Sabtu, 6 November 2010

SUKAR KIRA HARI SUBUR


Soalan:


Saya berumur 28 tahun dan ibu kepada seorang anak perempuan yang kini berusia 3 tahun 7 bulan. Setelah usia anak setahun, saya berhenti makan pil perancang kerana ingin hamil lagi. Namun, saya mengalami masalah kitaran haid tidak tetap sejurus menghentikan penggunaannya. Bagaimana cara untuk mengira hari subur bagi haid yang tidak tetap?


Jawapan Pakar:


Masalah haid yang tidak tetap selepas puan berhenti daripada menggunakan pil perancang memang sering berlaku. Hal ini disebabkan oleh hormon di dalam tubuh puan mengambil masa untuk menjadi stabil semula setelah ketiadaan hormon daripada pil perancang. Adalah sukar mengira hari subur menggunakan pengiraan hari mengikut kalendar jika kitaran haid puan tidak tetap. Malah, ada kalanya seseorang wanita itu kurang subur jika kitaran darah haid tidak tetap!

PETIKAN MAJALAH PA DAN MA

Jika anda adalah orang yang menanya soalan ini, adakah anda berpuashati dengan jawapan itu?

Lebih malang lagi, ramai tidak tahu apa itu Waktu Subur? Untuk itu kita ke blog, bukan blogger biasa, tetapi Doktor, iaitu DR AZWAN

Tiada ulasan: