MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 20 Februari 2014

SEMAKAN POTONGAN GAJI ANGKASA

Kita ni selalunya perlukan duit untuk keperluan peribadi. Sebab tu kita pinjam Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Koperasi, dan sekarang banyak bank yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada orang ramai, tak macam zaman dulu. Nak pinjam RM3000 pun kena ada penjamin. Kini, ada slip gaji je, kita boleh pinjam riban-riban.



Lalu setelah tujuh lapan tahun barulah kita teringat, berapa banyak aku pinjam dengan bank ini, dengan koperasi itu, bayaran insurans ini, insurans itu.

Sebab dalam slip gaji, semua bank dan koperasi serta potongan insurans tadi dijadikan satu dalam ruang potongan Biro Angkasa.

Oleh itu anda kenalah isi borang online ini dan hantar. Cara ini cuma untuk yang rajin baca emel. Jika tak pernah baca emel tak payahlah isi borang online ini.

OK, SILA KLIK BORANG PERTANYAAN

Esoknya kita akan terima emel macam ini:




Paling senang sebenarnya kita buat call sahaja, tetapi kalian tahulah, nak call mereka ni, sambungan ke sini, sambungan ke sana, kadang-kadang tak sabar...jadi paling senang melalui perhubungan online macam ni.

Untung sangat yang tak ada hutang tu, aku tabik sama kamu.

  

6 ulasan:

umi alya berkata...

Potongan biro angkasa untuk bayar insuran pendidikan anak jer..

Mat Som berkata...

Banyaklah duit awak UA...potongan utk simpanan pulak tu. Untung2

mamawana berkata...

Assalamualaikum

Singgah sini. :-)

PANITIA BM SK SERI PASIR, SRI MEDAN, BATU PAHAT berkata...

Tkasih Mamawana

Knor berkata...

setakat ni hutang rumah je tak habis2 lagi..

Knor berkata...

tq lah cikgu bg peringatan..dh delete apa yg patut..rasanya tak byk pun pendedahan..