Sabtu, 5 September 2009

PENGGUNA ISLAM DIPERMAINKAN (2)

Sila Print dan edarkan
Periksalah makanan hasil industri yang anda beli terutama makanan anak-anak anda,
adakah mengandungi kod-kod industri tersebut di atas?


Pada bulan yang mulia ini, marilah kita mengelakkan diri, kita dan keluarga kita supaya tidak memakan makanan yang penuh subhat dan meragukan. Kebanyakan jajan dan gula-gula yang terdapat dipasaran mengandungi lemak babi, jika mengikut kod-kod yang terdapat dalam pembungkus yang ada.


Jadi untuk mengelakkan anak-anak kita terus menjadi mangsa, kita sebagai ibu bapa hendaklah menerangkan bahawa makanan ringan dan gula-gula yang terdapat di kedai-kedai itu akan menyebabkan anak-anak kita hilang kepintarannya, akan menjejaskan kesihatan. Gula-gula akan menyebabkan gigi mereka cepat rosak. Namun disebalik itu sebenarnya kita sangat bimbang, lemak babi yang terdapat di dalam produk-produk itu akan menyebabkan kita akan melahirkan satu generasi yang pincang seperti yang kita lihat hari ini.


Anak-anak sudah ada yang membunuh ibu dan bapa mereka. Ia jarang-jarang berlaku pada masa lalu. Apatah lagi anak-anak kurang ajar. Anak-anak laksana sitanggang telah berluasa. Saban hari kita melihatnya dalam paparan media. Bahkan bukan anak-anak sahaja yang rosak akhlaknya. Terdapat ibu bapa yang runtuh akhlaknya, antara faktornya ialah kita banyak makan makanan yang dicampuri unsur-unsur haram dan terlarang ini. Kadang-kadang kita merasa hairan bagaimana seorang bapa sanggup memperkosa empat anak kandungnya sendiri? Adakah mereka sudah tidak boleh membezakan antara yang halal dengan yang haram? Manusia membunuh sesama manusia dengan sebab yang terlalu mudah, hanya kerana tersilap kata, akhirnya ke kubur padahnya.


Mari kita kaji perkara-perkara di bawah: Ia telah saya simpan di dalam fail saya, maka pada hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua untuk sama-sama direnungkan.



Betapa anak-anak kita suka membeli gula-gula getah ini. Rupa-rupanya ia mengandungi lemak babi


Satu pusat penyembelihan di Batu Pahat yang diserbu telah mengejutkan
masyarakat sekeliling. Jangan beli ayam yang telah siap disembelih. Belilah di kedai-kedai
yang kita boleh melihat ayam itu disembelih oleh orang Islam yang baik ibadahnya. Bukan orang Islam
yang tidak pernah sembahyang dan bergelumang maksiat.


Tengoklah apa yang berlaku? Sampai bila kita hendak menjadi mangsa?

Dan................




Dan lebih parah lagi!
Saudara kita ni dah kenyang
makan babi bertanda Halal Jakim!

Kesimpulannya: Kita mesti sentiasa pastikan daripada mana sumber makanan kita!

5 ulasan:

Mama Miraki berkata...

eeeee..tengok gambar ayam tu rasa nak muntah pun ada. Kena bela ayam sendiri ler..teringat dulu2 kat kg kan kalau nak makan ayam,abah akan sembelih sendiri ayam kg. kalau beli kat kedai PS pulak abah yang akan sembelih sendiri akt kedai tu...
sama-samalah kita jaga apa yang akan masuk ke dalam perut kita dan keluarga. Banyak betul ancaman pada uamt islam sekarang ni

MSOM berkata...

Jika Mama Miraki ahli HPA (Radix) boleh dapatkan ayam yg bersih lagi halal. (ini bukan iklan ya..!). Ayam organik, harga ahli RM 15.00 tapi bulan puasa ni selalu sold out.

Ya! memang benar kata Mama Miraki tu, gunakan produk2 keluaran Muslim sahaja supaya kitaa terhindar daripada makanan yang penuh dengan keraguan itu!

Mama Miraki berkata...

ye saya tau HPA ada jual ayam organik.Cuma tulah nak dapatkan stok selalu tu yang malas tu. Selalu order kat kawan aje..saya memang banyak guna produk HPA..keluaran muslim kan..dulu pernah jadi ahli..setakat untuk beli barang aje...sekarang ni ntah hidup lagi ke tak..tapi office mate ramai yang jadi ahli..so tak ada masalah nak beli.

MSOM berkata...

Keahlian seumur hiduplah Mama Miraki.Kalau kad tak ada, guna aje no KP, tapi kalau nak tolong member, bagus sgt tu. Produk terbaru Mi Kuning (Gulung), harga ahli RM 3.50, Sos Cili Roselt, nuget herba, fishcake dan macam-macam lagi. Sya di Pt Sulong dah senang, stokis dekat trafict ligt tu aje, (sekolah Pasti).

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn apa yg ada kat blog ni.. harap2 ada byk lg informasi spt ini drpd umat islam yg sedar akan kepentingan memperolehi brgn keperluan yg halalan dan tayyiban. syabas.. dah lama saya menunggu blog2 spt ini. Namun saya musykil knp perkara spt ini tdk di war-warkan secara besar2an kpd semua rakyat M'sia yg rata2 beragama Islam. amar maaruf nahi mungkar .....fikir-fikirkanlah... knp produk2 yg dijual di ngr ini mesti mempunyai logo halal....sepatutnya di labelkan logo haram ...barulah kena dgn status Malaysia sbg halal hub .apa pendpt sedara?