MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 9 Mei 2012

SEMAKIN KAYA SEMAKIN STRESS

Kebahagiaan tidak dapat dibeli dengan wang. Betapa ramainya manusia yang menemui jalan buntu dalam kehidupan, meskipun mereka dilimpahi harta berjuta-juta.


Mengikut kajian, orang yang dikelilingi barang-barang mewah, seperti kereta, perabot, barang-barangan elektrik, koleksi produk ICT yang mahal-mahal, hingga barang-barang kemas, kehidupan mereka lebih stress daripada mereka yang memiliki barang-barang jenama biasa dan murah.


Ada orang yang tinggal di kawasan yang dikelilingi pengawal, rumah berpagar tinggi dan berduri, siling bergril pun masih hidup dalam ketakutan.


Mereka juga kurang bersosial dan lebih menyendiri dalam masyarakat. Hanya sedikit sahaja daripada mereka yang suka bergaul dengan orang ramai dan menjadi sukarelawan.


Kekayaan itu sebenarnya ada beberapa jenis, dan beruntunglah sesiapa yang memiliki semuanya. Antaranya ialah:



  1. Kekayaan Iman- Orang yang kaya iman dan berpegang teguh kepada agama Islam akan kaya di dunia dan di akhirat.
  2. Kekayaan Harta-Harta berupa rumah, kenderaan, tanah, gedung perniagaan, saham dan pelaburan dan sebagainya.
  3. Kekayaan Masa-Ramai yang kaya harta tetapi anak hendak jumpa pun kena buat temu janji. Isteri pun jumpa sebulan sekali. Itu tidak kaya masa. Sepatutnya semakin kaya harta, kita semakin kaya masa, kerana duit telah bekerja untuk kita.
  4. Kekayaan Kesihatan-Duit berbillion pun tidak berguna, kalau setiap hari kita berulang-alik ke hospital, dan kita sudah tidak boleh makan itu dan ini.
  5. Kekayaan Sosial-Sahabat, jiran tetangga dan saudara mara kita adalah harta kita. Tanpa mereka hidup kita akan sebatang kara. Mereka penyeri kehidupan kita.
  6. Kekayaan Ilmu- Nabi berpesan, jika kita hendakkan dunia, kita harus ada ilmu, dan jika kita hendakkan akhirat, juga dengan ilmu. Ternyata mereka yang banyak ilmu akan semakin dipandang mulia oleh masyarakat. 

Tiada ulasan: