Bulan Disember ini, genaplah dua tahun saya menulis blog ini. Walaupun sudah agak lama, banyak lagi yang perlu saya belajar dalam dunia blog ini. Misalnya malam ini saya baru dapat membuat print screen dengan AMSUDA. Apabila sahaja saya
dapat menguasai print screen ini, yang pertama ialah saya ingin memberi tutorial kepada blogger baru yang masih belum tahu lagi bagaimana hendak MENGUPLOAD GAMBAR KE DALAM BLOG.
Sebelum ini saya sudah memberi tutorial tersebut, namun saya tidak berpuas hati terhadap hasilan tersebut, walaupun entri itu telah dapat membantu sebilangan blogger baru.
Semasa saya mula membina blog ini, saya terkial-kial sendiri bagaimana hendak membina blog dan seterusnya memberi pengisian yang sewajarnya.
Kebanyakan tip-tip yang diberikan oleh blogger lama yang saya peroleh hanya menyampaikan secara samar-samar. Buat apalah hendak kedekut ilmu, nah! Saya tunjukkan satu-persatu.
PERTAMA: Masukkan emel dan pasword blog anda
Setelah diterima, maka akan terpapar PAPAN PEMUKA seperti di bawah.
Klik pada CATATAN BARU yang berwarna biru.
Tulis dahulu TAJUK Entri anda, juga tuliskan LABEL di bawah tu.
Cari gambar LANGIT DAN GUNUNG, Klik di situ
Maka akan keluar petak berikut. Tekan BROWSE
Pilih gambar hendak diupload, biasanya orang simpan gambar dalam MY PICTURE.
Saya simpan gambar dalam file khas.
Apabila gambar telah dipilih, klik pada muat turun gambar
Sampailah keluar petak di bawah. Klik pada SELESAI
yang berwarna biru.
Akhir sekali, klik pada TERBITKAN CATATAN
Akhirnya, gambar yang anda pilih tersiar dalam BLOG anda.
SELAMAT MENCUBA
4 ulasan:
Waaaa dah pandai buat print screen nampak!
Alhamdulillah! Jangan malu bertanya. AMSUDA tadi dtg rumah, tapi cuma 2 minit. Perbualan 2 minit di pintu rumahku itu sangat berharga daripada berborak kosong 3jam di kedai kopi.
ingatkan gambar "anak baru" cikgu msom! ;p
Dr Su, takkan begitu cepat anak lagi! Huah!!!!
Catat Ulasan