Rabu, 17 April 2013

MEMANDU 550 KM HANYA KERANA UDANG PT SULONG



Kerana entri ni, aku menerima panggilan daripada seorang pensyarah UPM, cawangan Bintulu, Sarawak. Beliau (lelaki bukan perempuan) beria-ia nak jumpa aku, supaya membawa aku ke parit yang airnya hitam bak air sungai Seget itu.

Aku dah cuba mengelak. Tetapi beliau itu nak juga datang. Aku tanya kampung dia kat mana? Pulau Pinang. Awal Mei ni nak balik Penang, jadi beberapa hari itu, dia nak memandu sejauh 550 km untuk mengkaji habitat udang kara di longkang besar yang busuk itu. Aneh-aneh. Agaknya nak buah Phd kut?

"Awak sanggup datang sini, semata-mata nak tengok udang kara yang tinggal 4, 5 ekor itu?"

"Tak apa....kalau udangnya dah tak ada pun tak apa, saya nak tengok tempat itu"

Sejak tulis blog ni, pelbagai panggilan unik telah aku terima. Sebab tu ramai tak berani bubuh no handphone kat alam maya ni. Aku terpaksalah letak, supaya bisnes kecil-kecilan ini berjalan lancar.

Kerana hajat yang sedemikian besarnya, so aku sanggup jadi pemandu pelancong, untuk melihat kehitaman air longkang itu.

7 ulasan:

MystoryPic berkata...

takpe la cikgu... mana tau untung sabut timbul... kot-kot boleh dapat business baik punya nanti...

Mat Som berkata...

Tolong orang SR
Allah akan beri ganjaran
sama ada rezeki yg nampak
dan rezeki yg tak nampak

BUNDA a.k.a KN berkata...

salam ukhwah dari bunda...

Knor berkata...

entah2 2/3 ekor tu dah besar..goreng pun sedappp...

Mat Som berkata...

Tkasih Bundaaaaaaa
drp anakanda..

Mat Som berkata...

Dah tgok2 juga kat Parit tu macam dah tak ada K.Nor
Apa yg saya nak tunjukkan
kepada pensyarah tu?

umi alya berkata...

kiranya cikgu ni salah sorang blogger femes gitu, tahniah..

sib baik lelaki, jika pompuan, mau kena cubit ngan org sebelah, ahakkkkkkkk...