Pada suatu petang minggu ini, aku berbual dengan seseorang. Cerita berkisar tentang kenapa setiap petang dia bersembang di kedai kopi, walaupun dia sudah ada rumah besar di pekan kecil itu. Harga rumah RM 380K di sebuah pekan cowboy kuanggap terlalu mewah berbanding rumah aku yang cuma RM 80K.
Alasan yang diberi,
"Aku perlu berjumpa orang lain kerana orang tak akan datang ke rumah aku untuk mengajak aku berbual"
"Suasana di rumah terlalu rasmi dan agak protokol untuk bersembang dengan kawan-kawan"
"Melihat suasana dan gelagat orang aku jadi happy"
Lalu aku bertanya, "Bila kau mula tidur malam?"
"Oh, tidur? Aku tidur cepat, pukul 10.00 dah tidur dah...!"
"Awalnya?" Aku agak terperanjat, kerana aku selalu mula tidur jam 1.00 pagi.
"Kau tak minat tengok televisyen?"
"Entahlah, tak minat langsung tengok drama yang selalu ada perempuan menangis, yang aku minat cuma rancangan National Geografic"
"Kalau macam tu, aku rasa hidup kau agak membosankan, kau ambillah internet, boleh bersembang dengan kawan lama"
"Internet ni tak masuk lagi otak aku"
Setiap kali selepas solat Asar di mesjid, dia akan melepak di warung kecil itu.
Menghirup secawan kopi dan dua biji kuih sudah sangat membahagiakan temanku itu. Anda bagaimana?
2 ulasan:
kita kawann kan kang.. kanns
Bagi aku sekarang... aku suka lepak kat rumah...bukan sebab rumah cantik ke apa...tapi kederat aku tak membenarkan aku nak berjalan-jalan sangat. Nak drive jauh pun dah tak tahan sangat. Kalau keluar ngeteh pun dgn anak bini...jarang kawan call ajak ngeteh.
Catat Ulasan