan-syaitan itu rasanya menghantar sms itu kepada ribuan remaja di tanah air kita ini.Oleh sebab hanphone aku ini masih cabuk dan tidak ada skrin bergambar, maka aku menjadi maksum, terpelihara! Bagaimana anak-anak muda yang menonton aksi-aksi tersebut? Pasti akan lahir penjenayah-penjenayah, dan bertambah bayi-bayi yang dilemparkan merata-rata?

Internet juga jika tidak dikawal akan akan menjahanamkan jiwa-jiwa manusia. Kita haruslah manfaatkan internet ini untuk memutihkan hati-hati kita yang mula hitam. Apa tanda-tanda hati kita menjadi gelap? Antaranya kita semakin malas untuk beribadah. Solat kita pun hanya seperti ayam patuk padi. Masa solat pun kita masih memikirkan keduniaan yang tiada sudahnya ini. Nak kaya bagaimana lagi? Lihatlah Michael Jackson yang dilimpahi wang berjuta-juta, tetapi tidak bahagia dan mati dalam keadaan tragis. Dunia ini jika dikejar, tiada sudahnya kerana semuanya fatamorgana.

Bagaimana caranya meningkatkan semangat kita untuk beribadah? Sudah pastinya kita kena bersahabat dengan rakan-rakan yang soleh dan solehah. Selalulah menonton ceramah-ceramah. Sekarang sudah mudah. Dalam YOUTUBE kita boleh dengar ceramah agama. Taip saja CERAMAH USTAZ ISMAIL KAMUS, USTAZ HARUN DIN, dan lain-lain yang anda minati. Kalian boleh dengar ribuan ceramah melalui internet. Yang penting ustaz yang diperakukan kealimannya, dan bukan guru-guru agama palsu yang mengajak kepada kesesatan.

Jika kita semakin jauh daripada agama, ditakuti kita membuat sesuatu keputusan berdasarkan hawa nafsu sahaja. Maka jadilah seperti hari ini, masyarakat kita semakin rosak dan dunia ini dipenuhi kemaksiatan dan penderhakaan kepada Allah SWT.

6 ulasan:

AZANI berkata...

salam mat som
hati ibarat raja,kalau baik rajanya baiklah yg lain, rakyatnya,tenteranya,dsb.

MSOM berkata...

Waalaikumussalam,
betullah kata AZANI ni, tkasih le sudi ke sini buat prtama kalinya.

Mama Miraki berkata...

ye btul tu ..saya pun ada terima sms macam tu...petang semalam saya terima...dan terang2 no pengirim tu tertera...apa tindakan nak buat ye kalau cam tu

MSOM berkata...

Nantilah kita nantikan cadangan daripada kwn2 lain. Org2 sekarang terlalu berani memaparkan diri mereka, rasanya itu pun satu bisnes. HALAL DAN HARAM dah tak peduli. Nanti kena Tsunami atau gempa bumi baru nak insaf.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

A'ah tadi ptg tgh duk meeting tetibe dpt SMS, ingatkan SMS penting dari sapa la agaknyer... Rupernyer SMS berbaur offer camtu... termasuk yg ptg tadi, dah 7-8 kali dah terima that kind of SMS...

Sekarang ni bukan ker dah diwajibkan semua prepaid didaftarkan? So kalau dah disyaratkan untuk didaftarkan maka Suruhanjaya Komunikasi Malaysia tentu boleh trace siapa yang punya durjana... Jom pakat ramai2 hantar memorandum pada Suruhanjaya tuh... Kalau tak dapat apa2 tindakan, jom kita laporkan ke TV3... Karam Singh Walia tu contoh Wartawan yang betul2 bekerja... Kalau jadi calon wakil rakyat tu, harapan besar utk menang...

MSOM berkata...

Cadangan Senduduk ni bagus ni, kalau ente sempat hantarlah email kpd TV 3, ni bahaya utk remaja2 kita yang belum matang. Macamana aku tak hot, anak perempuan aku pun dpt, nasib baik hp dia pun cabuk macam hp aku juga.

Soalnya dri mana dia dpat no kalian? Lainlah aku, no hp aku terpampang kat semua blog aku-bisnes mana boleh sectet2?

Aku takut ia satu pakatan pihak tertentu utk menjahanamkan kita.