Hasil seciput, namun Alhamdulillahlah kan....sambil-sambil
Cara kedua ialah kita join affiliate program. Carilah program affiliate melalui Google search. Macam-macam ada di sana. Tetapi aku tak buat lagi. Dengarnya Telaga Biru pun sebahagian program affilliate.
Ketiga, kita iklan produk MLM kita macam yang aku buat ni. Ia hanya sebahagian cara untuk mempromosikan produk kita. Selain online aku juga menggunakan cara ofline seperti penggunaan flyer. Kad bisnes. SMS. Setakat ini melalui facebook belum menampakkan kesan lagi berbanding blog. Saban minggu ada pelanggan yang bertanyakan tentang produk bio asli setelah mencari hasil carian melalui Google Search.
Taip jelah BIO ASLI BATU PAHAT atau PENGEDAR OIL 31, atau STOKIS BIO ASLI maka Google akan mempamerkan nombor handphone aku.
Keempat, kita juga boleh iklankan sesuatu yang diminta oleh kawan-kawan kita. Contohnya di tepi tu ada kawan aku nak jual tanah lot, maka aku letak kat situlah, mana tau ada orang yang sedang mencari tapak rumah di kawasan tersebut. Kereta atau perabot juga boleh kita iklankan daripada kita letak widget yang pelbagai tetapi tak mendatangkan apa-apa pendapatan. Blog kita pula akan jadi berat dan susah diloading. Banyak blog yang menyebabkan netbook aku yang kecil ni jadi hang.
Memang mudah.my merupakan satu medan pengiklanan yang sangat berkesan, namun tak ada salahnya kita mengiklankan produk kita dalam blog kita yang tak sehebat mana ini. Namun tuah manusia siapa yang tahu?
Akhirnya, ramai blogger sudah menjual petak-petak iklan yang disewakan. Dengan syarat blog kita tu popular bak blogger yang dah macam artis tu. Aku baru merangkak macam siput.
Blog ni aku bayangkan macam TV. Kalau ramai penonton maka mahallah iklan yang dibayar. Kalau setakat 50-100 pengunjung macam blog aku ni, elok promosi produk sendiri je. Sekian.
9 ulasan:
hehehe..
yang penting kita berusaha!
InsyaAllah rezeki ada di mana-mana ...
Aminnnnn,
Dr Sz boleh sebab rajin update blog.
yang penting jgn cepat mengalah... So far, aku bersyukur dgn income dari Bioasli (walaupun tak buat kerja sgt..hehe) dan nuffnang.. ada gak la duit buat beli lipstik M.A.C aku.. haha.. sapa yg nak bagi free kan?
Cuti sekolah ni elok ke BADAN BOOK STORE, kat Angsana TU Sam!
Aku tgok banyak buku tentang BUAT DUIT DARI RUMAH.
saya setuju sangat dengan pendapat saudara... Blog ni ibarat siaran Tv..
ramai penonton, mahallah harga iklan...
Mat som, Yang kat atas tu dapat pendapatan hari2 dari mana?
IMDDIN AHMAD,
Income tu dari.....BIO ASLI, KLIK IKLAN HIJAU paling bawah tu kalau nak tahu lebih lanjut. Tkasih.
ada blogger yang boleh tahan popularnya, dulu Mummy rajin pegi blog dia tapi makin lama nampak sangat n3 yg dibuat semata2 nak kejar traffic. Kekadang tajuk n3 lagi panjang dari kandungan n3... tak tension ke kita yang dah klik ke blognye....
Blog siapalah tu Mummy Gee? Apapun kita dgn cara kita, blog utk hobi dan rehatkan minda, sambil perkenalkan bisnes kita sikit2 tanpa promosi melampau.
Catat Ulasan