Rabu, 30 September 2009

BISNES KEMBALI BERMULA

Bagi aku hari Raya telah tamat. Hari ini harus memulakan bisnes semula. HPA Radix dan sebagai stokis Bio Asli Batu Pahat. Permintaan Kopi Radix daripada warung-warung berhampiran memang tiada putusnya. Sementara Kopi Kelapa Dara tetap menerima permintaan menggalakkan daripada pengguna yang telah meminumnya terutama para suami yang ingin memberi khidmat terbaik dan tidak kecundang dalam perjuangan. Walaupun harganya agak mahal (sepeket RM 5), jika produk ini kehabisan, pelanggan akan memarahi saya dan melabelkan saya sebagai stokis yang cuai.

Tugas saya ialah membantu bukan sahaja dalam bab-bab tersebut, namun selepas sambutan hari raya, tubuh badan mereka mulai sakit-sakit. Ini adalah akibat terlalu banyak makan makanan berlemak dan bergula. Maka teh misai kucing dan minyak kelapa dara dapat membantu menyahkan toksid-toksid yang jahat daripada tubuh badan.

Kepada sesiapa yang ingin terlibat dengan bisnes HPA dan BIO ASLI dialu-alukan untuk menghubungi saya. Sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban kegawatan ekonomi sekarang ini. Sekian, jumpa anda di puncak kejayaan!!!

Ahad, 27 September 2009

BERKUNJUNG SEMULA KE RENGIT-PUSAT JUALAN BARANG TERPAKAI

 Jalan merah tu jalan yg perlu anda lalui
jika keluar dari Tol Air Hitam
RAMAI PULA YANG MINTA TUNJUKKAN LOKASI RENGIT
ha ...kali ini saya letak petanya...kira ok kan?
Jarak Air Hitam ke Rengit- 41 km.
Jarak Batu Pahat ke Rengit 36.6 km



Mintak Tolong Kawan-kawan Klik Iklan ni....tak kena bayar, jangan takut..
Tolong saya ya....












Hari Raya kelapan,barulah kami dapat meluangkan masa berhari raya di rumah abang Baharuddin di Rengit. Setiap kali ke rumahnya pasti kami tidak melepaskan kunjungan kami ke perkampungan orang asli yang lebih terkenal daripada pekan Rengit itu sendiri. Kalau orang kata Segamat itu Jakel, Jakel itu Segamat, begitulah Rengit yang popular dengan jualan barang terpakai dari Singapura ini.
Panorama Pekan Rengit

Pembelinya bukan sahaja penduduk setempat, malah dari Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri pantai Timur. Ini dapat dilihat daripada flat-flat kenderaan yang pakir di sini.


Jika anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan, anda boleh menemui perkampungan ini melalui susur keluar Air Hitam. Belok ke kiri sehingga bertemu Simpang ke Pt Botak, iaitu jalan ke Senggarang. Habis Jalan Pt Botak anda akan menemui jalan ke Pontian. Belok ke kiri dan jalan terus sehingga berjumpa pekan Rengit. Bertanyalah penduduk di sana tentang lokasi kampung ini.


Jika anda lalu di Batu Pahat pula, jarak Rengit dengan Batu Pahat lebih kurang 30 km.

Pada mulanya aku mengajak famili ke sini untuk membeli speaker kereta Kancil kami.

Namun akhirnya booth kereta Iswara kami penuh dengan barang-barang ini. Beg James bond

yang cantik itu cuma berharga RM 10.00, NAMUN akhirnya beg itu diminati abang aku. Pada hal dia duduk di Rengit, tetapi setiap kali dia ke sini, jarang dia menemui beg yang diidamkan itu. Kipas angin tu harganya RM 25 sahaja.



Peminat-peminat PA Sistem pasti duduk lama di kedai ini




Barang baru sampai dari Singapura, tetapi Speaker kereta tetap tidak kelihatan. Belum rezeki kami lagi...

Perabot pun banyak terdapat di sini. Perabot jati pun ada. Tetapi anda harus pandai tawar-menawar.

Kalau nak beli perabot kena sewa lorilah beb! Booth kereta manalah muat!

TV ni berharga RM 500.00. Jaminan tanggung sendiri le!

Adik-adik boleh borong basikal ini. Harganya dalam lingkungan RM 30-60


Barang-barang terpakai ada peminatnya sendiri. Kalau anda golongan elit mungkin anda tidak berminat dengan barang-barang seperti ini. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Setengah kota di Eropah pun dengar khabarnya ada menjual barang terpakai, jual di kota besar lagi
Ramai pelanggan, entah datang dari mana-mana

Aku ingat lagi Cikgu Osman Bongsu yang kini menjadi Senator merupakan penduduk asal kampung ini.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN......
UPDATE BLOG DENGAN GAMBAR TERKINI: 29 SEPT 2012......................

















ENTRI TENTANG INI  TELAH DILAYARI OLEH 9000 PELAWAT, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS KUNJUNGAN ANDA.....Cuma kedatangan terkini saya di situ, menyaksikan harga barang di situ turut naik macam peniaga Malaysia yang lain....mereka pun dah mula demand jugak...

Sabtu, 26 September 2009

LAGI TENTANG SKETSA HARI RAYA 2009

Raya kali ini aku banyak ambil gambar kemeriahan raya itu sendiri. Namun, aku juga suka melihat bagaimana
kawan-kawan dan saudara-mara aku dalam menghias rumah mereka. Jom kita tengok!
Rumah adik bongsu aku Mar. Rumah Mar dihias seperti pejabat dari dapur, ruang tamu dan bilik sekali

Rumah Mar dilihat dari luar. Lokasi Batu Pahat

Lukisan gergasi ini terdapat di rumah Rahmat Salamon

Gambar keluarga bahagia Moslim dan Ina anak saudaraku.
Anak mereka ialah Haikal, Hakimi dan Nurul Izzah
Mereka juga baru ubah suai rumah, tetapi aku tidak sempat mengambil gambarnya.

(LUKISAN ALA MURAL)
Sesiapa yang teringin nak hias dinding rumah dengan lukisan seperti ini hubungi
Cikgu Rahmat 0177705625

SEMINGGU TELAH BERLALU

Anak-anak Masrom Arina, Atiqah dan Alia

Masrom Jais dan anaknya Atiqah

Isteri Sdra Masrom, Cikgu Jamilah


Hari ini ialah hari ke tujuh hari Raya/ syawal 1430 Hijriah. Seminggu sudah kita menyambut hari Raya yang penuh kenangan. Hari yang merapatkan hubungan kekeluargaan dan silatur rahim. Hari bertemu sahabat-sahabat lama, sahabat-sahabat sepermainan,teman-teman di sekolah rendah, kawan-kawan di sekolah menengah dan rakan-rakan baru.

Kita mungkin kenal sepupu kita, tetapi oleh sebab kita jarang berjumpa dan bertanya khabar,maka hubungan itu semakin jauh. Maka syawal menemukan saudara-mara kita. Kita bawa anak-anak kita ke rumah mereka. Kita kenalkan saudara-mara kita kepada anak-anak kita supaya hubungan itu berterusan sampai bila-bila.

Jadi tidak akan berlaku, ada orang bertumbuk dengan saudara sendiri di mana-mana. Mungkin terlanggar bahu di tengah kota. Apabila berbual mesra pada hari raya yang lalu ini, rupa-rupanya terlalu ramai sepupu aku yang kini bekerja di Kuala Lumpur. Yang sedihnya,aku sendiri terlupa beberapa nama mereka. Maklumlah dahulu mereka
kecil-kecil lagi. Kini mereka telah bermisai dan lebih macho. Yang perempuan pun sudah ramai yang menimang
anak.

Jadi sebahagian pertemuan aku dengan mereka aku abadikan dalam blog aku: http://matsom66.blogspot.com
Sebenarnya itu cuma 10% daripada saudara-mara aku yang dapat aku temui pada syawal yang mulia ini.Ia akan bersambung lagi...Insya Allah. Mungkin syawal 1431 Hijriah...

Isnin, 21 September 2009

WARNA-WARNI HARI RAYA 2009

SAM-ADIK AKU

Di Jln besar Seri Medan aku menemui peristiwa malang pada Hari raya pertama...
Siapalah yang beraya di dalam parit ini?

Waktu balik dari Pt Raja, jalan menuju ke Pt Sulong jem sampai jambatan.
Jem 2 km panjangnya

Anugerah Puasa Cukup Sebulan untuk anakku Irfan
Sehari RM 1.72 x 29= RM 50

Lepas bermaaf-maafan gaduh lagi ya dik!

PARA TETAMU YG BERKUNJUNG DI TERATAKKU (RAYA 2009)



FIR ADIK IPARKU

Ustazah Amanah-adik aku

Ustazah Normah biras aku

Emir (baju hitam) dan Hazeeq-anak Cikgu Kashfi & Cikgu Zaidah

Cikgu Zaidah (isteri Kashfi) dengan empat anaknya. Anak perempuan mereka
ialah Fatin dan Arfah.

Ustaz Mursalin-Imam mesjid Pontian

Naza kesayangan Kashfi dari Pasir Puteh Kelantan

Gambar terbaru sahabatku Cikgu Kashfi Bin Mohammad dari Pasir Puteh