Khamis, 31 Disember 2009

MENJELANGNYA 2010

2009 akan kita tinggalkan dalam lipatan sejarah. Tercatat pelbagai peristiwa yang pasti menjadi ingatan sepanjang zaman. Ada suka dan duka. Kemenangan Malaysia dalam bola sepak setelah 20 tahun menanti. Bermaharajalelanya H1N1 hingga meragut 77 nyawa, sehingga kita menjadi cemas kehilangan orang tersayang. Kehilangan enjin jet pejuang TUDM yang sungguh melucukan walaupun ia sebenarnya menggugat keselamatan negara. Kemalangan bas ekspres yang tiada sudahnya. Perginya GUSDUR yang pernah mewarnai politik nusantara.

2010 disambut dengan dua berita yang mengejutkan golongan marhain. Kenaikan harga gula kepada RM 1.65 dan harga roti putih yang akan ditarik subsidinya. Ia nampak kecil, namun selepas ini kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga kuih, minuman seperti teh tarik, biskut, roti dan produk-produk yang berasaskan gula. Adakah berita sedih ini akan disusuli oleh kenaikan produk lain?

Selasa, 29 Disember 2009

SUSU KAMBING HIGOAT

Iklan master yang aku modified semalam

Seawal jam 6.30 pagi aku telah menemui Halim Taib (peniaga surat khabar Pt Sulong)
agar mengedarkan flyer ini dalam akhbar yang diedarkan. Buat permulaan 500 helai.
Sasaran bakal pelanggan yang akan menghubungi adalah 10 orang.

Aku percaya HR MARKETING dapat menguasai pasaran MLM Malaysia dalam tahun 2010.
Temanku dari Seri Medan Sdra Masunu Buang telah memperoleh income RM 7000 untuk bonus bulan pertama.
Ini menandakan HR Marketing memang boleh buat duit.

Keterangan lanjut layari http://duniams.blogspot.com


Ahad, 27 Disember 2009

ANUGERAH CEMERLANG UPSR & PMR 2009

Pagi tadi berlangsung majlis anugerah cemerlang UPSR dan PMR 2009 bagi Parlimen Pt Sulong yang berlangsung di Dewan Besar Parit Sulong.

Ketika meninjau majlis itu (untuk melihat anak murid yang berjaya tempoh hari), saya didatangi seorang teman yang anak beliau memperoleh 5A dalam UPSR 2009. Persoalannya ialah anak beliau belum mendapat tawaran dari mana-mana sekolah yang terpilih sama ada MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah sains, sekolah menengah agama atau sekolah-sekolah harian terpilih.

Saya menjelaskan bahawa jumlah pelajar yang memperoleh 5A adalah ramai, sedangkan tempat-tempat tersebut terhad, maka hanya pelajar yang mempunyai rekod kokurikulum yang baik sahaja akan mendapat kelebihan. Atau ia mungkin rezeki seseorang anak itu. Sekolah di kawasan mereka juga terdapat Kelas Rancangan Khas bagi calon-calon yang tidak berjaya mendapat tempat tadi.

Kelas tersebut tidak ada kurangnya, di mana mereka juga berpeluang untuk memperoleh kejayaan. Cuma tugas ibu bapa adalah lebih bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa berdisiplin agar mereka dapat menandingi rakan- rakan mereka yang bersekolah di asrama.

Lalu beliau bertanya kepada saya, apa yang perlu dibuat oleh ibu bapa seperti beliau selepas setiap kali keluarnya keputusan peperiksaan?

Saya menjelaskan, kita haruslah berbincang dengan pihak sekolah adakah guru-guru telah menguruskan permohonan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah harian terpilih. Bagi kemasukan ke MRSM kita ibu bapa kena mohon sendiri dengan mengambil borang di pejabat MARA di daerah masing-masing. Ikutlah garis panduan yang diberi oleh pihak MARA.

Untuk kemasukan ke sekolah menengah agama, ada sekolah yang menguruskan dan ada juga sekolah yang tidak menguruskannya. Itu pentingnya berbincang. Jika belum anda kenalah ke pejabat pelajaran untuk mengambil borang.

Jika anda ingin memasukkan anak anda ke sekolah menengah agama kerajaan Johor, anda kenalah pergi ke pejabat agama daerah untuk mengambil borang. Di sekolah ini juga anak anda boleh berpeluang untuk menjadi doktor dan pekerjaan yang profesional yang lain.

Pendek kata, selepas sahaja anak anda mendapat keputusan peperiksaan, anda usah diam membisu. Tanyalah guru dan rakan-rakan apa yang perlu anda buat sekarang?

Jangan pula apabila anak orang lain masuk MRSM, anak anda tidak, maka anda bertanya "Kenapa anak saya tidak dapat masuk MRSM?" Bagaimana nak dapat, sedangkan anda tidak memohon?

Akhir kata, jika anak anda tidak dapat mana-mana sekolah yang dihajatkan, usahlah dera perasaan anak anda. Misalnya anda mengatakan anda telah kerugian beribu ringgit menyekolahkannya, akhirnya tidak ke mana-mana. Anak saya kini bersekolah di SMK Datuk Sulaiman dalam kelas RK. Saya tidak rasa apa-apa kerana saya sudah menguruskan permohonan ke sekolah-sekolah tersebut. Ada baiknya dia masih di hadapan kami. Fikirlah secara positif, bahawa di mana-mana pun kita boleh berjaya. Pelajar gemilang Madihah dan Amalina datang dari sekolah harian biasa.
(Entri menjelang persekolahan 2010 tentulah bercirikan pendidikan, setelah sebulan entri tentang bisnes MLM)

Sabtu, 26 Disember 2009

HARI KELUARGA KRT TAMAN BINTANG/TAMAN JAYA DIRI DAN TAMAN MUTIARA PARIT SULONG

Hari ini Hamidah suruh aku hentikan aktiviti jualan. Kena bermasyarakat dengan menghadiri Hari Keluarga KRT Taman Bintang/Jaya Diri dan Mutiara bertempat di Taman Bintang. Kelihatan Encik Amir selaku orang kuat Taman Bintang begitu sibuk mengendalikan majlis yang penuh warna-warni ini. Marilah kita saksikan apa yang berlaku di sana.......!


Johan mewarna kategori terbuka telah disandang oleh Ili Nabilah

Naib Johan pertandingan mewarna kategori terbuka disandang oleh Puan Hamidah!
Ditewaskan sendiri oleh anaknya.....


Irfan yang tak pernah menang pertandingan melukis tiba-tiba menjadi Johan
mewarna kategori Lelaki 9-12 Tahun

Pertandingan memancing ikan

Pertandingan kerusi beracun

Ramai juga yang bertanding nampaknya

Aduh...! Sakitnya pinggang aku!

Tarian zapin dipersembahkan

Pertandingan tiang licin

Pertandingan Menyambung Tali untuk kaum ibu

"Saya telah memohon sendiri dengan Perdana Menteri untuk pembinaan sebuah dewan
bagi penduduk di sini dan Alhamdulillah PM sendiri yang telah sign dan meluluskan
sebuah dewan yang berharga RM 200,000" Datuk Noraini Hj Ahmad
Irfan begitu gembira kerana hadiah disampaikan sendiri oleh Datuk Noraini Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong

Khamis, 24 Disember 2009

KEMBARA ISWARAKU

22 Disember
"Ayah cuti dah nak habis, kita tak ke mana-mana ke?" soalan Irfan mengejutkan aku pada petang itu.
"Awak ni tak ada soalan lain ke nak tanya, ayah ni sibuk?"
"Ni bukan Irfan yang tanya, kakak suruh tanya"
"Oh pakai wakil ya?"
"Okey...dipertimbangkan, malam ni siapkan pakaian..."
"Kakak dah siap kemas barang dalam beg" Nabilah tiba-tiba menunjukkan begnya yang penuh dengan pakaian yang berlipat.
"Ewah-ewah, kalau ayah cakap tak jadi macamana"
"Kita nak pergi mana Yah?"
"Ayah tahu esok pagi pukul 7.30 semua siap"
"Yea-yea! Kita pergi jalan-jalan!" Arina dan Iwan melonjak-lonjak kegembiraan.

