Sabtu, 9 Jun 2012

KISAH LOO JOO YEE DAN ISLAM


  • Pengajaran daripada Video ini: 
  • Kita orang Islam mesti memberi sokongan 100% dan mendekati golongan yang baru memeluk Islam ini, kerana sebahagian besar mereka telah disisihkan keluarga dan teman-teman. 
  • Segelintir orang-orang kita memandang serong terhadap keIslaman mereka, lalu kita biarkan mereka terumbang-ambing sendiri, dan ramai telah kembali ke agama asal kerana tidak dipedulikan. Sambutlah mereka sebagaimana mesranya sambutan terhadap ahli keluarga kita sendiri. Lindungi dan ambil beratlah tentang kebajikan mereka.
  • Berpegang teguhlah kepada agama Allah ini, kerana kini telah ramai yang telah menjadikan cara hidup barat dan aneka pegangan sesat termasuk nabi-nabi palsu sebagai pegangan. Ingatlah, apabila kebenaran telah datang, maka akan lenyaplah segala kebatilan.

7 ulasan:

Boni JLL3 berkata...

semoga beliau ni terus berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, dan kita sebagai individu yang memang dilahirkan islam harus terus membimbing supaya beliau tidak terumbang ambing menempuhi kehidupan ni seorang diri

Mat Som berkata...

Begitulah hendaknya Boni.
Nampak wajahnya yg cute tapi mempunyai jiwa yg sangat teguh.

cinnamon.com berkata...

Allah beri hidayah pd sesipa sahaja yg ia kehendaki.

Pida berkata...

Terharu.

Mat Som berkata...

Pida dan Cinnamon

Jika dihayati benar-benar kata-katanya itu
Boleh menitiskan air mata kita...

Mat Som berkata...

Mungkin, atas faktor keselamatan, video dan web berkaitan beliau telah dipadam. Allah lindungi Loo Joo Yee

Mat Som berkata...

Beberapa hal negatif yg terjadi selepas itu, bagaikan dicerita dalam Majalah SOLUSI bulan ini

Walaupun tak menyebut nama, namun seperti berkaitan

Benarkah apa yg terjadi?
Hanya LJY saja yg boleh menjelaskannya