Perakam video itu, saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
Beliau berkata, pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lalu, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat supaya menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.
"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.
"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.
Beliau berkata, selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.
Shima berkata, wanita itu adalah anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.
"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lalu," katanya.
Beliau berkata, sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.
"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran.
"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.
Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu.
Kredit: Berita Harian-Terus terang aku tak pernah sanggup menonton video seperti itu, sebab aku ada anak kecik, boleh bayangkan bagaimana kejamnya, mungkin ibu kandung ini gila biba..
1 ulasan:
salam cikgu MS,
saya plak tertengok sbb ramai sgt orang / kawan dok share2 link video tersebut... igtkan kes penderaan oleh bibik2 ke apa rupa2nya ibu kandung sendiri...sedih sgt tengok ... tengok anak orang nanges2 memang teringat anak2 sendiri la... sedangkan kita pun kadang2 ada high temp susah juga nak kawal kemarahan (darah muda panas lagi ke? mudaaalaaa sgt kan) ... istighfar banyak2 ...
Catat Ulasan