Wah pukul 7.00 pagi semua sudah bersedia. Aku memeriksa peta di GOOGLE. Jalan yang hendak aku lalui kali ini berbeza. Biasa orang cari jalan paling cepat hendak sampai ke sana. Tetapi kali ini aku hendak menunjukkan kepada anak-anak aku pekan-pekan yang mereka tidak pernah dengar. Matlamat terakhir sampai di Port Dickson.

Mula-mula ke Pagoh, kemudian Iswara kami membawa kami ke Pekan Panchor, Grisek, Bukit Gambir. Sampai di Bukit Gambir aku memeriksa kameraku ...Alamak memory kad tertinggal pula. Tidak dapatlah aku mengambil apa-apa gambar yang menarik di pekan-pekan yang aku lalui ini. Ah, nanti jumpa kedai kamera berhentilah ya.

Di Bukit Gambir ni anak-anak aku teruja dengan pemandangan sawah padi. Mereka tidak tahu ayah mereka ni dahulu bertahun-tahun kerja di sawah padi di hujung kampung Seri Medan, Pt Jayus tu...!

Akhirnya kami tiba di Tangkak. Tangkak masih dipenuhi kain-kain berwarna-warni. Tetapi kepopularan Tangkak semacam tergugat dengan Segamat, ingat ....ingat kain! Kami merentasi pula jalan ke Jasin melalui jalan biasa ini. Dari Bukit Gambir ke Tangkak tadi jalan agak sunyi. Jalan dipenuhi latar belakang Gunung Ledang.

Jalan dari Tangkak ke Jasin pula sudah mula meriah. Ingat di Jasin hendak beli memori card, rupa-rupanya belum ada kedai yang buka. Jasin ni aku rasa sebesar pekan Yong Peng sahaja. Dari Jasin akhirnya tiba di Air Keroh. Dari Air Keroh kami terus menuju Mesjid Tanah. Entah bagaimana kami boleh melalui pekan Klebang dan Cheng.

Di Mesjid Tanah kami berhenti. Tujuan untuk mencari memory kad. Masya Allah, ada satu kedai kamera sahaja di Mesjid Tanah ni. RM xx.00 sudah dikeluarkan. Kenapalah aku tertinggal memory kad tu!

Dari Mesjid Tanah ke Port Dickson lebih kurang 50 km. Kami melihat pemandangan kampung di sepanjang jalan itu. Nampaknya Polis Melaka rajin buat sekatan jalan raya. Polis itu memeriksa lesen aku. Muka aku ni ada muka orang jahat ke? Kenapa kereta depan aku tidak diperiksa? Mentang-mentanglah kereta aku buruk...! Nasib baik lesen aku belum mati. Yalah mereka menjalankan tugas.

Masa muda dulu aku suka bawa kereta laju-laju. Yalah masa tu aku memandu kereta Toyota Celica ST, mana boleh pandu perlahan. Boleh dikatakan masa tu setahun tiga kali aku kena saman. Masa anak aku masih dua orang dulu, kereta Kancil tu aku bawak sampai habis meter. Aku ingat betul waktu emak mertua aku ikut naik kereta itu, dia wirid tidak berhenti-henti. Agaknya nak tegur aku, dia malu. Tetapi sejak aku terbalik masuk parit itu, aku terus insaf....


Dah okeylah tu dapat mandi kat kolam renang di Sri Malaysia Port Dickson

Kolam renang Sri Malaysia PD ni tak dalam macam SM kat Mersing tu
Aktiviti wajib jika bermain di tepi pantai


Soto kat sini belum mengalahkan Soto tepi sungai di Pt Sulong

Kuih apa ntah namanya, aku beli kat ekspo sebelah Hotel Sri Malaysia

Malam di Port Dickson penuh dengan cahaya, budak-budak pun tak takut

Abang penyelamat ni bagus betul, bola kami yang terlepas pun dia sanggup selamatkan

Macamana bola ni boleh terlepas, biasalah budak-budak, baling punya baling...

Ramai pemandu berhenti di Sawit Corner di Mesjid Tanah ni

Ha Adik...ambik bola awak ni, jangan baling jauh-jauh lagi!

Saat mula bola RM 12 itu terlepas.......

Ramainyerrrr orang makan di SAWIT CORNER ni. Sejuk pula tempatnya.
Makan di bawah pokok sawit

Sampai habis nasi ni kau makan?

Kat sini juga ada cendol pulut yang sedap!

Ikan apa ni, besarnya!!!!!!

Mari...mari!!! Cendol Murah! Murah!

Banyak betul Tempat Pensel kat Mydin ni! Tak tau mana nak pilih?

Bila yang diminta tak dapat...monyoklah Arina.

Nabilah begitu ceria setelah tiba di MYDIN , MITC


Kita semua akan bersekolah tidak lama lagi termasuk ayahnya ni, dari umur tujuh tahun
sampailah tahun depan 44 tahun pergi balik sekolah, tak jemu pun...kenapa ada budak tu baru tingkatan dua
sudah sibuk nak berhenti sekolah?

Selasa, 22 Disember 2009

MAHARANI

21 Disember 2009- Kalau jalan-jalan di Muar mesti singgah di Pt Jawa yang
terkenal dengan Asam Pedasnya. Ketika ini sudah jam 10.00 malam

21 Disember ronda-ronda di GIANT MUAR. Dari rumah pun sudah jam 4.00 ptg.
Jalan-jalan kejap sudah Magrib, solat di surau GIANT

22 DISEMBER -Tengah hari ini Hamidah masak sendiri asam pedas kat rumah
ciplak resepi Asam Pedas Parit Jawa
Sewaktu menikmati asam pedas Parit Jawa

Pemandangan Sungai Muar dari GIANT MUAR
Cuti sudah hampir habis, kami belum CUTI-CUTI MALAYSIA lagi. Tengoklah dua tiga hari ini. Anak-anak asyik merengek mengajak bercuti. Ha.....aku dapat satu idea....tunggu.

Jumaat, 18 Disember 2009

CEMBURU BUTA MEMBAWA DERITA

Pada awal pagi yang permai ini, aku ingin menceritakan sebuah kisah benar yang berlaku. Orang-orang kampungku terutama yang tua-tua, tahu benar cerita ini. Ia bukan cerita epik atau cerita rekaan, atau cerita yang menyamai watak Raja Suran di negeri Antah Berantah. Ia adalah benar dan sangat benar belaka, berlaku di bumi Seri Medan yang penuh sejarah, yang mana segelintir penduduknya pernah mencipta sejarah, menyerang Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980.

Namun hari ini aku bukan hendak menceritakan sejarah hitam itu. Aku ingin menceritakan kisah sepasang suami yang penuh misteri.

Setelah sekian lamanya berumah tangga adanya, maka mereka tiada dikurniai anak. Semuanya sudah suratan takdir, mereka terus bersabar dan redha dengan ketentuanNya itu. Pakcik X percaya kepada rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar. Sudah sekian banyaknya usaha yang dibuat, namun akhirnya begitulah juga.

Apabila Pakcik X pergi bekerja, tinggallah Makcik X yang pada masa itu masih muda jelita seperti pelakon adanya, tinggallah bersendirian di rumah. Dia hanyalah bertemankan seekor kucing dan beberapa ekor kambing buat menghiburkan hati. Biasanya Pakcik X akan bekerja seawal jam 7.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Kebunnya yang terletak sepuluh batu dari rumah menyukarkannya untuk berulang alik. Waktu pagi menoreh getah dan pada sebelah petangnya bercucuk tanam seperti pisang, jagung dan pokok sayur-sayuran.

Setiap pagi Mak cik X mengemas rumah. Tengah hari memasak untuk dirinya sendiri. Sebagai isteri yang setia, setiap pagi dia membawakan bekal nasi berlauk ikan keli atau ikan haruan masak cili padi kegemaran suaminya yang perkasa itu. Petangnya Makcik X awal-awal lagi telah memasak untuk suaminya yang akan pulang. Biasanya, suaminya akan makan pada pukul 6.00 petang. Di rumah itu tiadalah radio atau televisyen, samalah seperti rumah-rumah yang lain, kerana ketika itu tahun 1960an.

Sedang dia menghiris-hiris bawang tiba-tiba terdengar ada tetamu memberi salam.

" Assalamualaikum......!"

Makcik X mengintai dari dinding rumah. Dia agak pelik, kerana sudah tiga tahun berkahwin dengan Pakcik X, tiadalah tetamu yang datang ke rumah melainkan hari Raya. Ini mungkin disebabkan rumahnya itu terlalulah jauh ke dalam dan melalui belukar yang penuh dengan beruk dan monyet .

Setelah diamat-amati, rupa-rupanya yang datang itu pakciknya, Pak Cik Y. Sudah sepuluh tahun dia tidak bertemu dengan pakciknya itu.

" Masuk Cik, masuklah rumah saya yang buruk ni"
" Ya Allah, lama betul aku tak jumpa kau, dah besar panjang dan jadi bini orang, suami kau mana?"
" Abang kerja, begitulah setiap hari, kebunnya jauh nak buat macamana, kejap ya saya buat air kopi"

Kopi hitam yang dipanggil kopi gobres pun telah siap dibancuh.

" Cik selama ni pergi mana? Sampai lama tak balik kampung? Saya kahwin pun tak balik? Sampai hati tau"

" Cik ni merajuk dengan atuk kau, pedih sungguh penghinaanya, Cik marah sangat masa tu, jadi Cik lari pergi Singapura, kerja kapal, lama-lama Cik tak tahan, rindu sangat dengan nenek, rasa bersalah dengan atuk, cik baliklah"

Sedang berbual-bual itu maka kedengaran bunyi basikal di bawah rumah. Makcik X menjemput suaminya seperti biasa. Tetapi Pakcik X berwajah masam mencuka tidak senyum seperti biasanya. Makcik X yang ketakutan tidak sempat menerangkan siapakah tetamunya itu. Hendak bercakap, lidahnya terkedu.

" Oh ni suami kau ya, apa khabar, saya....."
" Berbuallah kau dengan bini aku sampai pagi!"

Pakcik X terus ke dapur. Makcik X terduduk dan menangis.

" Sabar, suami kau salah faham, selama ini kau tak cerita ke tentang pakcik kau ni?"
" Ada, tetapi gambar pakcik pun tak pernah nampak, hari ni dia dah menyangka pakcik ni jantan mana"
" Baiklah kalau macam ni, pakcik baliklah"
" Maaflah sangat apa yang berlaku, esok lusa baikllah laki aku tu"

Setelah pakciknya pergi, Makcik X pun ke dapur, dia melihat suaminya dengan penuh serius menumbuk cili. Penuh lesung batu yang besar itu dengan cili api yang berwarna hijau itu. Lain macam sungguh dia menumbuk cili itu. Selama ini pun suaminya itu tidak pernah menumbuk cili, kerana dialah yang menyiapkan segala makanan suaminya itu.

" Bang, lelaki itu sebenarnya......."
" Ah sudahlah, ini rupanya kerja kau selama ini!?"

Tiba-tiba Pakcik itu menyelak kain Makcik X dan memasukkan segenggam cili ke xxxx nya! (maaf cerita di bawah 18 xxx).

" Biar aku ajar kau cukup-cukup hari ini!'

