Khamis, 30 Julai 2009

REHATKAN MINDA

Beginilah keadaan kami, sebulan tu adalah dua tiga kali makan-makan di Batu Pahat. Kali ni kami nak merasa steam boat (betul ke ejaan ni?). Malam ni yang ada aku, Zulkeflee, Arifin, Sahid dan Roy Fahmi. Macam best je makan steam boat ni. Kami selalunya bergilir le belanja kawan-kawan ni. Sesiapa yang baru naik gaji ke, dapat tunggakan ke, baru timbang sawit ke....begitulah. Nampaknya kali ni Ustaz Syukran tak ada. Selalunya dia tak pernah miss. Kesian-kesian. Malam yang ni Zul yang belanja. Entah berapalah ya?

Jumaat, 24 Julai 2009

SITUASI H1N1 DI BATU PAHAT

Semua kakitangan TM POINT Batu Pahat telah memakai mask.
Ini menggambarkan H1N1 di Batu Pahat mula membimbangkan.



Hari ini aku ke pejabat TM di Jalan Rahmat Batu Pahat untuk menyelesaikan dua perkara berkaitan internet dan pakej talian telefon. Masuk sahaja ke dalam pejabat TM ini, aku agak terkejut dengan suasana di sana. Semua kakitangan yang berhubung dengan orang ramai memakai penutup mulut. Tertanya-tanya dalam benakku. "Adakah situasi sekarang telah cukup menggerunkan?" Namun orang awam belum kelihatan memakainya seperti keadaan jerebu pada tahun 1997 dahulu. Aku bertanya seorang kakitangan itu. Beliau menjawab "Ini arahan pihak atasan".

Aku juga ke Syarikat Air Johor. Nampaknya keadaan di sini normal. Selepas itu aku ke Tenaga Nasional Batu Pahat. Kakitangannya belum memakai penutup mulut. Banyak tempat aku pergi ni bukan hendak menyiasat, tetapi hendak menyelesaikan beberapa bil yang berkaitan. Akhirnya aku ke BP Mall. Keadaan di sini agak lenggang.
RAMAI NAMPAKNYA INGIN TAHU PERKEMBANGAN H1N1 DI BATU PAHAT, Sila layari
Berdasarkan paparan itu, sebuah sekolah menengah di Sri Gading, seramai 100 pelajar telah diperiksa dan 8 pelajar disyaki terkena jangkitan H1N1. Jika kalian ingin mengetahui perkembangan H1N1 terkini di negara kita layari
Di sini kita dapat mengetahui perkembangan terbaru dan bukan khabar-khabar angin yang menggusarkan masyarakat.

Malam ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Seorang sahabat MLM. Berita siasatan Bank Negara terhadap satu syarikat yang tersohor kebelakangan ini. Alangkah kesiannya sahabat-sahabat yang terlibat dengan bisnes tersebut.

INILAH BERITA PANAS TERSEBUT. dipetik daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1880

Tengoklah hasil siasatan Bank Negara itu ya sahabat-sahabatku itu, moga-moga berita gembira menanti kalian. Harap-harap syarikat itu tidak menerima nasib yang sama seperti syarikat-syarikat lain yang disiasat sebelum ini.

Rabu, 22 Julai 2009

KEMERIAHAN PASAR TANI PT SULONG

Pasar Tani Pt Sulong
yang diadakan hari Rabu malam Khamis ini telah dibuka
3 minggu yang lalu.
Lokasi dataran tepi sungai.

Mummy Gee mesti tidak sabar untuk membeli jagung rebus
di Pasar Tani Pt Sulong ini.

Kak Ros membantu Faris
memasarkan produk-produk herba
termasuk produk Bio-Asli
Empat bulan lepas sewaktu aku mengunjungi Salun Rambut Kak Ros, tidak semena-mena aku berkenalan dengan pemuda yang kacak ini. Faris memperkenalkan diri sebagai peniaga ubat-ubatan herba tradisional seperti produk Dr Azimuth, ECPI, Produk Tok Guru dan sebagainya. Beliau mempunyai kedai di Pt Raja.
Aku menyerahkan flyer Produk Bio-asli kepada Faris. Sebulan kemudian beliau menghubungiku bertanyakan Produk Oil 31. Saudara Faris masuk ahli Bio-asli dan membeli 5 unit Oil 31. Tidak lama kemudian Faris menelefon memberitahu Oil 31 mendapat sambutan di Pt Raja. Minggu ini Faris telah membeli sendiri Oil 31 daripada syarikat sebanyak 13 unit.
Kini Faris turut serta menyewa tapak di Pasar Tani Pt Sulong. Kepada yang malu untuk membeli produk Bio asli dengan aku, bolehlah menemui Faris di Pasar Tani tersebut pada petang Rabu. Juga kepada kawan-kawan dan orang ramai di Pt Raja jika berminat dengan Oil 31, Kopi Kelapa Dara dan Losyen Brutal telefonlah

EN MAT: 010-3443 880 

Selasa, 21 Julai 2009

Kunjungan Cikgu Rahmat Salamon

Saadiah sedang berbual dengan Hamidah

Izuddin dan Alif

PELUKIS HANDALAN SRI MEDAN
Cikgu Rahmat Salamon
Lulusan Seni USM

Merc kesayangan Cikgu Rahmat Salamon

Izziana dan Izzudin

Izzati yang paling kecil
(bongsu ke ni?)

Anak Cikgu Rahmat ,Alif ni senang berkawan. Baru jumpa 5 minit
dah boleh borak-borak dengan Iwan dan Irfan

Ahad, 19 Julai 2009

ANAK MENANTU CONTOH

Malam tadi aku dihubungi MJ...eh? Bukan Michael Jackson ya! Tetapi sahabatku Masrom Jais teman sepermainan masa kecil yang kini telah menetap di Kota Tinggi sejak 19 tahun yang lalu.
MJ beria-ia menyuruh aku datang berjumpanya di Pasar Pt Tengah, tetapi oleh sebab aku sudah kurang memandu malam, maka aku berjanji untuk bertemunya esok pagi(pagi ini).
Terbangun tidur saja, aku teringat janji itu, maka jam 8.30 aku memandu keretaku ke Pt Baru berhampiran Pt Belukar Cina di Jalan Jln Pt Yusof Muar ini.
Tertanya-tanya juga aku, kenapa aku diajak ke rumah mentuanya. Selalunya kami bertemu di warung Pt Tengah yang sentiasa meriah dengan pengunjung itu.
Setelah tiba di sana maka inilah yang aku lihat.
Menantu contoh ini sedang berada di atas pokok rambutan yang tinggi itu. MJ ni memang tak pandai duduk diam. Jarang aku nampak dia tidur-tidur kat rumah mentuanya tu! Tak macam aku dengan kawan aku yang seorang tu, duduk rumah mentua binggung. Asyik-asyik pergi mengeteh dari pagi sampai petang!
SEDAPNYA RAMBUTAN NI! NYAM NYAM

Abang ipar MJ Cikgu Zainuddin Nasirun


Aku malu pulak dapat rambutan free ni MJ


Inilah anak menantu mithali

Sabtu, 18 Julai 2009

HARI UNTUK BEREHAT

Hari ini aku berehat sahaja di rumahku yang kecil ini. Pada masa ini lebih elok jika kita tidak berada di kawasan orang ramai, kerana H1N1 semakin menular. Khabarnya di hospital Batu Pahat pun sudah ada beberapa pesakit yang sedang dirawat. Tempoh hari, aku mendengar berita penyebaran penyakit berbahaya ini di Mexico. Rasanya seperti jauh sangat untuk sampai ke tempat kita. Sekarang hanya beberapa minggu sahaja, penyakit itu sudah berada di persekitaran kita. Begitulah pantasnya penyebaran penyakit ini.

Semasa Chikungya, aku sekeluarga telah terselamat daripada malapetaka itu. Kini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar penyakit ini akan segera sirna dari bumi ini. Ia begitu menggerunkan. Adakah ia penyakit yang akan membunuh jutaan penduduk dunia?

Kadang-kadang tertanya-tanya adakah virus ini ciptaan manusia untuk menjalankan bisnes vaksin mereka? Setiap tahun kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit baru. H1N1 bukanlah yang terakhir, tetapi akan menyusul pelbagai lagi. Sama-samalah kita menunggu.

