Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Tadi aku berkobar-kobar nak beli daging lembu sikit, nak masak ketupat kononnya.

Aku duduk di warung Husin, sebelah CIMB, tempat biasa aku lepak pagi-pagi kalau tak kerja.

Aku cuba menelefon kawan MLM aku. Tetapi sejak kahwin dua ni, asyik sibuk je. Asal aku telefon, dia kata kat KL. Nak telefon Razak, sejak jadi ADO, ni mengalahkan PM sibuknya. Cikgu Zailani pulak dah sibuk tanam pisang.

Tengah ngeteh sorang-sorang, tiba-tiba aku disapa oleh Ismail dan isterinya. Ismail ni aku kenal dulu apabila aku menerjah kedai TVnya di Parit Yani. Aku paksa dia masuk syarikat yang aku buat masa tu, yang kini hidup segan, mati mau.

Sejak dia jadi rangkaian aku, dia menjadi sahabat yang akrab, walaupun sebelum itu aku tak kenal dia langsung. Mereka ni berdua saja naik motor dari Yong Peng. Datang ke Parit Sulong semata-mata nak tengok kemeriahan Parit Sulong. 

Setelah berbual selama sejam, kami pun beredar. Aku nak beli daging, alamak! Tinggal jantung saja yang bergantungan! Habislah raya esok ni, kami makan ikan masin!

Pada kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada  kalian sama ada yang kukenal atau tidak, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog aku ini.

2 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tahun ni ADO beraya aji kat Kulai rumah Wong Khoo Lai. Sehari cuti malas nak balik Air Hitam.

MSOM berkata...

Sampaikan salam saya buat Razak. Juga untuk En Bahreyn sekeluarga
Selamat Hari Raya Aidil Adha.