Malam tu aku menghantar anak aku ke sekolah, kerana cikgu nak bawa murid-murid rombongan ke Cameroon Highlands. Maka sementara menunggu ketibaan bas, aku berbual dengan seorang rakan aku yang juga menghantar anaknya.
Sedang aku berbual-bual, maka anak perempuannya yang berumur 12 tahun pun datang berjumpa dia lagi.
"Yah, mintak duit lagilah yah, RM 30.00 tak cukup yah" kata sianak
"Ala, cukuplah tu, kau bukan makan apa kat sana.Cukup, cukup" kawan aku tetap dengan pendiriannya.
"Mana cukup yah, kan saya 3 hari kat sana" anak merayu-rayu lagi.
Nak kata kawan aku tu tak ada duit, baru tadi cerita kebun dia ada tiga tempat. Sampai hati dia kedekut macam tu. Kalaulah kawan-kawan anak-anak dia nanti membeli kaktus, strawbery, jagung, teh, key chain, bunga, kobis, dan cendera hati untuk adik-beradik, bukankah anak dia akan melopong aje. Kan kesian kan?
Tak taulah, mungkin dia sedang mendidik anak dia berjimat cermat?
17 ulasan:
klu masa anak2 kecik kita terlalu berkira dgn anak2 takut nnt bila besar anak akan berkira pulak dgn kita... apa2 pun biarlah yg pertegahanan je jgn terlalu kedekut ngan anak2 dan jgn terlalu pemurah kat anak2....
Betul tu Mummy Gee,
Saya membayangkan jika saya menjadi anak kawan saya tu. Apalah yang boleh saya beli dgn nilai RM 30 di Cameroon sekarang ni? Beli air kotak dan makan burger jelah yang dapat.
bawak RM30 gi cameron...beli pokok kaktus 3 pasu kecik = RM10. beli stoberi sekotak kecik = Rm10, beli teh 3 kotak = RM10. habis tu kalau di anak makan....terigin nak makan aiskerim stroberi, waffle yg sedap tu, beli jagung rebus, nak beli key chain, nak beli makanan dan minuman tuntuk 3 hari tu....ohh kesiannya...zaman kita dulu cukup lah bawak banyak tu....
napa ko tak hulur kt budak tu? Kesian betul aku dengar...
Harap2 dia tak payah la beli kaktus dan semua2 tu... beli je mana2 yg perlu dan penting especially makanan.
Harap2 ada la kengkawan dia yg ihsan...kot2 la dia tak cukup bekalan..
Ya memang kesian kan? Mama Miraki.
Entahlah, bukan semua orang prihatin. Dah bagi budak tu pergi pun dah untung, begitulah agaknya?
MM aku mula-mula dah seluk duit, TAPI nanti macam menghina bapak dia pulak. Lagi pun masa tu bas dah nak bergerak, masa bila aku nak hulur secara senyap?
Kesian anak tu. "nyelongso". 3 hari RM30.00...kat CH lak tu... kalau kat PS cukup le... Mandang ajela kalau tengok kawan2 beli itu ini. Kalau mampu jgn la terlalu kedekut dgn anak... kita bekerja pun utk mereka.
siann kanns.. tp patutnyer taukeh bio asli yg baru dpt bonus sedekahla sepoh hinggit kat budak tewww..ehehe
aduhai...
30hinggit tu mesti bapak dia bajetkan 10hinggit sehari...tak tau la nak kata ... risau kot bagi anak pegang duit banyak2...
En Bahreyn, bapak tu mentolonan.
En Me,
Bonus tu dah habis belikan hp buatan Chino.
SZ,
Mungkin budak tu pernah hilangkan duit agaknya.
Pengalaman yg sama n sy MS, masa anta anak nk g rombongan, anak dia minta n mak dia duit lagi sbb bapak dia bg rm5 je.Bapak dia kata tak payah beli apa2, mkn cikgu dh bg.Last2 mak dia hulur rm20.ya allah kesiannya......
Memang lah cikgu dah bagi makan, tetapi dia juga teringin makan makanan lain, kadang2 ada masa cikgu tak bagi makan, misalnya semasa di R n R atau semasa sedang melawat. Makan biasanya di tempat penginapan sahaja. Kalau semua cikgu yang sediakan makanan, tentulah bayaran murid kena tambah.
saya rasa bapak 2 nk ajar anak die cara bersederhana je kot.. kalo bagi banyak2 kang, mewah sangat lak.. berjimat la.. blajar susah..hehe
Betullah Azana,
Kita fikir yg positif ajelah.
Baru aman dunia ni.
Catat Ulasan