MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 5 Mei 2013

KAMI DAH MENGUNDI DAH.....


Saluran 3 berbaris panjang. Aku saluran 2, dah masuk kategori warga tua...uh...uh....
Yang bertugas ni cikgi-cikgi SK Pt Sulong.....
Eh...Hery, kau pakai baju biru...! Adakah benar pakaian yang dipakai melambangkan parti apa yang dipangkah....tak apa,....hak masing-masing untuk memilih. Adik-beradik aku pun macam-macam parti...
Lepas ni nak round2 Parlimen Pt Sulong dengan DUN Seri Medan ni. Hand Phone sentiasa berbunyi dari malam-malam buta lagi, masing-masing berkempen begitu dahsyat sekali. Malam ni kita duduk diam-diam di depan TV ok. Tunggu kerajaan apa yang akan memerintah untuk hari esok dan lima tahun akan datang. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia.

Yang anehnya, seperti yang dikatakan orang...tengok jari aku sebelum: Masa: 9.52

Dan jam 11.20 pagi, aku cuba basuh dengan sabun.....alahai...SPR...???

1 ulasan:

umi alya berkata...

Gigih berjalan kaki 4KM pergi balik dengan anak2 kecil demi 5 tahun sekali