- Sembahyang Fardhu Berjamaah.
- Mendirikan sembahyang-sembahyang sunat yang tertentu khususnya Sunat Tahajjud dan Witir pada waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin, Tasbih, Rawatib dll.
- Membaca al-Quran dan Tafsir.
- Menghadiri majlis ilmu seperti Ceramah Agama, kuliah dll.
- Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb, 14 hb dan 15 hb (dipanggil hari-hari bulan cerah) pada 28hb, 29hb dan 30hb (dipanggil hari-hari bulan gelap). Haram puasa pada 1 Syawal, 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
- Membaca segala wirid dan doa harian.
- Bersedekah.
- Mengerjakan umrah jika mampu, khususnya pada bulan Ramadhan.
- Memelihara Mulut, Mata, Telinga dan anggota-anggota lain daripada perbuatan keji dan maksiat.
- Mengingati Mati dan menziarahi sanak saudara, sahabat handai yang sakit dan yang mati, solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.
- Menziarahi sahabat handai, saudara-mara lebih-lebih lagi orang-orang alim, para ulamak dan tuan-tuan guru.
- Amar makruf dan nahi mungkar iaitu mengajak orang ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.
AMALAN SUNAT KHUSUS MENGIKUT BULAN
AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARAM
- 1-9 hb Muharam Sunat Berpuasa. 10hb -
- 10hb- Sunat berpuasa (Hari Asyura)
- 10hb-Menyapu kepala anak yatim
- 10 hb-Bersedekah kepada Fakir Miskin
- 10 hb-Meluaskan perbelanjaan keluarga.
- 10 hb-Memperbanyakkan bacaan berikut sekurang-kurangnya 70 kali
AMALAN SUNAT PADA BULAN SAFAR, RABIULAWWAL, RABIULAKHIR, JAMADILAWWAL DAN JAMADILAKHIR.
Tidak ada amalan yang khusus melainkan sebagaimana amalan sepanjang tahun seperti yang tersenarai di atas..
AMALAN SUNAT PADA BULAN REJAB
- Puasa 1 hari - Mendapat keredhaan yang besar daripada Allah
- Puasa 2 hari- Mendapat kemuliaan daripada Allah.
- Puasa 3 hari- Akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan terhindar daripada fitnah syaitan dan dajjal.
- Puasa 7 hari- Ditutup 7 pintu neraka.
- Puasa 8 hari- Dibuka 8 pintu syurga.
- Puasa 10 hari- Allah akan memakbulkan permintaannya.
- Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semuqa kejahatan dengan kebaikan.
- Tambahan puasa akan menambah pahalanya.
- Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
- Membaca Al-Quran
- Membaca Doa, Istighfar dll.
12. 27 Rejab. Isra' dan Mi'raj- Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.
AMALAN SUNAT PADA BULAN SYAABAN
1. 15 hb- Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan:
- Membaca Surah Yaasin 3 kali dan berdoa supaya
- Panjang Umur serta dapat beribadat
- Murah Rezeki.
- Tetapkan iman
- Dan ibadat-ibadat lain
Amalan yang disebutkan ini bercanggah pendapat ulamak, terpulanglah kepada kita. Walaubagaimanapun jangan diiktikadkan bahawa pada malam 15hb sahaja, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya membacanya sebanyak 3 kali.
2. Digalakkan berpuasa kecuali hari Syak iaitu 30hb Syaaban.
AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN
- Doa pada awal malam Ramadhan sebagaimana doa di atas.
- Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam.
- Membanyakkan membaca Al-Quran.
- Membanyakkan sedekah.
- Membanyakkan ibadat pada waktu malam khususnya malam ke 21hb-30hb.
- Mengerjakan umrah jika mampu oleh sebab pahala satu umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala satu ibadat haji.
AMALAN SUNAT PADA BULAN SYAWAL
- Membayar zakat Fitrah sebelum sembahyang Sunat Idul Fitri.
- Sembahyang Sunat Idul Fitri.
- Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa bulan Ramadhan memperoleh pahala puasa sepanjang tahun.
- Membaca Takbir sehingga Sembahyang Sunat Idul Fitri.
- Hidupkan malam 1 Syawal dengan banyak beribadat.
AMALAN SUNAT BULAN ZULKAEDAH
Tidak ada amalan khusus melainkan sebagaimana amalan sepanjang tahun pada awal tajuk di atas.
AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH
- 1-8 hb -Sunat Berpuasa.
- 8 hb - Hidupkan malamnya dengan beribadat.
- 9hb (Hari Wukuf di Arafah) -Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan PUASA bagi yang tidak mengejakan Haji dan Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
- 10hb- Hari Raya Haji/Sembahyang Sunat Hari Raya Idul Adha dan Bertakbir. Juga melakukan ibadat Korban dan bersedekah.
- 11hb, 12hb dan 13 hb- Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat dan takbir selepas Solat lima waktu.
- 29hb atau 30hb Membaca doa Akhir Tahun dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun.
Dipetik Daripada Buku
AMALAN SEPANJANG HAYAT (Cetakan 1993)
Ustaz Ismail Kamus
Ustaz Hj Abdullah B Abd Rahman
Ustaz Hj Yusuf B Embi
Ustaz Hj Ibrahim B Ali.
AMALAN SEPANJANG HAYAT (Cetakan 1993)
Ustaz Ismail Kamus
Ustaz Hj Abdullah B Abd Rahman
Ustaz Hj Yusuf B Embi
Ustaz Hj Ibrahim B Ali.
1 ulasan:
saya nk cari buku ne..di mn ada lg..
Catat Ulasan