Khamis, 16 Julai 2009

TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH





Kecantikan paras wajahmu
Akan hilang bila sampai waktu
Dari itu jangan rasa bangga
Itu semua tak tahan lama
Melainkan Allah

Hari ini hidupmu senang
Kawan saudara keliling pinggang
Bila kau susah diri terlantar
Tiada siapa untuk kau mengadu
Melainkan Allah

Ingatlah sama insan-insan
Kita mahluk ciptaan Illahi
Harus selalu menginsaf diri
Sebelum tiba saat ajali
Apa jua yang kau miliki
Wang yang banyak harta melimpah
Tak mungkin dapat kaubawa mati
Tiada yang kekal di dunia ini
Melainkan Allah
Nyanyian-KUMPULAN HIDAYAH
LAGU S.ATAN/LIRIK HARON ABDUL MAJID

Isnin, 13 Julai 2009

MEMBENTUK JANTUNG SIHAT

* Penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
* 1990-2005 penyakit jantung di kalangan wanita meningkat 135%.
* 2006-,23% kematian wanita disebabkan penyakit jantung
* Ia amat membimbangkan 1 daripada setiap 4 wanita

PINGGANG BESAR, RISIKO BESAR
* Wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'epal'-lemak tertumpu di dalam perut-lebih
berisiko sakit jantung berbanding wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'pear'.
* Ukuran 32 inci (80 sm) menandakan anda obes-anda berisiko sakit dada, jantung ataupun
strok dan diabetes.

INDEKS JISIM TUBUH (IJT)
* Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian anda dalam meter (kilogram/m2)
* Indeks Jisim Tubuh 25.0-29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.
* Berlebihan berat badan menyebabkan fungsi metabolik anda menjadi huru-hara dan membawa kolesterol darah yang tinggi, glukosa darah yang tinggi dan tekanan darah juga tinggi-tiga faktor utama penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
* Apabila anda mempunyai salah satu, maka akan disusuli oleh dua penyakit yang lain.

KOLESTEROL
* Doktor menyarankan kolesterol mereka di bawah 5.2 mmol/L.
* Kolesterol jahat (LDL-C) lebih rendah daripada 2.6 mmol/L.
* Kolesterol baik (HDL-C) lebih tinggi daripada 1.3 mmol/L.
* Terlalu banyak kolesterol jahat adalah berbahaya kerana ia boleh menjadi TOKSIK dan akan menembusi lapisan salur darah serta menghasilkan plak (aterosklerosis). Ia akan menyempitkan ruang salur darah.
* Apabila aliran darah untuk jantung anda tersumbat, anda akan mengalami serangan sakit jantung, manakala jika ia berlaku kepada otak, maka akan berlaku strok.

BAGAIMANA WANITA MELINDUNGI JANTUNG MEREKA?
* Langkah pertama-mengamalkan DIET- RENDAH LEMAK, TINGGI SERAT.
* Kurangkan makanan berlemak-makanan bergoreng dan berminyak.
* Alternatif- dapatkan makanan yang dikukus,direbus,dibakar dan digril.
* Makan sayuran yang dimasak sedikit (bukan sampai berjam-jam sampai layu).
* Makan buah-buahan dengan kulit mereka.
* Memilih bijirin dan roti gandum penuh.
* Makanan yang kaya dengan serat ialah OAT.
* Pilihlah makanan yang kaya Omega 3, seperti ikan keli,ikan salmon, tongkol dsb.


MENGAPA OAT JADI PILIHAN?
* Oat dapat mengurangkan sakit jantung.
* Oat kaya dengan serat larut-ia dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ini dapat mengatasi masalah pengaliran darah ke jantung anda.
* Oat dapat mengurangkan berat badan anda.
* Memakan oat anda akan merasa kenyang dalam masa yang panjang kerana ia memakan masa yang lama untuk dihadamkan.

NUTRIEN LENGKAP
Terdapat tiga nutrien lain yang perlu diambil oleh wanita. Dapatkan ia di farmasi.
Nutrien itu ialah
1.KALSIUM
2.ZAT BESI
3.ASID FOLIK
*Kalsium-Ketumpatan tulang anda akan merosot dengan peningkatan umur. Ingatlah 1 daripada 2 wanita yang berumur 50 tahun akan berhadapan dengan satu masalah osteoporosis dalam hayatnya.
Oleh itu mereka mesti mengambil kalsium.

