Khamis, 17 September 2009

27 RAMADHAN PENUH WARNA-WARNI

Inilah antara yang aku beli petang ini. Kasut ini dibeli di Jln Penggaram Batu Pahat. Ada yang suka kasut, ada yang suka sandle, harganya pun tidak jauh berbeza.

Walau kemana pun aku disiplinkan mereka dengan pakaian 'makhluk asing' ini.

Hamper hari raya yang disumbangkan oleh kelab Bilik Guru ini telah
dihadiahkan kepada semua guru.

Dalam sambutan Majlis Khatam Quran, majlis juga mengucapkan salam perpisahan
kepada pakar IT SK Seri Pasir yang akan berhijrah ke jawatan baru sebagai
Leftenan Muda Penguasa Maritim di Kuantan mulai 18 September esok.
Sdra Basheer menerima cendera hati daripada sekolah. En Ali Sarmin menyarungkan
pakaian eksklusif SK Seri Pasir kepada Sdra Basheer.


Leftenan Muda Penguasa Maritim Sdra Basher dari Kedah.
Makmal komputer akan kesunyian tanpa beliau. Selamat bertugas di tempat baru.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita bersua lagi

Tiada ulasan: