Sabtu, 4 Mei 2013

PERTEMUAN DENGAN EN JOHAN ISMAIL DARI UPM BINTULU

Aku bayangkan pensyarah yang nak menemui aku ni tua, perutnya buncit, berkepala botak...rupa-rupanya En Johan pensyarah UPM Bintulu ni kacak sungguh orangnya (Bertshirt Ungu). Sebelahnya yang sedang memegang udang kara Pt Sulong ni ialah pelajarnya. Namanya Hanafi.
(Wajahku terus menjadi kusam apabila diapit jejaka-jejaka tampan...)Bertshirt putih pula Zul, iaitu salah seorang bekas pelajar En Johan yang kini telah pun bekerja . Rupa-rupanya sudah tiga hari mereka berada di sini. Tidur di hotel Batu Pahat. Mereka tak nak mengganggu kesibukan aku yang sentiasa menyibuk 25 jam ni. Kalaulah aku tahu, tentu sekali aku akan mengikuti aktiviti-aktiviti kajian mereka itu.
Key Chain ini ialah cenderahati beliau yang diberikan kepada aku.......

Dalam sembang-sembang di warung tadi, En Johan Ismail menunjukkan ratusan gambar yang diambil sepanjang tiga hari di sini. Antara yang menarik hati aku ialah ribuan telur-telur udang yang sedang menetas. Ada anak-anak udang yang masih dalam kantung telur dan sebagainya. Dah namanya kajian tentulah mereka begitu teliti. En Johan ni ada master dalam bidang perikanan.
Menurut En Johan, mereka telah dapat menangkap 60 ekor udang kara, tetapi semuanya telah dimasukkan kembali ke parit tersebut. Cuma ada seekor yang dibawa balik, sebagai tanda kenanng-kenangan (yang dipegang di atas itu).

Beliau berterima kasih kepada aku kerana aku telah menyiarkan cerita PESTA UDANG KARA DI PS.KLIK Aku kata perkataan PESTA itu hanya temberang aku sebagai seorang blogger. En Johan kata tak apa, itu yang menariknya datang ke sini. Dan hasil kajian yang diperolehnya tidak pulang dengan tangan kosong.

Beliau juga menunjukkan kepada aku, temu ramah mereka dengan Encik Bee Kee, peminat tegar yang setiap hari memancing udang kara di depan sekolah agama atau di depan Stesen Esso itu. Dalam gambar tu Encik Bee Kee kelihatan tersenyum besar menerima kehadiran tetamu-tetamu istimewa ini. Selama ini ramai yang tidak pedulikan dia dan isterinya yang memancing di situ. Ini siap dapat cenderamata lagi.

1 ulasan:

Umialya berkata...

Cikgupn apa kurangnya, awet muda lagi..