Soalan orang Bukan
Islam kepada Dr Zakir Naik
Soalan oleh Non Muslim: Kamu Muslim dikatakan tidak
dibenarkan menyembah berhala?
Tetapi kenapa kamu tunduk kepada Kaabah….atau….menyembah kaabah?
Jawapan Dr Zakir Naik : Muslim tidak pernah menyembah kaabah. Kami menyembah Allah
SWT. Kaabah ialah Kiblat kami. Arah kami. Arah ketika kami sembahyang. Kerana kami Muslim percaya kepada perpaduan.
Dan jika kita sembahyang di dewan ini,ada yang solat ke arah utara….selatan….
timur…..arah mana kita akan ikut? Demi perpaduan setiap Muslim akan menghadap Kiblat. Jika kamu
tinggal di utara kaabah, kamu menghadap selatan. Jika kamu tinggal di barat
kaabah, kamu akan menghadap timur…Jika kamu tinggal di timur Kaabah, kamu
menghadap barat. Walau di mana kamu tinggal kamu akan menghadap kaabah. Dan
orang yang pertama melukis peta…peta georafi adalah seorang Muslim. Peta itu ada
kutub selatan di atas, dan kutub utara di bawah…Alhamdulillah kaabah berada di
tengah-tengah…di mana sahaja kita ingin sembahyang, kita menghadap ke
tengah-tengah bumi…masyarakat Barat datang dan menterbalikkan peta itu, kutub
utara di atas, dan kutub selatan di bawah….tetapi Alhamdulillah kaabah masih di
tengah-tengah….Kaabah adalah kiblat kita.