Mula-mula tulis blog dulu memang bersemangat sangat. Kadang-kadang sampai tak tidur malam. Sekarang nak tulis entri pun dah kurang masa. Lagi pun tulis blog dah bukan agenda penting aku. Kini aku banyak berada di kebun aku, maklumlah sejak arwah ayah aku beri kebun tersebut kepada aku, aku tak pernah pedulikannya. Sehinggalah kebun aku tu jadi tempat biba beranak pinak. Jin-jin berdansa-dansi, dan ular-ular bertelur.
Letihnya kerja kebun bukan kepalang, dan apabila aku letak bantal, pasti nyenyak habis. Sehingga suara jeritan anak-anakku sudah tidak berkesan untuk mengganggu tidur aku. Memanglah sebahagiannya aku upahkan kepada kerabat aku, seperti menebang pokok-pokok leban, memotong pelepah pokok kelapa sawit yang terbiar.
Ini semua sebagai persediaan untuk tempoh bersara 10 tahun lagi......! Tapi, tadi aku ada mendengar berita, seorang guru di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat telah meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terhidu racun rumput yang disembur di kebunnya sempena cuti Sabtu semalam.....Oh....Kesian bukan?
6 ulasan:
hahahaha.. berdansa dansi??hahaha.. bro, pasti kena amalkan pemakaian topeng utk mengelakkan perkara tak diingini terjadi.. bahaya sebenarnya racun ni..
kalau saya ada kebun atau tanah yg luas,saya lebih rela duduk disana.nak tinggalkan kota ni..
dunia skrg ini,tak ada lagi pemerintah yang MUKMIN.
usaha tangga kejayaan tu cikgu matsom.. ehheee
Patut upahkan org je. Duit kena bahagi2kan kpd org lain
Tapi penenayah ada di mana2 cinnamon skrg. Memang skrg byk PEMIMPIN yg WALFULUS WAL RAKYATI BIL MAMPOS
OH...........
HJ METE..........
LAMA TAK JUMPA SAMA ENTE!!!!!
AHLAN WA SAHLAN!!!!!!
Catat Ulasan