Selasa, 12 Jun 2012

KENANGAN YANG MEMILUKAN

Imej pinjam COLNECT.COM

Banyak kenangan yang masih terpahat dalam kotak rahsia AKU. Dan kali ini aku keluarkan satu lagi cerita aku. Kalau aku ceritakan, takut memalukan diri aku sendiri.

Mula-mula aku bertugas sebagai guru secara rasmi ialah pada tahun 1988, ketika umurku baru 22 tahun. Aku ditempatkan di SMK Paloh, Kluang.

Masa tu, setiap guru baru, paling cepat akan menerima gaji selepas tiga bulan bekerja.

Dalam tempoh tiga bulan tu, pandai-pandailah kami nak hidup. Berhutang ke, pinjam adik-beradik ke. Ketika mendaftar diri, aku diberi RM 200 oleh arwah ayah aku. Lepas tu aku tak pernah mintak lagi. Kepada kawan-kawan serumah yang dah lama kerjalah, aku meminjam.

Bulan ketiga, kerani sekolah memberitahu

"Esok gaji pertama cikgu akan keluar, bolehlah cikgu ambil di UMBC Yong Peng"

Malam tu gembira sangat, maklumlah akan menerima gaji pertama dalam hidup. Masa tu gaji aku tak besar, baru RM 404 setelah dicampur elaun.

Keesokannya, pagi tu aku naik bas ke Yong Peng (Aku tinggal di pekan Paloh). Duit aku cuma cukup tambang iaitu RM 1.30. Apabila aku dah bayar tambang tu, kocek aku dah kosonglah......!!!

Aku pun keluarkan kad bank UMBC ( yang kini dah ditelan bank-bank yang lebih besar) lalu dengan semangatnya aku memasukkan ke mesin ATM di Yong Peng tu.

Check-check balance.....RM 1.00 sahaja....!!! Aku dah mula pucat. Mana gaji aku tiga bulan sebanyak RM 1200 tu?

Aku pun mula panik, bagaimana aku nak balik ke Paloh semula. Jauh ni 20 batu jauhnya. Nak balik ke kampung aku pulak 28 batu lagi. Aku mula ke hulu, ke hilir....dah macam orang sasau....! Ya Allah...harap-harap adalah aku terjumpa duit jatuh kat bas station ni.

Aku tak ada cara lain. Aku jumpa uncle pemandu bas tu. 

"Mr Tan, saya mau mintak tolong awak boleh tak?"
"Apa fasal, boleh-boleh, wa boleh tolong punya..."
"Saya punya kad sudah kena telan itu mesinlah" Aku nak kata gaji belum masuk, malulah aku.
"Sekarang, saya sudah tak ada duit mau bayar tambang bas ma, kasi hutang boleh ka? Minggu depan saya bayarlah" tambah aku lagi.
"Oh wa tak kisah, mari sini saya belanja awak makan, banyak kasihan"

Mr Tan belanja aku makan nasi lemak. Malu aku tak terkata. Aku menyumpah-nyumpah dengan bank UMBC tu. Memang lembab.....!

Setelah menerima gaji berkali-kali, barulah aku tau, rupa-rupanya bank UMBC tu memang lewat masukkan gaji berbanding bank yang lain. LEWAT SEHARI SETIAP BULAN. Menyesal aku melilih UMBC.

Kini UMBC telah dikuburkan, dan tidak ada sesiapapun yang mampu nak belikan dia batu nesannya! Padan muka kau UMBC.

19 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Allahuakbar...

memang sedih pilu la ada pengalaman begitu ... ntah ada lagi ke tidak uncle yang baik hati tolong cikgu MS tu?

Pida berkata...

Ini cerita sedih ke cerita lawak ni? Sebab saya rasa macam nak ketawalah!

Hihi....

tak baik UMBC buat mat som cenggitu 'ek?

Ojo kelalen memori koyo iki! (Err betul ke?)

cinnamon.com berkata...

baiknya mr tan tu kan..siap belanja nasi lemak lagi.Allah dah susun semuanya kan..tak yah nak mengeluh2 lagi.

Boni JLL3 berkata...

mr tan dah membuktikan yang berlainan bangsa tak semestinya tak boleh membantu sesama bangsa yang lain...kan?

amn berkata...

salam cikgu

terbukti, ada juga insan murni dari bangsa lain..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Bagus cerita kau ni... ala2 1 Malaysia.. Kih kih kih.. teringat dulu Ustazah S.A jatuh parit tapi dlm reramai yg lalu lalang kat Pt W. tu.. akhirnya Cina Oo Bee jugak yg menolong. Speachless aku dibuatnya..

Tanpa Nama berkata...

En MS, adik awak Pn MM tak tolong ke masa tu....hehe

Mama Janet berkata...

kesian cikgu MS.kekonon dpt gaji nak makan kay ep chi.tapi hampeh

Mat Som berkata...

SZ
Ingin juga saya ke Stesen bas tu, nak tgok Mr Tan, nak belanja dia pulak makan kalau ada lagi

Mat Som berkata...

Pida,
Ketawalah.... hahahahaaa
Saya tak kisah

Mat Som berkata...

Cinnamon
Cuma tak puas hati dgn kelembapan UMBC tu

Mat Som berkata...

Boni
Kita mesti bantu org tak kira warna kulit dan bangsa

Mat Som berkata...

amn
dALAM SATU2 bangsa tu ada yg baik, ada yg tak baik
Kita pun macam tu, yg baik ramai
Yg jahat macam setan pun ada juga

Mat Som berkata...

iM
S Amanah bukan masuk parit, tapi tebing sungai Simpang Kiri, ketika jambatan sementara drp kayu tu

Mat Som berkata...

Tanpa Nama
Adik saya MM masa tu masih di Tingkatan 3, dia lebih miskin drp saya, macamana dia nak bantu saya....hehehe

Mat Som berkata...

KFC tak ada lagi di Yong Peng ketika itu, yg ada Chicken Delight, tapi skrg macam tak nampak lagi.

Balik rumah lauk bawang goreng saje hahahahaha

Mama Miraki berkata...

Mr Tan tu Driver Bas Lien Hoe ke...hehehe....tahun 1988..saya form 4...MS dah jadi cikgu masa tu...

Tanpa Nama berkata...

Dia pemandu Bas Yong Peng, Paloh. Kepala basnya warna hijau, sama Bas Air Hitam-Segamat, lupa pulak nama basnya.

Jadi Mama Miraki ni lebih setahun drp Miss Miror.

Msom

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

TANPA NAMA - Mcm mana la saya nk tlg abang saya tu, saya lg byk mintak tlg dgn dia ada la... Hehe..