Jumaat, 3 Oktober 2014

AKU BUKAN NAK JUMPA PM



Tanggal 20 Sept aku berkonvoi dengan enam buah kereta anak-anak saudara aku ke Pekan, Pahang DARUL MAKMUR. Bukan nak jumpa PM Najib supaya tak naikkan harga minyak. Kalian cakap apa pun bukan dia peduli. Telinga dia dah tebal macam telinga Panda. Aku dah diberitahu oleh kedai minyak kat sini, depa tunjuk surat lagi, yang minyak akan naik harga, sebulan lalu IAITU pada 2 Sept 2014. Aku isi penuh tangki minyak kereta-kereta aku MALAM itu. Esok paginya aku marah kedai minyak tu...korang main-mainkan hati pelanggan. Betul bang....memang semalam dah beritahu....Janganlah marah bang...

Baru aku ingat....pilihan raya Pangkalan Kubor belum berlangsung, jadi kerajaan terpaksa kensel kenaikan pada tarikh tersebut. NAJIB tunda ke 2 Oktober!!! Betul-betul tragedi Oktober!....

Kepada sesiapa yang yang nak cakap...Ala baru 20 sen PUN NAK KECOH KE?

Mai sini aku hantuk kepala hang...!

Ini bukan soal 20 sen,engko ingat aku isi minyak 1 liter.  Setiap hari aku memandu 50km...

Lepas ni akan disusuli oleh kenaikan HARGA semua barangan di kedai runcit, pasar raya...JUGA.harga bahan binaan..dan harga rumah akan naik puluhan ribu lagi disebabkan oleh DUA PULUH SEN ini!!!!!! Rakyat YANG MEREMPAT semakin tersepit. NAJIB bukan tau apa...dia tak pernah sarapan jemput-jemput, minum pagi hanya bersarapan biskut seperti sebahagian rakyat marhaen di pinggir kota dan ceruk kampung? Dia lahir dalam dulang emas! Aku lahir kat lantai nipah.




Ni waktu aku melalui Paloh Hinai.....dekat Tasik Cini tu...

Ni tempat aku rehat-rehat dengan famili aku....tasik kat kampung aku ni lebih 20 kali cantik daripada Tasik Bandar kat Jay Bee tu....orang JB jangan MARAH


Ni tempat aku rehat, selepas apa-apa kursus di PPD..TasikY yang mendamaikan

Di bawah ni,ketupat plastik yang isteri aku masak malam ni....Dengan PERIUK TEKANAN ni,memasak ketupat sangat menjimatkan masa dan gas. 30 minit dah siap!

4 ulasan:

Umialya berkata...

Cantikkan ketupat nasi tu, idea yang baik.. ilmu yang diberi amat berguna, insya allah saya akan cuba..

20sen...nak tak nak kena terima, urmmm nampak gaya dek 20sen, kami kena mulakan amalan berjimat cermay..

awal2 pagi tadi terima wassap berangkai kononnya menyeru warga Malaysia supaya boikot Petronas tapi guna minyak esso dsb.. baru harga minyak akan turun...pelik2 idea siapalah ni??

Umialya berkata...

** cermat..

Kayu Manis berkata...

setuju dgn cikgu, org kya tk rasa pun 20 sen tu, apalh sgt kn.... ramai yg merungut, btlh apa pun berdemo bagai, tk jdi apa punya.. tgok ajelh gst tu... org yg buat demo tu, mmbazir jer.. bju merah tu.. boleh dpt free ke... sedekah pd anak yatim lgi bgus.. akhirnya ttp buat juga gst tu.. mmg muka tebal sgguh puak2 ni.. naik minyak, kta kurangkn subsidi, auta jer... pemimpin yg zalim ni akn di pertanggujawab di sana... kecuali taubat

Umialya berkata...

Periuk tekanan saya bersaiz besar, kiranya muat banyak..