*Zat besi - membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Kekurangan zat besi membawa kepada kekurangan darah. Kekurangan darah menyebabkan pelbagai penyakit sampingan.

*Asid Folik- merupakan satu kemestian untuk semua wanita, terutama yang akan dan telah mengandung untuk mengelakkan kecacatan janin. Jadi jangan tunggu sehingga anda mengandung untuk mengambil asid folik. Seelok-eloknya tiga bulan sebelum anda merancang untuk hamil, anda telah megambil asid folik yang boleh dibeli di klinik dan farmasi berhampiran.

BERSENAM
Sama ada anda suka atau tidak, senaman dapat menjaga kesihatan anda terutama jantung. Jadi, mulakanlah senaman hari ini juga.

Akhir kata, biar orang kata kita dengan pelbagai tohmahan kerana terlalu cerewet dalam memilih makanan, daripada kita menanggung sengsara kerana menghidap pelbagai penyakit, apatah lagi pakej penyakit yang lengkap- diabetes, darah tinggi dan jantung.



Diubahsuai daripada Quaker Smart Heart Programme-MINGGUAN MALAYSIA 1 JUN 2008.

Sabtu, 11 Julai 2009

Gempak Di Pasar Pt Sulong

Ketika orang ramai membanjiri Pasar Pt Sulong, pada saat orang tawar-menawar sekonyong-konyong mereka dikejutkan suara ambulans. Ambulans ini pakir di bawah bangunan Kedai Majlis Daerah. Dan inilah yang dapat dipaparkan kepada kalian.Seorang lelaki kesakitan, dipercayai sakit perut (barangkali apendiks?).
Orang ramai berkerumun melihat apa yang berlaku dengan tiba-tiba ini.






"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian"

IZINKAN aku sesekali cakap omputeh, janganlah ketawa hahahaha Ingat! SPM aku B.I aku lulus tau sampai Cikgu Syith terkejut beruk...hahahahaha
Children of the age it is not already know this maxim. They want to change this text to the "Fun first, more fun and more"

Went to school with a car. Been running a bit, certainly do not want. Many school students have a low handphone or device. They did not starve because there is no money.Masa back to the pocket as well. If we pick it up too late, surely we will see the face of those who are not happy with us. Do they ever feel lucky? Do they ever feel scared because the teacher has not been paying yuran like we were? Everything is provided.

Previously we only have a short and pensel a eraser.They now buy a box pensel, and collection extinguisher! I always say to my children. "Now my father can provide all this, the father does not want you will not able to buy all this for your children. My father did not want it later you can not bring the children you once 'makan angin". Father did not want it later you can not afford to buy a house , merempat and ask for alms. You have to be more powerful than his father! "

Finally, the most important, father now teaches you about Islam. Father hope your children know about Islam like you know Islam now.

Khamis, 9 Julai 2009

HPA CAWANGAN B PAHAT

PRODUK-PRODUK DINGIN BEKU JUGA ADA
DISEDIAKAN UNTUK AHLI-AHLI HPA
(Contohnya Ayam Organik, Ais Krim Hpa, burger,
nuget herba, fishball herba dan lain-lain)

LOGO HPA

HPA CAWANGAN BATU PAHAT

LOKASI DI HADAPAN TOYOTA JLN RUGAYAH


PELBAGAI MINUMAN HERBA
dan RANGKAIAN RATUSAN PRODUK HERBA TERDAPAT DI SINI

Sahabatku Cikgu Zailani Ahmad
dari SMK BUKIT NANING ini
telah bersama aku dalam HPA sejak 1998
Aku join HPA sejak 1998. Waktu tu ekonomi dan politik Malaysia tengah gawat. Tetapi dalam kegawatan itu, HPA tetap kuat. Tetapi pada masa itu, prospek yang kutemui meramalkan HPA paling lama bertahan selama setahun. Ragam prospek memang seperti itu. Hari ini kalian sendiri lihat, HPA telah berada di mana-mana. Boleh dikatakan sebahagian besar warung digantung KOPI RADIX. Jualan HPA pun menghampiri RM 15 juta sebulan. Kini HPA telah membuka cawangannya di mana-mana. Ia termasuklah di bandar BATU PAHAT. Lokasinya berhadapan dengan TOYOTA di Jalan Zabedah. Produk-produk HPA semakin meluas. Falsafah 'Jadikanlah makananmu sebagai ubatmu, dan ubatmu sebagai makananmu' akhirnya menjadi prinsip perniagaan ini.

