Khamis, 19 Ogos 2010

MASAK SENDIRI LAGI PUAS HATI

Oleh sebab hari ni masih hujan, aku ingat nak masak sendiri.
Anynomouse mesti alergik tengok aku upload gambar ni.
Namun Iwan tetap minat ayam Ayamas, jadi aku kena belilah juga,
kalau tak dia tak nak puasa.

Aliff Iskandar demam hari ini, pertama kali sejak lahir pada April lalu.
So akulah kena masak, juga pertama kali Ramadhan ini.
Dan labu masak lemak ialah menu pertama aku petang tadi. Ok tak?

Untuk jaga kesihatan, aku pun beli cekur ini. Tetapi tak sempat
masak apa. Simpan di dalam peti ais saja.

Ayam organik goreng tanpa sebarang tepung.

Sambal bilis tumbuk lumat. Apa pulak tu...oh itu seketul
belacan goreng. Ingat jangan beli belacan yang warna merah jambu, kerana
mengandungi pewarna plastik penyebab kanser!

Penat-penat aku buat koktel ini tetapi anak aku tak minat langsung.

Anak merengek mintak emak dia goreng mi. Hamidah terpaksa masak
juga akhirnya.

Seratus peratus makanan kami buka puasa petang ni semua made in 
sendiri. Air bandung inilah kegemaran budak-budak tu.

Eh, tunjuk gambar-gambar ni riak eh? Tak kan...tu kawan semua tunjuk makanan dia. Lagi pun malas hari ni nak cerita isu-isu negara. Korang nak buang bayi ke...korang nak simbah anak bini dengan asid ke...korang nak apa ke...kauorang punya fasal. Aku dah bosan....aku dah bosan....! Baik aku makan koktel yang aku buat tadi, pasal apalah anak aku tak minat? Something wrong? 

21 ulasan:

NoorGie berkata...

wah wah wah
semuanya nampak sedap..
apa pun Ayam HPA mmg best!!

MSOM berkata...

Janganlah buatkan Anynomous Jongos semakin demam Cikgu NoorGie!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Silap resepi ke apa coctail kau tu? Guna sumi jelly je senang...tak kan itu pun bebudak tak suka? Heran.. Ataupun tak bubuh ais kot..kalau tak sejuk mmg la tak berapa umph!!

~ Mummy Gee ~ berkata...

Mee goreng nampak mengancam... sahur pagi ni Mummy pun masak mee goreng dan nasi goreng....eh..alamak cam riaklah bagitau menu ni....hehehe

MSOM berkata...

Miss miror,
Agaknyelah tu
Nak kena tangan emak dia yang buat baru nak makan.
Air tangan bapak mungkin lain macam rasanya.

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Riak ek?
Kalaulah anoymous boleh mengomen
Tentu dia nasihatkan saya 7 perenggan...!

MSOM berkata...

Satu lagi Mummy Gee,
Nasib baik Mummy Gee buat juga nasi goreng, kalau makan mi goreng je, nanti perut mereka tak tahan lapar kerana kurang serat. Elok tambah makan oat.

Mama Miraki berkata...

ooo rajinnya MS masak...hehehheh tu masak lemak labu ke bubur labu..hehehhehe...apa pun repectlah pada hubby2 yg rajin masuk dapur ni...

ohhh tunjuk menu tu org kata riak ek...alamak mama ni tiap hari upload gamabr menu aje....tapi ahhh kit apunya suka lah kan..nak letak gamabr apa pun.

Ayam radix tu , macam nak beli gak lah nanti, tapi kan pisau kat rumah mama tak ada yg tajam nakpotong ayam tu...nampak gaya kena bat ayamgolek aje kot...

sz | m.s.s berkata...

wahhhh manyakkkk menuuu...

encik suami saya mmg request msk lauk pauk sendirian berhad (simple pun takpe) sebab nak puas menambah2...hehehehe..lg terjamin kebersihan & kesihatan kan..

ONE ZABA berkata...

tiap hari aku gi beli je...

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Bakar terus dalam oven. Ayam tu rasanya dipotong 4. Ikut kg. Kadang2 peha ayam ada 3 dalam satu bungkusan
tu.

MSOM berkata...

sz/m.s.s
Saya ni masak kerana isteri sya semalam jg baby yang demam, kalau tak saya tidur je tunggu waktu berbuka.

Ya betul tu, kita buat air dan kuah sendiri, kita guna air penapis, kalau yg jual kat bazar tu entah air apa. Klorin mesti berkeladak punya.

MSOM berkata...

ONEZABA,

Aku teringat betapa sedapnya makan jagung bakar di Cameron, masih terasa
sampai sekarang walaupun dah berlalu 10 tahun lalu.

WONG KHOO LAI berkata...

Anoymous Tanpa Nama sebenarnya dah kalah Msom. Dia tak jawab soalan aku. Apa punya spesis.

MSOM berkata...

En Bahreyn,
Bila-bila dia muncul pula kat Blog Tuan, baik blok dulu.

Tak taulah kalau Tuan nak bagi kebebesan bersuara kepada pembaca.

Apapun tkasih kerana memberi sokongan kuatkpd saya.

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

mmg bes msk sendiri

p/s: lg bes klu mak mskn huhu =)

Zack Zachoes berkata...

agaknya memang sesetengah budak mmg tak suka kot koktel ni kot cikgu? anak saya pun, tak kira la beli ke buat sendiri ke pergi rumah orang ke. hehe..

MSOM berkata...

MissXYZ (antara blogger paling aktif menulis entri)

Ya bener tu...tapi kalau tak sedap, termaksa dimakan oleh yang memasaknya sorang2.

MSOM berkata...

MissXYZ (antara blogger paling aktif menulis entri)

Ya bener tu...tapi kalau tak sedap, termaksa dimakan oleh yang memasaknya sorang2.

MSOM berkata...

Zack, mungkin jugalah ye! Barulah saya perasan bila sdr cakap begitu.

Dari zaman dahulu kala lagi,
Yang budak minat cuma ais krim.

MSOM berkata...

Zack, mungkin jugalah ye! Barulah saya perasan bila sdr cakap begitu.

Dari zaman dahulu kala lagi,
Yang budak minat cuma ais krim.