Khamis, 14 November 2013

DALAM DUKA ADA PENINGKATAN

Tahun ini keputusan tidak boleh diumumkan di depan umum, seperti di dewan sekolah oleh pihak PPD, keputusan diserahkan oleh Guru Kelas masing-masing di dalam kelas. Contohnya dalam video ini Cikgu Khairul mengedarkan slip keputusan UPSR di kelas 6 Arif. 

ANALISIS UPSR SK SERI PASIR.

Maksud duka ialah tahun 2013 dua orang calon sahaja yang dapat 5A berbanding 6 orang pada tahun lepas.

Mereka ialah adik Khairunisa dan adik Halimatusaadiah. Tahniah dan syabas!!!

Sebanyak LAPAN orang memperoleh 4A 1B. Mereka ialah adik Mashitah, Nadia Ahmad Nadir, Raden Haziqah, Najwa Nasuha, Nur Shauqat, Siti Nurliyana, Akmal Faiz dan Haziq Hakimi. Tahniah!

Yang dmaksudkan peningkatan ialah peratus keseluruhan telah meningkat daripada 63% pada tahun lepas meningkat kepada 81.8% pada tahun 2013 ini. PENINGKATAN SEBANYAK 18.8%! Sementara itu gred purata sekolah bertambah baik daripada 2.47 pada tahun lepas ke 2.14 pada tahun 2013.

Peratus mata pelajaran dicapai pada tahun 2013 ini ialah:

Bahasa Melayu Pemahaman 97.0%
Bahasa Melayu Penulisan 92.4%
Bahasa Inggeris 83.3%
Mathematik 93.9%
Sains juga 93.9%.

Tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang kecundang, perjalanan ini masih jauh. Teruskan perjuangan kalian.

Oh ya...........!
LIHAT KEPUTUSAN TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA:

Sila KLIK pada tahun yang berkenaan.

UPSR 2012
UPSR 2011
UPSR 2010
UPSR 2009
UPSR 2008

SENARAI YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG UPSR 2013 IALAH:

5A NUR KHAIRUNISA BT KHAIRULANWAR  DAN NURHALIMATUL SAADIAH BT ASLAN


Khairunisa duduk di tengah dan Halimatul ialah pengawas sekolah

4A 1B : MUHAMMAD HAZIQ HAKIMI BIN SAKIM, MOHAMMAD AKMAL FAIZ BIN MO'MIN


4A 1B: NURMASHITAH BT MUHAMAD SAIRI, NURUL NADIA BT AHMAD NADIR


4A 1B: NUR NAJWA NASUHA BT ABAS, RADEN HAZIQAH HUDA BT RADEN BAHARIN


4A 1B: NURSHAUQAT BT MASLAN, SITI NURLIYANA BT NGARBI

Siti Nurliyana berada di belakang yang ramai-ramai tu. Carilah sendiri ya

Sekian, SUARA SIMPANG KIRI, melaporkan untuk anda semua!

3 ulasan:

Umialya berkata...

tahniah buat yg berjaya

tahniah juga buat cikgu, peratusan subjek bahasa melayu paling tinggi

Kayu Manis berkata...

tahniah...kpd cikgu juga...terus berusaha utk anak murid ye cikgu..

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Umi
Tkasih K.Nor