Khamis, 3 Mei 2012

ALLAH MEMBERIKU PELUANG HIDUP BERKALI-KALI

Semasa memandu, aku memang dah lama tak dengar radio. Senyap dan sunyi. Dah empat tahun rasanya.


Jadi setiap kali aku memandu, fikiranku menerawang umpama roh yang keluar ketika tidur. Sekejap memikirkan tugas-tugas hakiki, sekejap memikirkan kebun aku yang baru nak memulakan operasi. Sesekali menjawab panggilan telefon pelanggan tegar produk-produk kelapa dara.




Lalu entah kenapa, malam tadi semasa memandu pulang, setelah sejak pagi bekerja, petangnya meeting di pejabat pelajaran daerah, dan akhirnya mengajar kelas malam untuk anak didikku....Aku teringat beberapa tragedi besar yang hampir meragut nyawaku. Allah masih sayangkan aku dan memberiku peluang untuk hidup berkali-kali. Cuma aku saja yang sering lupa!


Antara peristiwa-peristiwa itu ialah:

  1. Sesat di hutan selama empat hari. Panjang ceritanya...nak baca, kliklah entri itu 
  2. Pada 30 Oktober 2004, sewaktu aku memandu keseorangan ke Muar, aku cuba memotong dua buah lori yang bergerak terkedek-kedek. Malangnya ketika memotong tiba-tiba muncul sebuah lori kontena. Aku tidak ada pilihan lain. Untuk menyelamatkan nyawaku aku paut stering ke sebelah kanan jalan, dan keretaku terhumban ke dalam parit yang dalam. Orang ramai yang berada di situ kelam-kabut menyelamatkan aku. Aku tidak cedera , walaupun kereta telah terbalik, dan keempat-empat tayar telah berada di atas. Kereta dalam keadaan terlungkup di dalam air. Aku sungguh cemas, dan merasakan ajalku telah sampai ketika itu.  Walaupun aku tidak luka atau cedera, namun fobia dan trauma memandu masih terasa sehingga sekarang. Kawasan batu 20, Batu 21 jalan Yong Peng Muar itu telah banyak meragut nyawa.
  3. Pada suatu hari yang lain, ketika aku juga memandu keseorangan menuju jalan Kangkar Senangar, di kawasan perkuburan Cina itu, sebuah kereta Unser secara melulu memotong kereta aku, malangnya muncul sebuah kereta Saga dari depan. Unser itu hilang kawalan, dan masa tu aku hanya berserah. Allahu Akbar!!! Pemandu itu memilih untuk tidak melanggar aku. Bunyi dentuman kuat kereta itu betul-betul di belahku. Dia melanggar tiang elektrik itu. Kereta dari sebelah depan tadi, mengelak dan terbabas di tepi jalan.Turun pemandu Unser itu. Seorang anak muda berbangsa Cina, kelihatan pucat dan menunjukkan kedua-dua tangannya..macam masa dia sembah tuhan dia...Sory...sory....salah saya....salah saya. Saya mau cepat sampai Kuala Lumpo. Yang memaki hamun dia ialah sepasang suami isteri dari arah depan yang terbabas itu. Unser itu dia pinjam daripada bosnya. Bahagian sebelah kanan sudah kemek dan cermin depan dan cermin tepi semuanya pecah berderai. Untuk menenangkan hati, budak Cina itu menyedut rokok dalam-dalam dan tak terkata apa-apa. Dalam ramai-ramai itu tadi ada yang mencelah, " Kalau dia langgar Kancil awak tadi, tak taulah apa jadi, Unser langgar Kancil...taulah....!" Geramnya aku dengan simulut celupar itu. Tiba-tiba satu orang Cina dalam lingkungan umur 70 tahun menarik tangan aku,..."Hei kawan, lu tak salah, buat apa lu tunggu sini, pegilah cepat, itu olang gila bawak keleta, dia punya pasallah..." ...." Saya banyak terperanjatlah apek, kalau pergi pun saya punya hati tatak senanglah..."
  4. .....ada lagi....nak ambik anak sekolah..... 

8 ulasan:

Cik Sibuk berkata...

salam,

alhamdulillah takde jadi ape..takut jugak baca insiden2 hampir eksiden tu..

saya pernah sekali hampir eksiden..tapi salah pemandu lain..makcik 2 orang gelak2 berborak2 naik kancil..nak potong lori depan dorang..agaknya dorang ingatkan jalan tu satu hala ke, atau tak nampak kereta kitorang yang datang dari depan..

adeh, kalau lah kitorang pun laju, dan tak brek..memang dah arwah kot makcik naik kancil tu. yang kitorang pun walaupun naik 4wd, tatau la entah boleh selamat ke tak..

masa tu dok pikir, nasib la lam kereta time tu kami somi isteri je..kalo ada ngan anak2 sekali, aduhh..

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

tak sabar nak baca sambungan ...

teringat jalan kangkar senangar tu, dulu tak banyak kenderaan ...

Kayu Manis berkata...

ngeri baca kisah hidup,baru sikit ajekan.

bawa kereta elok2 ye.

Mat Som Sadona berkata...

Cik Sibuk, kadang kala org nak eksiden ni tak nampak kereta yg datang dari depan....otak dia KOSONG...KOSONG...KOSONG (rentak lagu Najwa Latif)

Dan, berhati2 pun kita, kalau dah ditakdirkan kena, ada lah orang lain jadi puncanya.

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Tak larat pulak nak teruskan beberapa cerita lagi.....trauma.

Mat Som Sadona berkata...

Insya Allah Cinnamon

Kadang2 terbakar juga apabila ternampak pemandu wanita yang buat aksi samseng ketika di jalan raya, sebagai contoh dia menghimpit kereta kita (memotong dgn sipi,memotong dan tiba-tiba masuk di depan kita secara tiba-tiba)

Tanpa Nama berkata...

" aku cuba memotong dua buah lori yang bergerak terkedek-kedek "

En Mat Som...saya suka ayat ini.
Tak sangka disebalik wajah serius En Mat Som ada terselit lawak spontan...hehe

Abby

Mat Som Sadona berkata...

Abby Fana...Abby Abadi?.....Abby
Tkasih KERANA sudi baca cerita yg entah apa-apa ni.

Lori yg bergerak terkedek-kedek ni biasanya lori bawak barang melebihi muatan, lori batu-bata...bla bla bla,