Jumaat, 19 Jun 2009

PERINGATAN UNTUK BLOGGER PICISAN

Setiap hari aku beli surat khabar. Bukanlah gemar sangat membaca akbar harian, sebab semua sudah ada online. Tetapi, sahabat aku yang menjual itu nampak berpeluh-peluh untuk menemui aku hari-hari, maka aku pun belilah, kadang-kadang lupa hendak baca, tertinggal di dalam kereta.

Tetapi hari ini aku terpandang satu tajuk yang menarik perhatian aku. Sebabnya aku macam kalian juga, kini bergelar seorang blogger. Tapi tak taulah blogger species apa? Blogger picisan ke? Blogger syok sendiri ke? Blog aku ni pun dah macam rojak manis Restoran Hamidah kat Pt Sulong ni. Macam-macam ada. Ubat ada, doa ada, tip bisnes ada, dunia sekolah pun ada. Yang aku tak tau ialah mengulas isu politik, sebab aku tak nak jadi Rajapetra. Dia bolehlah tulis berani-berani macam tu, mungkin duit dia kat bank tak habis tujuh keturunan.

Kalau blogger papa macam kita ni, yang tiap bulan rindukan hujung bulan ni, usahlah berani-berani nak dedahkan itu dan ini. Anak-nak pun kecik-kecik lagi. Kita cerita fasal anak tumbuh gigi ke, cerita terjumpa pakwe/makwe lama ke (itu pun bahaya). Lebih-lebih cerita tentang apa yang berlaku di tempat kita tinggal. Itupun nak kena pastikan berita yang ditulis tu benar.

Dan itulah yang aku baca dalam Berita Harian hari ni. Tajuknya Kerajaan Tiada Cadangan Kuat kuasa Daftar Blogger. Setuju ke kalian dengan cadangan ini kalau betul? Aku tak setuju. Aku ada 6 blog. Goblog aje yang tak ada. Penatlah aku nak isi borang nanti kalau betul.

Aku cadangkan kepada Kerajaan ...biarlah kami terus menulis, dan berapa banyak pun kami boleh memiliki blog, asalkan kami tulis yang baik-baik. Kalau tak betul, samanlah kami. Kami? Akulah. Bukan semua orang setuju dengan pendapat kita. Kalau blog pun dah disekat, kita nak cakap kat mana?

Berita kedua yang boleh dijadikan pengajaran supaya kita berhati-hati semasa tulis blog...ni dia tajuk hangat hari ni 'Pensyarah Tuntut RM 1 Juta-Dakwa difitnah artikel blog. Defendannya adalah penulis blog http://al-ghari.blogspot.com/ Azwira Ahli Fatwa Majlis Negeri Perlis,menuntut ganti rugi am sebanyak RM 500 000, dan ganti rugi pengajaran RM 500 000. Blogger yang hendak disaman ialah Zamihan.

Kalian bayangkan, kalau orang macam aku ni NAK kena saman macam tu. RM 1 JUTA! Tomok pun fikir 5 kali nak bayar saman ni. Kesimpulannya, kita mesti sentiasa di lebuh raya yang betul dan tidak terbabas ke jalan lain. Apa yang kita tulis, akan dibaca oleh orang di mana-mana. Blog aku yang daif ni pun dah selalu dibuka oleh orang putih. Apa lagi blog kalian yang dah tersohor seantero dunia itu.

Tiada ulasan: