Jumaat, 19 November 2010

CADANGAN AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH


Ibu bapa sering kali buntu apabila menjelang cuti sekolah. Jika kita tinggal di kampung anak-anak agak bebas melakukan aktiviti kerana kawasan mereka luas. Mereka boleh bermain bola, memancing dan sebagainya. Bagaimana jika kita tinggal di rumah flat atau taman perumahan yang terbatas?


Di sini saya ingin memberi cadangan, iaitu bagaimana merancang masa cuti anak-anak anda?


1. Program melancong-itu semua orang tahu. Namun bagi yang kurang berkemampuan cukuplah pergi
    ke tempat-tempat yang berhampiran.


2. Belikan set permainan karem, catur, dam aji atau ping pong. Biarkan anak-anak bermain di rumah.


3. Seminggu sekali ajak anak-anak berjoging di kawasan rekreaksi di bandar yang berdekatan. Jika di Batu  Pahat kawasan Tasik Y sesuai untuk aktiviti keluarga.


4. Hantar anak ke kursus motivasi dan kecemerlangan.


5. Hantar anak ke sekolah pondok untuk tempoh sepanjang cuti untuk mendalami ilmu agama.


6. Yang ada kebun, ajak anak-anak ke kebun. Sediakan pondok yang selamat. Anda boleh tebas-tebas semak, anak-anak biarlah bermain. Dah itu dunia mereka, mana boleh kita halang.


7. Mereka boleh bermain game dan menonton televisyen, namun kenalah ada jadual. Jika tidak, maka apabila sekolah dibuka, mereka akan mengalami gangguan tak nak ke sekolah. Maklumlah sudah biasa happy.


8. Melawat rumah kerabat dan sahabat handai yang dah lama kita tak pergi. Biar anak-anak kenal saudara dan kawan-kawan kita. Raya tempoh hari agak terbatas, bukan semua rumah kita dapat pergi.


9. Menziarahi pusara datuk dan nenek dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Ini agar anak-anak sentiasa insaf, bahawa hidup ini hanya sementara.


10.Semasa cuti inilah kita dapat bersembahyang berjamaah lebih kerap bersama-sama ahli keluarga.


11.Adakan aktiviti melukis. Jemput amak-anak jiran sekali. Sediakan hadiah. Barang RM 2 pun sudah ok.

12.Ajak anak-anak ke kedai buku. Beli novel dan buku cerita.

13.Bawa anak-anak ke perpustakaan awam.

14. Kaum ibu kenalah rajin masak pelbagai resepi, agar cuti anak-anak tidak membosankan.
Contohnya macam nak masak kuih raya. Aroma dari bau ros, vanila dapat menjadi aromaterapi untuk anda dan anak-anak. Bau kuih tu pun aromaterapi jugak kan? Macam Mummy Gee dan Mama Miraki tu cantohnya. Sebab tulah anak-anak mereka ceria belaka.

Apa lagi cadangan? Sila kemukakan. Saya dah habis idea ni.

7 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

TQ MSom sebab menyelitkan nama Mummy di dalam N3... hehehe. Bagus idea yg diberikan boleh digunakan kepada ibu bapa yg tengah buntu memikirkan xtvt yg sesuai utk anak2... sebagai permulaan Mummy buat xtvt no 8. Ptg ni insyallah Mummy menuju ke JB. Tujuan utama nak ziarah saudara ddy yang sakit di Hosp Sultan Ismail, lepas tu ke rumah akak dan bolehlah bawak anak2 ronda JB, cam nak naik cruise kat Danga Bay je...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

bau kuih mmg aromaterapi...sampai sekarang tiap kali terbau essense rose aku teringat emak aku....

harap2 nt bila anak aku dah dewasa, tiap kali terbau aroma oregano, mereka akan ingat aku.

sz | m.s.s berkata...

bagus lah ada senarai aktiviti ni cikgu msom! tak semestinya kena berbelanja besar utk buat sesuatu yang menggembirakan hati anak2 kan...ibubapa pun takdelah nak garu kepala...banyak lagi duit nak guna budak2 nak naik sekolah nnt...heeee

Mama Miraki berkata...

eh eh..nama mama pun ada lah...hehehe...mama tambah lagi xtvt ke 15 yea...Pegi ajak anak tgk wayang..so sebagai permulaan malam ni kul 10.30mlm nak gi tgk movie "Harry Potter" , lepas tu membelah kepekatan malam masukke lebuhraya menuju ke JB...ntah sampai sebelum subuh kot..hehehhe. selain tu xtvt library dan beli buku pun acara wajib tu...so selamat bercuti semua...

Kak Kay berkata...

xtvt no. 12 n 13, paling anak saya suka, kalau jumpa kedai buku kat situ dulu la dia tuju ..

Tanpa Nama berkata...

(y)

Tanpa Nama berkata...

baguslah sgt....(y)