Alhamdulillah keputusan ini satu kemenangan kepada semua guru, netizen dan rakyat keseluruhannya.
Cikgu Mohamad Fadli Salleh merupakan seorang guru yang sangat berani menyuarakan apa yang terbuku di hati para guru. Suara beliau mewakili suara 400 ribu guru di negara ini
Cikgu Mohamad Fadli Salleh merupakan seorang guru yang sangat berani menyuarakan apa yang terbuku di hati para guru. Suara beliau mewakili suara 400 ribu guru di negara ini
Puluhan ribu guru telah bersara awal dan beribu-rubu guru lagi telah memohon bersara awal kerana stress dengan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang telah rosak. Hendak dihuraikan pun terlalu panjang. Guru-guru terpaksa terpaksa mengajar silibus yang sudah jadi cacamarba dan pelbagai sistem online yang serba memeningkan dan menganggu pengajaran.
Ditambah jumlah murid dalam satu-satu kelas yang menjangkau 40 orang amat-amat tidak sesuai pada era 2022 ini. Bayangkan dengan suasana begitu bagaimana anak-anak kita hendak menghadapi pembelajaran dengan tenang?
Pelajar-pelajar peringkat rendah yang terpaksa menghadapi silibus yang bukan pada tahap pemikiran mereka. Cubalah periksa buku-buku latihan anak anda!
Ibu bapa juga turut terkesan bukan sahaja melihat pada isu beg berat, tetapi semasa pandemik boleh melihat sendiri bagaimana susahnya mereka hendak membantu pembelajaran anak-anak mereka.
Semoga dengan kemenangan ini Litle Napoleon dalam KPM dapat dihancurkan agar guru-guru dapat mendidik dengan sejahtera dan anak-anak kita tidak terus jadi tikus makmal.
Ingat lagi seorang pejuang, Cikgu Izzat Johari telah dipecat pada tahun 2012 pada era Abah menjadi Menteri Pelajaran? Malangnya beliau tidak mendapat pembelaan ketika itu. Cikgu Izzat Johari menjadi mangsa Litle Napoleon yang bersarang dalam jabatan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan