Rabu, 22 Julai 2009

KEMERIAHAN PASAR TANI PT SULONG

Pasar Tani Pt Sulong
yang diadakan hari Rabu malam Khamis ini telah dibuka
3 minggu yang lalu.
Lokasi dataran tepi sungai.

Mummy Gee mesti tidak sabar untuk membeli jagung rebus
di Pasar Tani Pt Sulong ini.

Kak Ros membantu Faris
memasarkan produk-produk herba
termasuk produk Bio-Asli
Empat bulan lepas sewaktu aku mengunjungi Salun Rambut Kak Ros, tidak semena-mena aku berkenalan dengan pemuda yang kacak ini. Faris memperkenalkan diri sebagai peniaga ubat-ubatan herba tradisional seperti produk Dr Azimuth, ECPI, Produk Tok Guru dan sebagainya. Beliau mempunyai kedai di Pt Raja.
Aku menyerahkan flyer Produk Bio-asli kepada Faris. Sebulan kemudian beliau menghubungiku bertanyakan Produk Oil 31. Saudara Faris masuk ahli Bio-asli dan membeli 5 unit Oil 31. Tidak lama kemudian Faris menelefon memberitahu Oil 31 mendapat sambutan di Pt Raja. Minggu ini Faris telah membeli sendiri Oil 31 daripada syarikat sebanyak 13 unit.
Kini Faris turut serta menyewa tapak di Pasar Tani Pt Sulong. Kepada yang malu untuk membeli produk Bio asli dengan aku, bolehlah menemui Faris di Pasar Tani tersebut pada petang Rabu. Juga kepada kawan-kawan dan orang ramai di Pt Raja jika berminat dengan Oil 31, Kopi Kelapa Dara dan Losyen Brutal telefonlah

EN MAT: 010-3443 880 

10 ulasan:

jbfresco berkata...

Salam,,wah P.Tani mesti best kan banyak yg fres2 ni.tapi napa buat ari rabu..x de can la nak jalan2 P.tani tu

MSOM berkata...

jbfresco...saya dapati yang fresh tak banyak di sini, byk yg diimport. Kalau x dapat jln2 sini, hantar wakil je lah. Kat JB, pasar tani nya lagi meriah, kalau tak silap saya dekat-dekat dengan padang SERI GELAM?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Haii Kak Gee.. muncul kat sini ya! Hantar wakil je mana best kan Kak Gee... yang kita nak cuma jalan2.. beli ke tak tu nombor 2.

MSOM berkata...

Sam , mesti Gee marah sebab engko pecahkan rahsia dia, aku pun tak tau siapa jbfresco tu sebelum ni.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Pesal pulak nak marah?? Tak paham. Ish KGee ni.. relax la.. Org mesti ingat ni Poziah Latif ke... Ogy Amat Daud ke... ha.. Sam tak cakap pun nama penuh dgn binti sekali. Orait le tu...

~ Mummy Gee ~ berkata...

emmm...jagung rebus sedapnya. La ni tengah tanam kat belakang rumah, adalah 10 pokok, tapi tu ler ulat kacau ler pulak...nak raya nanti baru merasa jagung parit sulong lagi ler...

Mama Miraki berkata...

hihihihi..Beli "jagung kukus dalam cawan" aje lah...hihihihihi..lamnya tak balik Pt Sulong ye....lawalah Pt sulong skang ye....kat Pt Sulong bukan jagugn rebus jer best kan....Soto tepi sungai tu pun sedap.....

MSOM berkata...

Eh tak sangka Mummy Gee berkunjung semula ke blog saya! Dan Mama Miraki ni macam kerabat je dengan Mummy Gee je. Ada juga tanah boleh tanam kat KL tu ya? Mesti besar rumah Mummy Gee ni? Mama Miraki, sekarang nak parking kat Pt Sulong pun dah susah, tak macam mula-mula saya duduk sini tahun 1996 dulu. Kalau bulan puasa jangan nak cerita la.

~ Mummy Gee ~ berkata...

adalah tanah sikit kat kawasan rumah utk xtvt hujung minggu. Saya kalau nak g pasar PS awal pg dah keluar,pling lewat kul 7.30 dah sampai, org nak niaga pun baru psg khemah. Parking favorite saya dekat ngan surau/kedai plastik belakang pasar...senang lepas beli barang campak kat keta x yah angkat berat2...

MSOM berkata...

Perancangan Mummy Gee sangat baik. Masa kecil dulu mungkin menjadi Puteri Lilin? Jangan lupa, saya dah janji nak masukkan gambar Pasar Ramadhan di Pt Sulong, esok lusa. Minggu ni agak sibuk, tak sempat nak ambik gambar.