Makcik X KEPANASAN dan lari ke bawah, menuju kolam di mana air yang jernih di kolam itulah buat mereka memasak dan digunakan untuk mandi. Oleh sebab keadaan yang menyiksakan itu, Makcik X berendam di kolam itu dua jam lamanya.

Esok paginya, Makcik X menyediakan sarapan. Seperti biasa suaminya minta bekal air jarang untuk dibawa ke kebun. Pagi itu keadaanya telah seperti biasa, cuma mereka tidak berbual. Masing-masing menjalankan kerja rutin mereka.

Setelah kepenatan menoreh, Pakcik X mencapai air jarang di dalam botol yang dibawanya.
Tiba-tiba .........dia tersedak.

"Pedasnya!"

"Bijak sungguh isteri aku mengenakan aku. Takkan air satu kolam boleh pedas hanya dengan segenggam cili? "

Begitulah berakhirnya kisah benar itu. Kisah yang belum pernah keluar di mana-mana blog, cerpen, jurnal, majalah atau akhbar. Tetapi cerita ini bukan rekaan melainkan cerita yang amat amat benar berlaku.

Pengajarannya banyak di sini. Anda sendirilah yang memikirkannya.

Khamis, 17 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRIAH 1431

Bismillah, dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang,
saya sekeluarga mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH 1431
Semoga Allah memberkati kehidupan kita
Dan Allah sentiasa memelihara kita dan keluarga kita
Daripada Fitnah Dunia
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus
Selurus Titian Sirat
Kehidupan ini cuma sementara, maka penuhilah ia dengan kejayaan
dan kegemilangan, usahlah membuang waktu dengan
hal-hal kemaksiatan dan kebejatan dunia
kerana kita semua akhirnya akan kembali kepada-Nya

matsomherbs




Rabu, 16 Disember 2009

DUA JAM YANG SANGAT MEMBOSANKAN



Pagi hingga petang semalam aku sibuk menghantar barang kepada pelanggan. Dan aku ingat malam tadi aku hendak berehat. Sekonyong-konyong ada hon kereta di luar rumahku.

" Baru pukul berapa nak tidur? Jom ngeteh. Ala kejap aje!"
" Okey..okey. Nak ke mana ni?"
" Ikut je"

Alamak dia mengajak aku di warung yang ada Astro. Kenapa ya?
" Aku ni kalau seminggu tak tengok gusti, hidup aku minggu tu macam tak sempurna" Ujar teman aku itu.
Aku tersenyum kelat. Dari kecil lagi aku memang tidak minat langsung dengan gusti. Aku cuma kenal Hulk Hogan, The Rock, itu pun sebab anak-anak aku selalu sebut nama itu.
Kalau ada orang tengok gusti, sama ada kawan atau anak-anak aku. Aku anggap aku macam tidak ada bersama mereka. Biasa aku baca surat khabar atau majalah.
Tiba-tiba teman aku malam ini ajak aku tengok gusti. Aku sudah terperangkap nampaknya, aduhhh!.

" Pukul berapa gusti ni habis?" Tanya aku
" Tak lama, pukul 11.30 habislah, sekarang baru pukul 10.00"
Aduh lamanya, satu setengah jam aku kena layan dia ni!
Aku tengok orang mula berkumpul di warung depan Pasar mini Yong Fat itu. Mereka sama macam MR X ni, rumah tidak ada ASTRO, dan ingin menghirup udara malam di Pekan Parit Sulong.

Asap rokok saling berlanggar, dan aku pura-pura berminat dengan adegan-adegan gusti yang ditayangkan.
"Wah Bigshowlah! " Macam pernah aku dengar nama itu, seorang blogger blogstarz, Cbigshow.

Aku mencuri-curi tengok jam pada telefon bimbitku. Aduh..baru jam 11.00. Lamanya hendak menghabiskan rancangan gusti itu. Aku melihat ke kanan dan kiriku. Mata masing-masing fokus kapada penggusti-penggusti yang sedang bersandiwara.
Kau semua kena tipu dengan orang putih itu. Mereka itu semua berlakon sahaja. Mereka kerja untuk menyara anak bini macam kita juga. Kalau betullah gusti itu, kenapa sudah dihempas macam itu pun tidak ada yang masuk ICU? Bisik aku....

