Jumaat, 28 Februari 2014

JEREBU TERUK DI BUKIT NANING



KALI INI TAK PERLU LAGI MENUDING JARI KE NEGARA JIRAN
Kebakaran di Bukit Naning dan beberapa kebun di kawasan Pt Sulong,
sudah cukup mengharu-birukan suasana sepanjang minggu ini. Langit di Bakri dan Muar lebih terang dan normal, berbanding penduduk Parit Sulong yang terus menghidu asap yang berserakan

Khamis, 27 Februari 2014

AKU BUKAN MENANG HADIAH MACAM WAK GELAS

Aku sekarang dah mula busy, sebab dah ada hutang baru. Cukuplah kereta ini...Semalam, aku balik ke kampung kejap, melihat aktiviti-aktiviti ibuku di kampung. Jiran-jiranya 90 peratus telah menghadap Illahi, termasuk jiran depan rumah semalam...Semoga ibuku terus sihat walafiat...Maaf, jumpa lagi, hanya setakat itu coretan aku dua tiga hari ini.


Sabtu, 22 Februari 2014

NEGERIKU YANG SEMAKIN KONTANG

 Parit di depan kebun aku...yang telah kering kontang, boleh baring-baring di sini....
Parit ini mewakili beribu-ribu batang parit yang tiada lagi walau setitis air pun jua....

Ini bukan gambar hantu, tapi inilah pertama kali aku mengambil gambarku secara penuh...bayang-bayang aku tu!

Khamis, 20 Februari 2014

SEMAKAN POTONGAN GAJI ANGKASA

Kita ni selalunya perlukan duit untuk keperluan peribadi. Sebab tu kita pinjam Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Koperasi, dan sekarang banyak bank yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada orang ramai, tak macam zaman dulu. Nak pinjam RM3000 pun kena ada penjamin. Kini, ada slip gaji je, kita boleh pinjam riban-riban.



Lalu setelah tujuh lapan tahun barulah kita teringat, berapa banyak aku pinjam dengan bank ini, dengan koperasi itu, bayaran insurans ini, insurans itu.

Sebab dalam slip gaji, semua bank dan koperasi serta potongan insurans tadi dijadikan satu dalam ruang potongan Biro Angkasa.

Oleh itu anda kenalah isi borang online ini dan hantar. Cara ini cuma untuk yang rajin baca emel. Jika tak pernah baca emel tak payahlah isi borang online ini.

OK, SILA KLIK BORANG PERTANYAAN

Esoknya kita akan terima emel macam ini:




Paling senang sebenarnya kita buat call sahaja, tetapi kalian tahulah, nak call mereka ni, sambungan ke sini, sambungan ke sana, kadang-kadang tak sabar...jadi paling senang melalui perhubungan online macam ni.

Untung sangat yang tak ada hutang tu, aku tabik sama kamu.

  

Ahad, 16 Februari 2014

OUTING...OUTING....

FotoFoto

Yang duduk bawah pokok borak-borak kat meja batu tu anak-anak dan isteri aku. Masing-masing dah rindukan Irfan yang bertshirt biru cair tu. Tetapi kali ini, kami pergi petang Jumaat. Sabtu semalam ada kelas, jadi tak boleh buat apa. Jadi outing pun bukan outing, duduk-duduk di kawasan kolej aje. Sambil menjamah makanan dan air yang dibawa.

Yang dekat kereta hijau tu, aku tak kenal. Aku tangkap gambar mereka kerana perkelahan mereka itu memang sangat unik bagi aku. Seronok juga tengok gelagat keluarga yang datang menjengok anak mereka di sini.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR
KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014

Tarikh: 27 Disember 2013
Masa:  11.00 – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran:
1.       En Mat Som B Sadono (Ketua Panitia)
2.       En Zulkeflee B Rahmat
3.       Tn Hj Mohd Saim B Buang
4.       En Burhan B Md Yussof
5.       En Jamal B Adenan
6.       En Ahmad Salleh B Suraimi
7.       Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8.       Pn Azizah Bt Osman
9.       Pn Siti Hawa Bt Ahmad 
10.   Pn Noreha Bt Awi
11.   Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)


BIL
PERKARA
1.
Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.