PRODUK-produk makanan dingin beku juga ada dijual di sini. Ayam organik, nuget herba,sate, fish ball, burger dan lain-lain. Segalanya ditanggung halal.

Untuk mendapatkan diskaun sila join dengan kami. Yuran keahlian RM 30 seumur hidup. Dengan menggunakan produk harian ini, anda juga dapat membina perniagaan MLM anda secara santai.
019-7630678

Isnin, 6 Julai 2009

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 TIBA DI PT SULONG

PT SULONG


PT SULONG

Rakyat jelata yang setia menanti ketibaan Tunku Mahkota Johor
dan rombongan baginda


Beginilah konvoi Kembara Mahkota Johor
melalui perkampungan Orang Asli
Di Kampung Dalam Pt Sulong

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 DI PT SULONG

Belon perasmian

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2009 TIBA DI PT SULONG

Ketibaan Tunku Mahkota Johor di Kampung Dalam Pt Sulong petang ini disambut oleh
rakyat jelata. Bukan mudah rupanya nak jadi 'wartawan' ni. Susahnya hendak mengambil gambar baginda dan anakandanya ini.
TUNKU MAHKOTA JOHOR

Anakanda Tunku Mahkota Johor








Ahad, 5 Julai 2009

BELAJAR UNTUK SENYUM

Senyuman Paling Menawan Abad ini

Senyuman Termahal

Senyuman Kejayaan
Senyuman Makcik Korea

Senyuman Sahabatku-Masrom

Senyuman mahal dari Makcik Negro

Senyuman Mewakili seluruh binatang



Petang ini aku ketengahkan tajuk Belajar untuk senyum. Bukan apa, hari ini aku berurusan dengan beberapa orang di luar sana. Alangkah sukarnya segelintir kita untuk senyum? (Termasuklah aku!)
Tajuk ini khas utuk para peniaga, khasnya yang berada di kaunter. Senyuman yang anda beri boleh mempengaruhi perniagaan anda. Aku ada pergi ke satu kedai itu. Aku pun bertanya, apabila aku memegang satu barang.
"Berapa harganya ni?"
"Tengoklah kat kotak tu!" Dengan muka masam dia menjawab soalan itu.
Aku pun meletakkan barang itu di tempat asalnya lalu beredar dari kedai itu.
Aku rasa eloklah kita senyum apabila berurusan dengan orang. Kita tidak dapat memberi semua orang dengan wang ringgit. Tetapi kita boleh memberikan senyuman ikhlas kepada semua orang yang kita temui.
Senyuman menceriakan suasana. Tanpa senyuman, kerja kita menjadi bosan. Suami isteri yang jarang senyum pun perlu dibedah siasat. Mulakanlah hidup baru dengan senyuman.
Oleh itu, senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek!

Rabu, 1 Julai 2009

HARI KELUARGA SK SERI PASIR 2009

Kelab Bilik Guru SK Seri Pasir telah menganjurkan Hari Keluarga 2009. Melalui mesyuarat Jawatankuasa kelab ini telah memilih Pantai Balok Kuantan Pahang. Kali ini penyertaan telah meningkat kepada 25 buah keluarga. Tarikh yang dipilih ialah 28-29 Jun 2009. Ini kerana Johor bercuti pada Isnin 29 Jun.
Perjalanan Pt Sulong-Pagoh-Kuantan-Balok ini
sejauh 280 km

Kami bertolak dari rumah jam 7.05 pagi

Di tengah perjalanan kami berposing


Jauhnya yah...tak sampai-sampai

Kat sana nanti ada kolam renang ke?
Kalau ada nak mandi puas-puas