Sabtu, 13 Jun 2009

PERISTIWA 13 JUN 2008

Hari ini genaplah setahun anak kami AULIASAFIAH meninggalkan kami tanpa sempat mencurahkan kasih sayang terhadapnya. Semua telah ditentukan Allah bahawa AULIA lebih memilih jalannya daripada berada di dunia yang semakin kalut ini. Maka kerana itulah isteriku telah meletakkan nama blognya sempena nama anak kami. Layari http://auliasafiah.blogspot.com

Aku tidak dapat menceritakan hari yang hitam itu, kerana ia sangat menyedihkan kami. Biarlah detik itu kami simpan dalam ingatan kami sepanjang kehidupan kami.

6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Berat mata yang "membaca" berat lagi bahu yang memikul... kalian adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh-Nya.

Rasulullah (S.A.W)telah bersabda, sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman :

"Tidak ada balasan bg hamba-Ku yg mukmin yg telah aku ambil darinya sesuatu yg ia cintai, baik berupa anak atau hartanya, melainkan aku akan memasukkannya ke dlm Syurga"

(HR. Ibn Asakir)

"Sesungguhnya bayi yg gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dlm neraka, maka dikatakan kpdnya : Wahai bayi yg gugur! Masuklah org tuamu ke dlm Syurga."

(HR. Ibn Majah)

Semoga kalian redha atas kepergiannya.

MSOM berkata...

Tkasih atas sgl nasihat dan pedoman itu. Daun selasih daun keladi, tkasih,sekalung budi.

Syam berkata...

Saya sendiri secara peribadi pernah diuji sehingga hampir gila. Namun, segala ujian dan cubaan adalah daripada Allah s.w.t. jua. Ini adalah tanda kasih sayang Allah swt.. Kerana Dia ingin mengangkat darjat hamba2-Nya. Sedangkan para kekasihnya yang tiada dosa diuji; inikan pula kita manusia yang penuh noda. Mudah2an Allah meletakkan rohnya dikalangan hamba2nya yang dikasihi.. amin!!

MSOM berkata...

Tkasih Syam....kata-kata perangsang syam itu saya sanjung tinggi.
Segala ujian yang dihadapi adalah untuk mendekatkan kita kepadaNya.
Kita serupa, mungkin pengalaman Syam lebih hebat daripada yang kami alami..
Jumpa lgi.

Pink Guava berkata...

Al fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

MSOM berkata...

Tkasih Ezam....saya doakan Ezam akhirnya akan berjaya mencapai impian anda