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi belum ada tanda-tanda rancangan gusti itu akan tamat. Aku sudah mula risau, mata kawanku tidak berkedip melihat juara gusti membelasah lawannya.
"Tunggu, ada satu lagi ni" Kata Mr X.

Akhirnya jam menunjukkan jam 12.15 malam. Aku sudah tidak terkata apa. Dua jam sudah aku menonton program televisyen yang paling aku tidak minati.

Juara gusti telah mempamerkan belt besarnya dan menjerit dengan garau...Ladies and gentleman! I am the champion...!!!!!

Mr X mengambil kunci kereta dan mengajak aku pulang....aduh lega aku!!!

Isnin, 14 Disember 2009

DUNIA SEMAKIN TUA SEMAKIN INDAH

'Dunia makin tua, semakin indah. Dunia makin tua semakin mewah. Manusia tak sedikit mewah dan kaya. Tapi, kemiskinan masih tetap ada....'

Itulah bait-bait lagu Al-Jawaheer ciptaan M. Nasir yang masih terngiang-ngiang di telingaku ini. Masih kuingat lagi bagaimana betapa sukarnya kehidupan masa lalu. Misalnya dalam hal pengiriman wang kepada anak-anak yang masih belajar. Terpaksa pergi ke pejabat pos, beli wang pos dan kirimkan kepada mereka. Ianya kadang-kadang memakan masa seminggu. Anak-anak itu pula terpaksa keluar ke bandar, juga pergi ke pejabat pos dan menukarnya dengan wang.

Ketika tempoh penantian itu, mereka tersiksa jiwa dan raga. Entah makan apa pun kita tidak tahu. Abang aku pernah memasak mi segera dengan kayu semasa belajar di Mahad Johor dahulu (1978), kerana ketika itu wang pos yang dikirim oleh ayahku belum sampai.Adikku, Sam pun pernah mengalami saat yang getir itu di Kuantan dahulu. Maaf kerana aku membocorkan rahsia yang mahal ini. Sam kata pernah dia mengutip daun pegaga untuk dibuat lauk kerana kehabisan wang. Sadis sungguh...! Kini Sam sudah hidup mewah, bersyukurlah!

Kini segala-galanya begitu mudah. Semuanya cepat dan pantas seiringan dengan tranformasi yang berlaku, maka anak-anak yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi sudah sewajarnya tidak mengalami masalah yang berlaku kepada generasi yang terdahulu seperti yang telah menimpa Miss Mirror itu.

Sekarang sudah ada Maybank2u, CIMB CLKICK, pindahan akaun MEPS dan pelbagai lagi. Di pusat-pusat pengajian tinggi itu pula telah disediakan mesin-mesin ATM. Bersyukurlah anda semua kerana rahmat kemajuan itu memudahkan kalian.

Akhirnya, aku ingin memberitahu kalian, ada satu bisnes yang berada di ceruk kampung Sabak Bernam, telah mengaplikasikan teknologi maklumat ini untuk mencetak wang 24 jam tanpa menemui sesiapa. Mengapa kalian bimbang dengan perniagaan ini? Ia tidak menjejaskan apa-apa. Ia membantu kalian menambahkan pendapatan yang mungkin boleh digunakan untuk keperluan kalian. DAFTAR PERCUMA - Sila klik logo BIO ASLI di sebelah sana!

Sabtu, 12 Disember 2009

BUAT DUIT DARI RUMAH

Masa yang terluang ini kuisi jua dengan menambah ilmu...Buat Duit Dari Rumah. Buat Sam dan ahli-ahli Bio Asli, anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan apa produk dan bagaimana hendak menguruskan bisnes dari rumah anda, kerana dalam Bio Asli terangkum itu semua. Sam telah membuktikan, tanpa menemui sesiapa kini beliau memperoleh pendapatan yang boleh digunakan untuk shoping sakan.

Dalam Bio Asli, anda disediakan dengan EMPAT laman web referel yang boleh anda promosikan kepada kawan-kawan dan prospek. Produk ditempah secara online. Dan anda tidak perlu pening bagaimana hendak menghantar produk, kerana segalanya diuruskan oleh syarikat. Jika hendak tengok bonus, anda tinggal klik. Hendak tuntut bonus pun tinggal KLIK sahaja. Bonus akan masuk ke akaun anda pada hari Rabu dan Khamis. Tuntutan bonus elok dibuat pada hari Sabtu atau Ahad. Keahlian pula PERCUMA! Ya PERCUMA!

Namun, dalam buku ini banyak ilmu saya dapat. Antaranya bagaimana supaya web atau blog kita termasuk dalam search engine Yahoo, altavista dan lain-lain search engine yang popular. Kalau blogspot sudah tentu tersenarai dalam search engine GOOLGE kerana blogspot milik mereka.

Bagaimana menarik pengunjung ke dalam blog kita juga diajar di sini. Yang penting blog anda mempunyai maklumat yang berguna kepada mereka. Maklumlah, pengunjung kini dahagakan maklumat terkini.

Ingatlah bahawa dunia masa kini semakin canggih, maka kita hendaklah maju seiring dengan perkembangan itu. Seperti penggunaan telefon bimbit masa kini, maka penggunaan internet pada masa akan datang semakin ramai akan menggunakannya. Ketika itu jika kita tidak tahu apa-apa alangkah malangnya kita. Ilmu kita yang ada pada masa lalu, kini sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh digunakan lagi. Kemajuan IT terlalu pantas, maka kita sudah sewajarnya sentiasa mengikuti perkembangannya. Zaman ini bukan zaman jurujual mengetuk pintu rumah orang lagi.

Daftar Ahli Percuma di http://www.bioasli.com/?id=matsom1

Jumaat, 11 Disember 2009

ADAKAH FLYER-FLYER ITU SAMPAH?

Oleh sebab aku pun berkecimpung dalam dunia kejurujualan dan mengedarkan flyer, maka flyer yang aku terima pada pagi Jumaat di Karfour Batu Pahat ini aku simpan baik-baik dan aku hargai. Dan malam ini aku scan. Ia tidak sia-sia seperti flyer-flyer yang aku terima sebelum ini, di mana semuanya aku masukkan ke dalam tong sampah. Aku melihat jurujual itu beria-ia memujuk aku dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Aku hargai flyer Alza ni bukan bermakna aku nak beli, cuma untuk panduan insan-insan di luar sana tu
kut-kut tengah merancang nak beli ALZA yang sporty tu.

Ini pula iklan POTONG JANGAN TAK POTONG! P1W1MAX.
Tertanya-tanya juga aku apa istimewanya Potong-potong ni


Alahai untungnya orang sekarang, dengan bayaran RM 278 bulanan sudah boleh memandu kereta baru.
Dulu masa aku mula mengajar, sudahlah gaji kecik, bayaran kereta mahal mak datuk! Bersyukurlah orang-orang muda tu....!



TUISYEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Minggu ini Nabilah meminta aku mengajar melukis dan mewarna
dengan water colour

Kalau hari persekolahan aku memang tidak sempat hendak mengajar anak-anak.
Kepenatan menghadapi kerenah anak murid menyebabkan minat untuk mengajar
anak-anak sendiri terbantut
Irfan pun turut berminat belajar melukis dan mewarna dari ayahandanya

Inilah hasilnya, yang ada pokok besar ni hasil lukisan Irfan dan yang ada rumput ni
ialah hasil lukisan Nabilah. Mereka begitu gembira kerana akhirnya aku
menunjukkan cara-cara asas mewarna langit, gunung dan asas pokok. Ada lapan lagi sesi pembelajaran
Seni Lukis yang perlu dihabiskan bagi melengkapkan diri demi menghadapi pembelajaran 2010.