Sabtu, 23 Jun 2012

PENGHUNI NERAKA RAMAI PEREMPUAN KERANA...

Beberapa hari lalu, aku mendengar kuliah Ustaz Syeikh Faisol, orang kuat Darussyifa negeri Melaka. Kuliah di mesjid yang cuma beberapa meter dari rumah aku ni.


Ustaz memulakan cerita dengan sedikit kisah israk mikraj. Iaitu Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa ramai penghuni syurga itu adalah terdiri daripada orang-orang fakir, manakala penghuni neraka pula kebanyakannya ialah wanita.


Apa maksud fakir? Dalam keadaan sekarang, sebagai contoh, katakan keperluan asas sesebuah keluarga itu RM 1000, TETAPI dia cuma ada income RM 500, maka ia termasuk fakir. Tetapi kalau keperluan asasnya RM 1000, dan incomenya RM 950 ia termasuk kategori miskin. Keperluan asas ini ialah bil air, elektrik, makanan, tempat tinggal, pakaian. Bukan bil Astro, internet dan lain-lain, ia tidak termasuk dalam kategori asas.


Ini pula bukan bermakna Islam menyuruh umatnya jadi fakir dan miskin. Tidak. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman merupakan hartawan-hartawan terbilang.
Google Imej


Berkaitan penghuni neraka ramai terdiri daripada kalangan wanita..... ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya ustaz memberi contoh, isteri yang memperlekeh pemberian suami. Dia dah tahu gaji suaminya kecik, hari jadi dapat beg tangan murah-murah harga RM 30, mulut isteri gatal bercakap,


"Ini je yang abang beli untuk saya. Saya nak juga memakai Bonia, Charles Jourdan!" 


Selain itu, isteri yang tidak menghormati dan tidak taat kepada suami. 


Satu lagi kategori,di rumah mereka memakai selekeh saja, tetapi apabila ke luar rumah, memakai minyak wangi yang boleh menyebabkan lelaki jalanan tergoda dengan kewangian dan gedak-gedik mereka. Jika mereka perlu, cukuplah gunakan deodorant yang sekadar untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan mereka. Bukan spray atas ke bawah, kanan ke kiri, kiri ke kanan. Ini tujuannya untuk apa? Jika bukan untuk santapan hidung-hidung buaya tembaga yang sentiasa kembang-kempis berkeliaran di luar sana!  


Itu cuma antara beberapa contoh, banyak lagi hal-hal yang menjerumuskan kalian ke jurang api neraka.


Apa-apa pun kita tengok dulu penjelasan panjang lebar bab hukum pakai minyak wangi bagi orang perempuan oleh Ustaz Azhar Idrus.....jom>>>>dengar!

6 ulasan:

encik Cool berkata...

buat renungan bersama..

cinnamon.com berkata...

best n3 ni..
tulah apa nak buat perempuan2 la ni..tak takut utk buat dosa.

saya segala jenis makeup pun tak ada,gaji suami pun tak pernah tya berapa.minta apa2 pun tak pernah..emas juga tak suka nak pakai..

jenis apa saya ni?

Muttallif berkata...

Buat renungan dan peringatan bersama. Semoga Dijauhkan dan ambil ini sebagai satu amaran untuk tidak menjadi sebahagian daripada bahan bakar untuk neraka.

Marya Yusof berkata...

As salam Cikgu Mat Som,

Doakan saya moga sy dikalangan ahli syurga walaupun tak layak tp sgt takut ke nerakaNYA...

Boni JLL3 berkata...

hurm.. thanks cikgu mat som.. banyak ilmu yang saya tak tau sebelum ni dapat saya belajar hari ni..

K.Nor berkata...

SINGGAH SINI...TGGU NEXT N3..