Akhir-akhir ni aku agak ngeri nak masuk ke daerah facebook yang tersohor itu. Ramainya bijak pandai yang berhujah di sana. Bercampur-baur, hinggakan kalau ada orang migrain, pasti minggu ini sakit mereka akan berada pada tahap paling kronik.
Jadi, dalam keboringan yang kritikal itu, aku membelek-belek handphoneku yang usang ini. Kulihat foto-foto yang tersimpan di situ. Tentulah tidak akan kubiarkann ia sia-sia sahaja.
Setiap gambar tentunya boleh ditafsirkan dengan 1001 cerita. Mula-mula, aku ceritakan gambar kat atas sekali. Itu ialah premis tempat aku bertugas. Sejak 2013 ini aku bersarang di tingkat empat bangunan itu. Sebagai guru perpustakaan yang baru, menggantikan cikgu yang telah bersara, pastinya aku semakin sibuk dengan aneka tugasan di perpustakaan. Sementelahan kerja sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dan dua kelas UPSR sudah cukup untuk menjadikan aku antara manusia paling sibuk di atas muka bumi yang bulat ini.
Justeru, untuk menghilangkan kesibukan sesekali aku mengajak keluargaku ke Giant Muar ni. Murahlah juga harga-harga tudung di sini...Takkanlah nak pakai tudung yang lebih mahal daripada harga baju pula. Lainlah kak Rosmah.... (dah mula provokasi nampak?)
Kadang-kadang aku menjenguk kebun sekangkang kami kat kampung tu, dan melihat perkembangan pokok-pokok di situ
Ini kebun jiran kami....dah nak tanam baru.....ke manalah perginya segala biawak, ular sawa ni berpindahlah ya?
Kehadiran pokok ini sebagai penyeri kebun kami yang dipenuhi semak-samun....orang yang diminta meracun kebun kami ni lebih sibuk daripada CEO Airasia...dah sebulan dah beritahu dia...nampaknya kami kena
tukar orang dari seberang ni....
Sekianlah sahaja untuk malam ni.Seboleh-bolehnya aku ingin mengelakkan cerita politik.
8 ulasan:
ok je cikgu.... cerita kehidupan tiap hari....
bosan ah cerita politik.... semuanya menipu
Ya, sampai tak tau, mana satu yg betul
kak rosmah pun terlibat ye?hahaha
masih ada lg sisa2 pru13 tercicir kt n3 ni, kita fikir lain kalilah..
hehe kita bertenang2lah ye
suami pun dah naik darah tingginya...
tgok gambar2 kat sini sungguh indah.sejuk hati.
biarlah Allah yg menghukum.
saya dah delete dah fb..
byk yg berhasad..biarlah saya undur diri.
Sisa-sisa Pru13 akan hilang sikit-sikit Umi Alya
K.Nor sampai tutup Facebook, serius ni. Tp kalau masuk pasword, dia muncul lagi. Lebih baik lupakan buat sementara, tahun depan dah elok, masuk balik
Catat Ulasan