Isnin, 13 Julai 2009

MEMBENTUK JANTUNG SIHAT

* Penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
* 1990-2005 penyakit jantung di kalangan wanita meningkat 135%.
* 2006-,23% kematian wanita disebabkan penyakit jantung
* Ia amat membimbangkan 1 daripada setiap 4 wanita

PINGGANG BESAR, RISIKO BESAR
* Wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'epal'-lemak tertumpu di dalam perut-lebih
berisiko sakit jantung berbanding wanita yang mempunyai bentuk badan buah 'pear'.
* Ukuran 32 inci (80 sm) menandakan anda obes-anda berisiko sakit dada, jantung ataupun
strok dan diabetes.

INDEKS JISIM TUBUH (IJT)
* Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian anda dalam meter (kilogram/m2)
* Indeks Jisim Tubuh 25.0-29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.
* Berlebihan berat badan menyebabkan fungsi metabolik anda menjadi huru-hara dan membawa kolesterol darah yang tinggi, glukosa darah yang tinggi dan tekanan darah juga tinggi-tiga faktor utama penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
* Apabila anda mempunyai salah satu, maka akan disusuli oleh dua penyakit yang lain.

KOLESTEROL
* Doktor menyarankan kolesterol mereka di bawah 5.2 mmol/L.
* Kolesterol jahat (LDL-C) lebih rendah daripada 2.6 mmol/L.
* Kolesterol baik (HDL-C) lebih tinggi daripada 1.3 mmol/L.
* Terlalu banyak kolesterol jahat adalah berbahaya kerana ia boleh menjadi TOKSIK dan akan menembusi lapisan salur darah serta menghasilkan plak (aterosklerosis). Ia akan menyempitkan ruang salur darah.
* Apabila aliran darah untuk jantung anda tersumbat, anda akan mengalami serangan sakit jantung, manakala jika ia berlaku kepada otak, maka akan berlaku strok.

BAGAIMANA WANITA MELINDUNGI JANTUNG MEREKA?
* Langkah pertama-mengamalkan DIET- RENDAH LEMAK, TINGGI SERAT.
* Kurangkan makanan berlemak-makanan bergoreng dan berminyak.
* Alternatif- dapatkan makanan yang dikukus,direbus,dibakar dan digril.
* Makan sayuran yang dimasak sedikit (bukan sampai berjam-jam sampai layu).
* Makan buah-buahan dengan kulit mereka.
* Memilih bijirin dan roti gandum penuh.
* Makanan yang kaya dengan serat ialah OAT.
* Pilihlah makanan yang kaya Omega 3, seperti ikan keli,ikan salmon, tongkol dsb.


MENGAPA OAT JADI PILIHAN?
* Oat dapat mengurangkan sakit jantung.
* Oat kaya dengan serat larut-ia dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ini dapat mengatasi masalah pengaliran darah ke jantung anda.
* Oat dapat mengurangkan berat badan anda.
* Memakan oat anda akan merasa kenyang dalam masa yang panjang kerana ia memakan masa yang lama untuk dihadamkan.

NUTRIEN LENGKAP
Terdapat tiga nutrien lain yang perlu diambil oleh wanita. Dapatkan ia di farmasi.
Nutrien itu ialah
1.KALSIUM
2.ZAT BESI
3.ASID FOLIK
*Kalsium-Ketumpatan tulang anda akan merosot dengan peningkatan umur. Ingatlah 1 daripada 2 wanita yang berumur 50 tahun akan berhadapan dengan satu masalah osteoporosis dalam hayatnya.
Oleh itu mereka mesti mengambil kalsium.

*Zat besi - membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Kekurangan zat besi membawa kepada kekurangan darah. Kekurangan darah menyebabkan pelbagai penyakit sampingan.

*Asid Folik- merupakan satu kemestian untuk semua wanita, terutama yang akan dan telah mengandung untuk mengelakkan kecacatan janin. Jadi jangan tunggu sehingga anda mengandung untuk mengambil asid folik. Seelok-eloknya tiga bulan sebelum anda merancang untuk hamil, anda telah megambil asid folik yang boleh dibeli di klinik dan farmasi berhampiran.

BERSENAM
Sama ada anda suka atau tidak, senaman dapat menjaga kesihatan anda terutama jantung. Jadi, mulakanlah senaman hari ini juga.

Akhir kata, biar orang kata kita dengan pelbagai tohmahan kerana terlalu cerewet dalam memilih makanan, daripada kita menanggung sengsara kerana menghidap pelbagai penyakit, apatah lagi pakej penyakit yang lengkap- diabetes, darah tinggi dan jantung.



Diubahsuai daripada Quaker Smart Heart Programme-MINGGUAN MALAYSIA 1 JUN 2008.

Tiada ulasan: