Rabu, 3 April 2013

BUBAR......BUBAR......MERIAHNYA LEPAS NI!

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Bangunku pagi ini kerana bunyi deringan telefon dari kampung, mengkhabarkan seorang sahabatku terkorban bersama seorang lagi orang kampungku ..dalam kemalangan tragis di depan Petronas Parit Yaani yang sibuk itu.

 Kawan aku naik kereta pacuan empat roda ini...Gambar sumber Facebook para sahabat
Empat kenderaan terbabit dalam kemalangan ini, kepala lori tanker yang melanggar  sahabatku itu nampaknya tiada dalam gambar ini

 Punca utama kemalangan ini ialah apabila kereta peronda polis ini belok dengan tiba-tiba ke Petronas, dan lori di atas (dari Pt Yaani) menghentam kereta polis, sahabat yang memandu pacuan empat roda dari belakang terkejut dan mengelakkan daripada melanggar lori putih tu, lalu memaut stering ke kanan dan akibatnya bertembung dengan lori tanker di laluan bertentangan secara berdepan.


Baru dua minggu lepas aku menemuinya dimana ketika itu dia sedang membantu seorang anak dara pingitan yang terbabas dan melanggar tembok kampung Pt Sedayu  itu. Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir dengannya.  

Sejak Disember lagi aku asyik dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri. Bulan Februari dan Mac telah meragut dua jiwa, jiran setaman dengan aku….Hujung minggu lepas pula berlaku kemalangan ngeri tidak jauh dari rumahku, di selekoh Pt Pulai depan Kilang Batu Bata itu, dua orang dari Seri Medan juga terkorban serta merta di situ.

Kalau kita lihat di jalan raya itu, kereta dan lori bergerak begitu laju, dan kita ini apabila berada di jalan raya hanya berserah kepada Allah sahaja.

.......Sempena pembubaran parlimen ini, aku harap kita semua rasional. Kita akan saksikan kejutan-kejutan dalam kehidupan ini. Akhir kata, selamat mengundi...... 





4 ulasan:

Mama Miraki berkata...

wahhh..memang meriah nak pilihanraya ni...kalah nak Raya tau...agak2 ada Sales Pilihanraya tak shopping Complex tak...

yan's cottage berkata...

minta di jauhkan dari kejadian yang tak diingini bila di jalan raya...

Mat Som berkata...

Mama Miraki,
Paling meriah kalau ada pilihan raya kecil macam di Tenang tempoh hari.

Apabila pilihan raya yg jual air, jual burger, jual kebab, jual jagung rebus, jual mi goreng semua laris....!

Mat Som berkata...

Yan, semoga kita semua selamat semasa memandu.