Jumaat, 24 Julai 2009

SITUASI H1N1 DI BATU PAHAT

Semua kakitangan TM POINT Batu Pahat telah memakai mask.
Ini menggambarkan H1N1 di Batu Pahat mula membimbangkan.



Hari ini aku ke pejabat TM di Jalan Rahmat Batu Pahat untuk menyelesaikan dua perkara berkaitan internet dan pakej talian telefon. Masuk sahaja ke dalam pejabat TM ini, aku agak terkejut dengan suasana di sana. Semua kakitangan yang berhubung dengan orang ramai memakai penutup mulut. Tertanya-tanya dalam benakku. "Adakah situasi sekarang telah cukup menggerunkan?" Namun orang awam belum kelihatan memakainya seperti keadaan jerebu pada tahun 1997 dahulu. Aku bertanya seorang kakitangan itu. Beliau menjawab "Ini arahan pihak atasan".

Aku juga ke Syarikat Air Johor. Nampaknya keadaan di sini normal. Selepas itu aku ke Tenaga Nasional Batu Pahat. Kakitangannya belum memakai penutup mulut. Banyak tempat aku pergi ni bukan hendak menyiasat, tetapi hendak menyelesaikan beberapa bil yang berkaitan. Akhirnya aku ke BP Mall. Keadaan di sini agak lenggang.
RAMAI NAMPAKNYA INGIN TAHU PERKEMBANGAN H1N1 DI BATU PAHAT, Sila layari
Berdasarkan paparan itu, sebuah sekolah menengah di Sri Gading, seramai 100 pelajar telah diperiksa dan 8 pelajar disyaki terkena jangkitan H1N1. Jika kalian ingin mengetahui perkembangan H1N1 terkini di negara kita layari
Di sini kita dapat mengetahui perkembangan terbaru dan bukan khabar-khabar angin yang menggusarkan masyarakat.

Malam ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Seorang sahabat MLM. Berita siasatan Bank Negara terhadap satu syarikat yang tersohor kebelakangan ini. Alangkah kesiannya sahabat-sahabat yang terlibat dengan bisnes tersebut.

INILAH BERITA PANAS TERSEBUT. dipetik daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1880

Tengoklah hasil siasatan Bank Negara itu ya sahabat-sahabatku itu, moga-moga berita gembira menanti kalian. Harap-harap syarikat itu tidak menerima nasib yang sama seperti syarikat-syarikat lain yang disiasat sebelum ini.

3 ulasan:

hairol berkata...

thank for the link...

MSOM berkata...

Tkasih sudi melawat blog saya..

MSOM berkata...

BERITA TERKINI 10 SEPTEMBER
Beberapa bulan telah berlalu, akhirnya H1N1 telah meragut 8 orang warga Batu Pahat (sehingga tarikh 09.09.09) Harian Metro melaporkan semalam.

Menurut Dr Robia Kosai Johor mencatatkan 592 kes dengan 27 kematian:

Daripada 592 kes:
Johor Bahru 182 kes
Batu Pahat 166 kes
Kluang 82 kes
Segamat 44 kes
Mersing 32 kes
Kota Tinggi 24 kes
Ledang 20 kes
Pontian 17 kes
Muar 17 kes
Kulaijaya 8 kes

Nampak Batu Pahat NAIB jUARA NI!

Kes kematian H1N1 pula:
Johor Bahru 14 kematian
Batu Pahat 7 kematian
Kluang 4 kematian
Segamat 1 kematian
Kulaijaya 1 kematian

Jumalah kematian bagi Johor 27
kematian. Ia merupakan antara jumlah tertinggi di Malaysia kerana jumlah kes kematian satu Malaysia ialah 73 kematian, bermakna Johor menyumbang peratusan yang amat besar. Namun
sekarang kelihatan orang ramai menganggap penyakit ini telah sirna daripada negeri mereka?