MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 2 April 2014

NO AKAUN BERTUKAR AGAK MENYUSAHKAN

Nak jimat kos, aku beli GPS murah2 je...RM 300 
(Pemandangan cantik di Pekan Pahang)

CIMB ni, tukar nombor akaun para pelanggannya sejak beberapa bulan yang lalu. Aku buat tak tau saja, sehinggalah semalam Mr Chew, customer aku dari Segamat, mengadu tak dapat tranfer bayaran ke akaun aku......Terpaksalah aku menatap muka kakitangan bank yang sentiasa masam mukanya kat bank itu. Prosesnya tak lama, lima minit sahaja, tapi bab kenapa aku kena menghadap orang yang bermuka masam tu? Yang lain ceria sahaja, sorang tu...dan kebetulan aku kena menghadapnya.!

Dan selepas nombor baru yang sepuluh digit berbanding dua belas digit aku peroleh, semua entri blog aku yang ada menjual barang terpaksa aku tukar semua nombornya, jenuh juga,dan ada tiga blog lain yang menjual produk. Cuma orang dan benda-benda terlarang je yang aku tak jual kat blog aku.Kalau nak harapkan duit Nufnang, dah lama dah aku stop blog ni. 

Semalam aku dapat tempahan 10 papan Kopi Nanduk daripada Mr Tham dari Kanowit. Yang buat aku terkejut, kos pos lajunya mahallah sangat. RM 67! Untung sikitlah sangat..

Tidak ada JALAN yang mudah untuk berjaya, semua ada cabaran. Jumpa lagi.     

3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kerani2 kaunter yg muka masam tu.. aku tau kenapa, tgh period!. hahaha.. Sengugut mmg sakit tau!.

*Aku itu ari call, ko tido.. org nak beli kuali ajaib la.. ada tak?. Kang PM aku kat FB. Tp aku nk maybank, CIMB aku takde.

Mama Miraki berkata...

MM ..kuali ajaib tu kalau kota tido dia bole masak sendiri tak..hehehhehehe

IliNabilah berkata...

Makcik,

Ni saya tolong jwb bagi pihak ayah saya.

Kalau kita tidur, pemanggang itu akan memanggang kita, kerana kebakaran mungkin berlaku.