Tindakan
Pengerusi
2.
Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan  dan sebulat suara.


                                                                              Tindakan
                                                                              Pn Siti Hawa Bt Ahmad

3
Perkara –perkara berbangkit:

3.1- Analisis keputusan UPSR 2013

3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala bagi kertas Penulisan mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu peningkatan sebanyak  14.4% berbanding tahun 2012.

3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut:

Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100% menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak 67.80%

Kertas Penulisan pula sasarannya ialah 94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%.

Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR 2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014 adalah seperti  berikut. Pemahaman 94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A  10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A 15.25%.

Justeru itu, bagi kertas Pemahaman memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut.

3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.
  
-          Pengurusan Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah dari  segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas

-          Panitia – Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk tahun 2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah:

a.       Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR (Penulisan)
b.      Program 3P
c.       Program Menyalin Karangan
d.      Zoom A
e.      Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas
f.        Penggunaan Akhbar Didik
g.       Kelas Malam
h.      Teka Silang Kata


-          Guru – Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa bagi mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.

-          Pelajar- Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan motivasi. Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.

-          Ibu-bapa-Ibu bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar menjawab Zoom A. Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak berfaedah.



                                                                Tindakan
                                                                Semua Pentadbir,  ibu bapa, 
                                                                Guru Kaunseling,  guru Bahasa 
                                                                Melayu yang terlibat


4.
Perkara-perkara Yang Dibincangkan:

4.1 – Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang mula menggunakan kurikulum baru  KSSR.

4.2 –Pn Azizah Osman – Jumlah murid Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9 orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya ialah sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya telah melepasi sasaran.

4.3 – Pemulihan- Pn Maryati Salim menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang lemah ke kelas Pemulihan.

4.4 – KSSR – PBS kini telah sampai ke Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-markah dalam system online PBS apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan.

4.5 – MBM/MBI – Program MBM/MBI akan terus dijalankan terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah ini. Ini akan digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk murid Tahun 5  dan 6 sahaja. Pemantauan akan dijalankan oleh pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua kali setahun.

4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya  (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6 pada awal Januari 2014.

                                                                       Tindakan-
                                                                       Semua guru Bahasa Melayu 
                                                                       yang berkenaan
5.
Hal-hal lain:

5.1 – Pengerusi meminta guru-guru yang memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru melalui sumber kewangan panitia yang ada.

5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi kegunaan guru.

5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan tentang Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini.

5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula Januari.

5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh dijalankan adalah setelah menerima surat daripada PPD.

                                                                        Tindakan
                                                                        Semua guru Bahasa Melayu

6.
Penutup


Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar. 
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari







Disediakan oleh:                   Disemak oleh:                           Disahkan oleh:        

lihat MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2015 PULA-KLIK                                  

                    

Sabtu, 15 Februari 2014

CERAMAH USTAZ KAZIM DI DATARAN PENGGARAM BATU PAHAT




Sambutan orang ramai begitu hebat, parking kereta padat, mereka mendengar ceramah ustaz dengan penuh minat, sayang sekali PA Sistem teruk sangat, lain kali perlukan penaja koperat. Penganjur kena perbanyakkan usaha dakwah ini,agar dataran ini menjadi dataran ilmu,agar memberi manfaat kepada umat di seluruh Batu Pahat.

Khamis, 13 Februari 2014

SAWAH DI SERI MEDAN TAHUN 80AN

Sawah padi Di Pt Jayus tahun 1980

Apabila aku paparkan gambar ini di FB, ada orang-orang Seri Medan yang tidak percaya, di sini pernah ada sawah padi. Dan mereka juga tak percaya, bagaimana pada tahun 1980 tu abang aku sudah ada kamera. Aku ingat lagi, seorang abang aku tu ada kamera paloroid, tangkap gambar dan terus keluar sekeping gambar yang dah siap, tak payah cuci-cuci. Sebabnya masa tu dia kerja di Singapura, jadi apa-apa teknologi kamera dia cepat dapat. Sorang lagi abang aku ada meminjam kamera kawannya, aku ingat lagi flashnya yang siap pakai terus buang. Ada 4 flash untuk 4 kali tangkap gambar. Apabila flash menyala je, terus terbakar dan guna yang sebelah lagi. Kalau aku bongkar album-album silam mereka berdua, tentu banyak lagi gambar yang klasik....Tetapi rasanya dah banyak yang reput, kerana tak terjaga.

