MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 19 November 2011

SAAT BAHAGIA TELAH PUN TIBA

Semalam ialah hari terakhir bekerja bagi tahun 2011. Sejak awal Januari sehingga 18 November semalam, kerja tiada non stop. Setiap hari dari jam 7.30 pagi- 1.30 petang, ada sahaja yang perlu disiapkan segera. Sering kali kerja bersambung hingga ke petang dan malam. Jika printer rosak, kena pergi cyber cafe, dan keluar duit pula. Yang penting apa yang diminta oleh pentadbir dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Semua nak bukti bertulis. Laporan program juga mesti lengkap dengan bukti bergambar.


Maka sewajarnya, hari ini, hari untuk melupakan semua itu. Aku ingin merehatkan minda dengan hobiku sebagai seorang jurujual. Bukanlah susah, kerana syarikat telah mengiklankannya di akhbar. Tugasku menemui senarai prospek yang telah disenaraikan. Mereka mempunyai pelbagai masalah termasuk masalah dalaman. Paling ramai mengadu masalah "Belum bermula sudah berakhir" atau "Terkulai layu di tasik madu"


Selama tiga tahun aku menjadi stokis Minyak Kelapa Dara ini, aku telah banyak membantu ramai pasangan hidup bahagia. Terdapat juga isteri yang membelikan produk-produk tersebut untuk suami mereka. Namun ada juga suami yang malu-malu nak berterus terang dengan aku. Takut isteri mereka ternampak produk yang dibeli. 


Selain itu ada masalah kulit, kalesterol yang berlebihan, untuk kecantikan dan sebagainya. Benarlah kata pakar, masalah adalah peluang. Usahawan lahir untuk menyelesaikan masalah manusia.


Cuti yang menjelma ini juga masalah. Ibu bapa mula pening nak melayan kerenah anak-anak. Jadi, ibu bapa kenalah kreatif untuk mempelbagaikan aktiviti berfaedah supaya anak-anak tidak terjebak kepada perkara-perkara yang negatif sepanjang cuti akhir tahun ini.


Kepada yang tak tau nak buat apa untuk anak-anak cuti ini, baca semula entri saya sebelum ini KLIK

2 ulasan:

cinnamon.com berkata...

selamat bercuti..n selamat berniaga juga..

MAT SOM berkata...

Terima kasih Pn Norihan