Lemah semangat aku semalam...kusangkakan blog ini dah nak ditamatkan. Sampailah aku kembali rujuk
kat
BLOG LAMA aku, yang sudah sekian lama aku tak jengok dan endahkan.
Sehinggalah sebab tak boleh berblog, maka aku teringat kebun, termasuklah kebun Midah ni...
Kebun ni, pusaka daripada ayah Midah, Allahyarham Hj Ali . Midah kongsi kebun ni dengan kakaknya
Pn Aton yang kini duduk di Pt Raja. Dah lama kami biarkan kebun ni semak, sampaile
sawit pun melawas tak nak berbuah . Mulai bulan lepas, kami mula menjaga elok-elok. Racun segala
rumput, senduduk,leban dan sendayan yang ada.
Pagi tadi, aku gagahkan diri ke Peladang Seri Medan. Beli baja jenis baru ni. Apa ntah nama dia.
Adalah lapan kampit. Nasib baik terjumpa seorang bapak anak murid aku, dia terus hantar baja ni sampai
ke dalam kebun Midah ni.
Kan dah bersih Misdan yang meracunnya. Aku mana kuat nak angkat tong racun tu?
Apabila dah bersih...
Nyamuk-nyamuk pun dah lari. Dua bulan lepas, tempat babi hutan bergusti kat sini....
Aku call Misdan, 15 MINIT dah sampai...cepat betul!, pada hal aku tak berjanji pun. Masa tu pun dah pukul
11.00 tengah hari. Anak Misdan ni ramai. Ada 7 orang. Jadi duit sawit Midah ni kena bagi-bagilah sikit.
Kalau aku yang petik, aku yang racun, kaya sangat nanti Midah....dan aku hehehehe
Aku ni alergiknya....takut dengan ular tedung. Kat kebun Midah ni banyak ular tu.
Tanpa buang masa Misdan teruskan kerjanya. Aku bagi gaji dulu sebelum dia memulakan tugasnya.
Bab duit mesti cepat....~!
Ok bye bye Misdan....Pn Hamsaton kat Parit Raja tu. Jangan risau, Juga En Isa biras aku.
Lepas ni hasil akan meningkat. Bulan September nanti kena baja lagi. Kerana kata pihak
Peladang, kebun Sawit ni kena baja setahun tiga kali! Ini tidak ambik hasilnya sampai pokok tu kurus kering.
Bulan depan, aku nak tengok kebun aku pulak, pusaka daripada ayahandaku. Entah dah jadi hutan belantara agaknya. Khabarnya kalau orang lalu di situ, mereka memecut motosikal kerana takut disondol lembu pendek yang berkeliaran di situ.....