Isnin, 10 Februari 2014

TOPIK YANG BIASA DICARI PENGGUNA INTERNET


Aku sedang menganalisis sendiri blog aku, apa sebenarnya yang dicari oleh pengguna internet? Daripada 1410 entri setakat ini, 10 topik entri blog aku diatas antara isu yang diterima oleh pengunjung berdasarkan hit yang tidak sehebat blogger tersohor, aku dapat simpulkan begini....Dan aku tau sangat kalau aku cerita kisah kehidupan aku, itu cuma untuk mengisi masa lapang sahaja, kerana siapalah yang nak membaca kisah aku yang cuma seorang marhain tidak ternama. Ranking tajuk entri ini membuktikan hakikat itu, tiadapun satu kisah peribadi aku tersenarai. Kalau ada pun cuma 30 hit kah kah kah! Itupun agaknya suku-sakat aku! 

Empat topik berkaitan tema pendidikan, sebab ramai blogger tegar mungkin terlepas pandang sebab mereka tidak terlibat dengan isu pendidikan seperti kes masukkan markah. Ucapan-ucapan majlis rasmi. Juga lukisan untuk diwarnakan.Dan sekarang lagi banyak istilah baru dalam kerja-kerja online dunia pendidikan. Carilah sendiri.

Pelancongan, ini wajib ada. Kalau melancong ke mana-mana, ceritalah dengan jelas akan tempat itu, kemudahan-kemudahan, cara-cara, nombor telefon dan gambar-gambar yang terpilih.

Cerita misteri juga sering dicari orang. Tetapi saya tidak berminat dengan tajuk ini. Cuma terlepas cerita tentang kisah Mona Fandey.

Sebenarnya kisah artis juga sangat laris. Namun ini juga saya tidak berminat, kerana kita mesti ada prinsip.

Sesetengah orang, dia tak pedulikan hit atau trafik ke blog dia. Namun, sebagai blog menjual barang sendiri, aku memerlukan hit itu untuk menarik bakal pembeli ke blog aku. Dan ramai telah membiarkan blog mereka terbiar kerana tiada matlamat yang jelas.

Walau apa pun, tulislah apa-apa hanya kerana Allah. Sekian


Ahad, 9 Februari 2014

MASAKAN PENGAKAP : NUGET RIMBA







8 Februari 2014, unit Pengakap SKSP mengadakan aktiviti masakan rimba. Resepi yang dipilih ialah Nuget Rimba. Sebenarnya mula-mula aku nak buat Roti Pintal, tetapi kerana nak menarik minat mereka aku ubah jadi Nuget Rimba, supaya budak-budak ini tersentak sikit.

Bermula jam 8.00-9.00 pagi dengan teori. Manakala jam 9.05-10.30 praktikal.

Bermodalkan sekilogram gula, sekilogram tepung gandum dan tiga biji telur,dengan kos RM 5.30, adunan pun dibuat,dan ternyata anak murid kami begitu happy pagi Sabtu tu. Tak menyesal datang sekolah.

Tengah fikir ni, untuk perjumpaan akan datang nak buat aktiviti apa? Aku rassssssssssa nak kumpulkan kayu getah untuk buat pelbagai gajet.

Tunggu.....     

SIMPANG KIRI ATAU HALUAN KIRI?



Waktu aku nak memberi nama blog aku ni, aku betul-betul tengah buntu, terus tangan aku menaip nama sungai tempat aku duduk ni. Tambahan pula kawasan lembah antara Seri Medan hingga ke Pt Sulong juga dinamakan Mukim Simpang Kiri bersempena nama sungai ini. Jadi walaupun aku sebenarnya tak suka nama ini, dah suratan aku dah tak boleh mengubahnya, kerana akhirnya jadi sebati. yang pentingnya aku bukan berhaluan kiri.

