Tindakan pertama adalah dengan mengajukan masalah ini di Facebook SAJ yang baru diLIKE oleh 200 orang. Kalau masalah ini tidak dijawab dengan baik, aku akan ke pejabat SAJ Batu Pahat minggu ini juga. Aku nak mereka memberi penjelasan. Jika kita diam, kita akan tertindas. Pengalaman dulu mengajar aku. Pernah empat tahun, rumah aku tidak ada bil air, korang percaya? 4,5 kali aku ke pejabat SAJ Batu Pahat, mereka kata BIL AIR aku tiada dalam data mereka. Mereka kata nanti mereka akan settlekan. Tukang check bil air tidak pernah singgah rumah aku dalam tempoh itu. Hati tidak tenteram, sampai bila masalah itu akan menyelubungi kami?
Akhirnya satu hari aku pergi ke pejabat SAJ sekali lagi, mereka kata bil air yang tertunggak adalah sebanyak RM 1400! Masa tu anak aku baru sorang. Aku tanya jiran-jiran aku ketika itu, bil air mereka sekitar RM 4, RM 5 (masa tu murah lagi, sekitar tahun 1996-1999). Aku tidak berpuas hati, lalu aku mengadu kepada pegawai SAJ di Batu Pahat. Akhirnya bil air sebanyak RM 1400 tinggal menjadi RM 230! Dalam hati aku, kalaulah kami buat dek aje, tentu kami jadi mangsa. Bukan senang nak cari RM1400 masa tu. Gaji pun seciput aje.
Masalah terbaru aku kali ini tidaklah seberat masalah orang yang menghidap penyakit kanser atau buah pinggang. Namun masalah aku ini menjadikan hati aku sentiasa berbuku dan bengkek dengan SAJ.
Masalah pertama aku, bil air pada kebiasaannya sekitar RM 35 sebulan. Tetapi apabila SAJ menukarkan meter air secara diam-diam Mac lepas, bil air aku meningkat kepada sekitar RM 70 ke atas. Adakah minyak gris pada meter yang baru ni digunakan untuk merompak duit aku?
Kenaikan 100% bil itu aku anggap keterlaluan. RM 35 X 12 bulan= Setahun aku terpaksa mengeluarkan sebanyak RM 420 kos tambahan.
Aku nak bertanya siapa-siapa yang faham, adakah logik bil air sama banyak dengan bil elektrik? Elektrik memang hidup 24 jam. Nak kata bocor, semasa air tidak digunakan, meter air tu berhenti tak menjerit.
Satu lagi yang pelik, semalam bil air sampai, sepatutnya oleh sebab air dah beberapa hari tidak ada, kalau ada pun seminggu ni, nak mandi pun kena tadah, kerena slownya sangat air tu, sepatutnya bil air bulan ini menurun, TETAPI sebaliknya, ia semakin naik. Naik RM 7 dari bulan lepas yang mana ketika itu tidak ada masalah bekalan air.
SAJ....Bukan Kelantan saja, bukan Selangor saja yang ada masalah air. Di sini pun apa kurangnya.
Dan akhirnya wakil SAJ menjawab dengan panjang lebar
Yang warna merah tu penyelesaian masalah Pn Meefa Omar@Mama Janet ok.
Nampaknya aku kena tadah air hujan sebagai bekalan tambahan. Alasan SAJ tidak dapat aku terima. Adakah benar secara tibaa-tiba meter tidak bergerak? Soalnya ketika air tiada dan slow selama seminggu ini tidak menyebabkan bil aku turun pulak, SAJ kenapa tak jawab.?
10 ulasan:
kena check betul2 ni pasal air. Kang naya tak pasal2
kt negeri inipun sama gak..
kat kelantan banjir, kat selangor banjir, kat seri medan pon selalu banjir jugakk kann kang matsom tuu.,uHUuu
dkt tempat kak gombak sel air free..alhamdulillah..dah lama dah merasa air free ni..syukur..
masalah air kecik di Parit Sulong dah berpuluh thaun berlaku sejak zaman saya sekolah lagi. Masalah akan jadi lebih kritikal bila tiba musim perayaan hingga ada ketikanya bekalan tiada langsung, pernah berlaku beberapa kali bekalan tiada semasa kami nak buat kenduri dia selamat. Bila call SAJ dia kata ada masalah itu la ini lah, bila kita merayu kata nak guna air sebab ada kenduri akhirnya bekalan ada semula. Tak tau la memang bekalan air sengaja dikawal atau apa.....
Paper semu kecoh masalah di Selangor, tapi masalah air di Johor ni pun lagi teruk rasanya.
Baby Comel
Saya dah teraniaya
Tapi orang akan kata juga
Nasib baik ada air, kalau duduk kat Somalia jangankan air...
bilik air pun tak ada kahkahkah!
Umi Alya
Negeri mana yang tak ada masalah air.
Parit Kolam Air pun ada masalah air
Wak Gelas yg dah ngetop!
Seri Medan menjadi popular kerananya
Tanpa banjir siapalah kami...
Untungnya Kak Nor.....
Mummy Gee
Yg selalu mengadu air perlahan ialah kawan2 yg duduk di hujung Pt Pulai dkt Lombong tu
Jadi, masalah di Batu 21 jln Muar/Ypeng sama dgn penduduk2 di situ, hujung Pt Gantong, hujung Pt Tegak...
Tempat saya, baru seminggu ni. Dulu ok...entah apalah yg berlaku agaknya?
Mungkin, satu tangki air yg besar perlu dibina dgn segera di Simpang Tiga, ni. Kebun siapalah nak dijadikan mangsa ni....?
Catat Ulasan