Jumaat, 7 Februari 2014

MENJAHIT BAJU KURUNG DI PT SULONG BATU PAHAT

NO HANDPHONE PN HAMIDAH www.wasap.my/+60137565013







Antara baju kurung yang telah disiapkan oleh Hamidah minggu ini. Kainnya ada, sebab tak ada model yang sesuai lagi, tunjuk baju jelah


Sesiapa yang ingin membuat baju kurung di sekitar Parit Sulong, Taman Seri Sulong, dan taman-taman yang setaman dengannya, isteri saya Puan Hamidah memang ada membuat baju kurung untuk perempuan sahaja. Dah tiga tahun jugalah beliau menjahit baju kurung ni. Sila PM FACEBOOK (KLIK) PN HAMIDAH ALI 013-7565013 ok. Saya setiausaha peribadi sahaja, tak tau nak jawab soalan-soalan berkaitan baju kurung wanita ni.
Jika nak buat baju call/sms sila hubungi setiausahanya 013-7565013 

TIP JUALAN SECARA PARTI


Memperkenalkan produk di parti, di mana prospek berkumpul di sesuatu tempat, biasanya di rumah salah seorang ahli baru syarikat M.L.M yang kita sertai. Dan ia menjadi salah satu kunci kejayaan seorang usahawan M.L.M.

Beberapa panduan berniaga secara parti adalah seperti berikut:


  1. Jika ada 10 orang sudah sangat memadai. Jika ramai sangat akan menyebabkan majlis jadi hiruk-pikuk, akhirnya mood kita pun terganggu.
  2. Kita bawalah dua jenis makanan ringan untuk tuan rumah. Juga kos untuk gula, teh dan sebagainya.
  3. Masa yang dipilih mestilah sesuai, iaitu tidak bertentangan dengan majlis penting di tempat itu.
  4. Kita mestilah sediakan produk paling kurang dalam nilai RM 1000.
  5. Kita kena sediakan sekurang-kurangnya LIMA STARTER KIT untuk ahli baru.
  6. Kita haruslah memperkenalkan TIGA produk yang terlaris sahaja. Kerana kalau banyak sangat, nanti orang yang mendengar akan bosan dan buang masa. Akhirnya sorang demi sorang balik, nak masaklah, nak ambik anak tusyenlah dan sebagainya.
  7. Setiap orang yang datang telah diberi sedikit sample, mereka kenalah merasa, memegang, melihat, cium baunya supaya kelima-lima panca indera telah menyaksikannya.
  8. Kita sebagai penceramah mesti sampai SATU JAM lebih awal daripada mereka.
  9. Meja kita alaskan dengan alas meja yang nampak eksklusif seperti baldu, baru nampak produk itu hebat dan bermutu tinggi.
  10. Cara agenda parti itu> Perkenalkan diri dan syarikat, pembuka kata, dan cerita faedah-faedah-faedah-faedah produk dan testimoni> melakukan demo produk> dan tutup jualan dengan mudah 
  11. Pesanan akhir, "Ramai lagi yang berharap-harap, mencari-cari peluang perniagaan, pendapatan kedua, mengapa merayu-rayu orang yang tak sudi menjadi tajaan kita?" -Motivasi dan tip diadaptasi daripada karya Razzi Arramansur dan upline aku yang terdahulu. 

Selasa, 4 Februari 2014

7 LANGKAH BISNES INTERNET-ANNE AHIRA


Ilmu yang banyak kalau tidak diamalkan pun tidak membawa apa-apa makna, sebaliknya ilmu yang sedikit tetapi tindakan terus dibuat sesudah mendapat ilmu itu, ia lebih berkesan dan mendatangkan manfaat berupa keuntungan. Rajah di atas ialah gambaran ringkas tentang apa yang mesti dibuat dalam menjalankan perniagaan online.

Sabtu, 1 Februari 2014

PETA SERI MEDAN


Beberapa kali saya cuba untuk melukis peta Seri Medan, tetapi memang crowded, jadi aku cuma melabelkan sahaja peta Google yang memang tidak lengkap itu. Kalau masuk ke sini MESTI guna GPS atau rajin-rajinlah turun bertanya orang, kalau tidak, kalian akan sesat, namun akhirnya akan menemui jalan keluar sama ada ke pekan Seri Medan, Pt Sulong atau ke Pt Yaani....