Ahad, 7 Jun 2020

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH KERAJAAN

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH KERAJAAN:

5.1. Pentadbir Sekolah

5.1.1. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.

5.1.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang pergi
ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;

5.1.3. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan
kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai
penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan
kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci
tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand
 sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta
kepentingan amalan penjarakan sosial;

5.1.4. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi
garis panduan yang ditetapkan;

5.1.5. memastikan murid mendapat akses kepada PdP
dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang
berkaitan;

5.1.6. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan
sokongan yang bersesuaian kepada guru;

5.1.7. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada
ibu bapa/penjaga; dan

5.1.8. membuat keputusan untuk menangani isu
pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan
yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira
pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

5.2. Guru
5.2.1. menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran;

5.2.2. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan
kesediaan murid dan situasi semasa;

5.2.3. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga
kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial; dan

5.2.4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid
yang bergejala.


5.3. Ibu Bapa/Penjaga
5.3.1. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan
sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan
gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;

5.3.2. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut
kemampuan ibu bapa/penjaga; dan

5.3.3. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk
terus belajar.

6. Pelaksanaan
6.1. Pengurusan Sekolah
6.1.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti
yang berikut:

a. kehadiran guru tertakluk pada arahan
perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke
semasa;

b. kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dan
dimulai dengan murid yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid
Berkeperluan Khas (MBK); dan

c. murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke
sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah
sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

6.1.2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara
berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar
negeri.

6.1.3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan
murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara
beramai-ramai tidak dibenarkan.

6.1.4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima (5)
aspek dalam pengurusan sekolah, iaitu pengurusan
prasarana, keselamatan murid, guru dan warga
sekolah, PdP, peranan ibu bapa/penjaga dan
pengurusan asrama.

6.2. Pengurusan Prasarana
Pentadbir bertanggungjawab:

6.2.1. memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk
semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan
bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi
persekolahan;

6.2.2. memastikan fokus utama pembersihan adalah pada
permukaan yang sering disentuh dan pada paras
ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti
tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif,
pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan
di laluan pergerakan murid bagi sekolah yang
mempunyai MBK dan lain-lain;

6.2.3. menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik
PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik
khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh
berfungsi dengan baik untuk PdP;

6.2.4. memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut
arahan penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka;

6.2.5. memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan
yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti
meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan
di kelas yang lain;

6.2.6. memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang
mencukupi bagi setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat;

6.2.7. memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan
makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan
ruang makan di kantin tidak dibenarkan;

6.2.8. memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah
seliaan guru pada waktu rehat;

6.2.9. memastikan murid yang makan di dewan makan asrama
pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas;

6.2.10. memastikan bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan
sekolah berasrama dijadikan sebagai bilik isolasi bagi
murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.
Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta
sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer);

6.2.11. menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda
penjarakan sosial dengan menggunakan pita pelekat
berwarna di lokasi yang bersesuaian seperti yang
berikut:

a. bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki
meja baris hadapan dan baris tepi pertama untuk
rujukan;

b. kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang
berbaris untuk pembelian dan pengambilan
makanan serta laluan ke singki;

c. bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan
pada kerusi, meja, kaunter dan tempat mengimbas
kehadiran; dan

d. lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti
lif.

6.2.12. menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau
sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu
arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah
termasuk asrama;

6.2.13. menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan
sentiasa ditutup;

6.2.14. menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti
kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan
(hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik
PdP, pejabat dan bilik guru;

6.2.15. mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah
kebersihan dan keselamatan di lokasi strategik seperti
laluan murid, kantin, bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang
menunggu dan asrama sebelum sesi persekolahan
bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan
bercetak terbitan KKM daripada laman sesawang KKM;
dan

6.2.16. meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan
COVID-19 di pintu masuk utama sekolah.

6.3. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
Pentadbir bertanggungjawab:

6.3.1. merujuk Standard Operating Procedure (SOP)
Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus
2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac
2020;

6.3.2. memastikan murid, guru dan warga sekolah berada
dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah.
Pemakluman awal perlu diberikan kepada mereka
sebelum sekolah dibuka semula;

6.3.3. memastikan saringan demam serta gejala batuk,
selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan
terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap
hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C
atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk
melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah
berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan
masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan
jalan utama. Hal ini adalah bagi mengelakkan
kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan
sosial;

6.3.4. memastikan masa senggang diperuntukkan bagi
pengambilan suhu badan murid yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah;

6.3.5. melantik guru bertugas untuk:

a. mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama
sekolah semasa tiba dan pulang;

b. memeriksa suhu badan murid menggunakan alat
pengimbas suhu badan; dan

c. mengawal pergerakan murid semasa rehat.

6.3.6. memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa
mematuhi penjarakan sosial pada setiap masa dengan
pengawasan guru;

6.3.7. memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan
dan keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu
pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan
setiap hari. Peringatan secara berterusan dilaksanakan
semasa PdP;

6.3.8. memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap
mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan (hand
sanitizer) boleh digunakan;

6.3.9. memastikan guru atau pembantu pengurusan murid
membantu MBK yang perlu memegang bahan bantu
belajar (guna sama) seperti gambar rajah timbul dan
peralatan khas mencuci tangan dengan air dan sabun
atau pensanitasi tangan (hand sanitizer);

6.3.10. memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan
selang satu tempat duduk apabila mereka menaiki
kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster;

6.3.11. mengingatkan murid untuk mematuhi dan
menggunakan laluan pergerakan yang disediakan.

6.3.12. membekalkan pelitup muka kepada murid yang
bergejala dan mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit
sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa
mereka pulang.

6.3.13. memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan
imuniti badan yang rendah sentiasa memakai pelitup
muka.

6.3.14. memastikan guru bimbingan dan kaunseling
melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi
mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah;

6.3.15. memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor
pembersihan, pengusaha kantin dan pembekal
perkhidmatan makanan bermasak di asrama serta
membuat penegasan supaya sentiasa mengingatkan
pekerja mereka mengenai perkara berikut:

a. mengimbas suhu badan mereka setiap hari
sebelum memulakan tugas;

b. tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah
jika bergejala;

c. mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian

pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain; dan

d. mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci
tangan dengan air bersih dan sabun).

6.3.16. memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat
kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan
warga sekolah yang disahkan oleh PKD:

a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak
rapat bagi membantu PKD;

b. memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan

c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai
keperluan melaksanakan pembasmian kuman di
lokasi yang dikenal pasti.



6.4. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan
PdP di rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan
mengikuti PdP di sekolah, sementara murid lain akan mengikuti
PdP di rumah.

6.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi
melancarkan pelaksanaan PdP:

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan
pelaksanaan PdP;

b. menyusun jadual PdP dengan mengambil kira
bilangan kelas yang beroperasi dan kesediaan
guru serta murid. Guru yang tidak mengajar kelas
peperiksaan turut dilibatkan;

c. melakukan semakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP

d. melaksanakan pemantauan PdP; dan

e. memberikan bimbingan secara berfokus kepada
guru untuk memastikan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara berkesan.

6.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP
yang bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh
diterokai adalah seperti pembelajaran teradun
(Blended Learning) iaitu gabungan pengajaran
bersemuka dan penggunaan teknologi secara
dalam talian;

b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang
akur kepada keperluan penjarakan sosial;

c. memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak
melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan

d. memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum
secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan
.
6.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP
mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan
kesesuaian setempat;

b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian
seperti pembelajaran dalam talian, TV pendidikan,
radio atau media sosial bagi murid yang bersedia
untuk mengikuti kaedah pembelajaran tersebut;

c. mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta
keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan
murid untuk melaksanakan PdP secara dalam
talian;

d. memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau
disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak
mempunyai akses Internet;

e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek
dengan menggunakan sumber yang mudah
didapati oleh murid sekiranya bersesuaian;

f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di
sekolah. Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak
serahan yang diletakkan dalam pondok
keselamatan untuk penyerahan dan pengambilan
bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga mengikut
jadual yang ditetapkan;

g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah
berdasarkan hasil kerja murid seperti latihan, kuiz
dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara
dalam talian atau serahan tangan; dan

h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi
persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat
menyerahkan ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi
membantu pihak sekolah

6.5.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan
penularan jangkitan COVID-19:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan
berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan
selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat
tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu
sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau
orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa
mengamalkan kebersihan sebelum dan
selepas makan;

d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang
menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan
makanan dan minuman dari rumah untuk
anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan
dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan
yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi
makanan dan minuman dengan murid lain; dan

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak
jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah
dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

6.5.2. membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan
sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang,
rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah dan

6.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi
tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan
untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan
berkeperluan).


6.6. Pengurusan Asrama
Pentadbir bertanggungjawab memastikan:

6.6.1. pengangkutan bas disediakan oleh KPM untuk murid
yang berada di luar kawasan untuk kembali ke asrama
bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sukan
Malaysia (SSM), Sekolah Seni Malaysia (SSeM),
Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional
(KV) dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) kecuali ibu
bapa/penjaga yang hendak menghantar anak mereka
sendiri;

6.6.2. murid yang sihat sahaja yang dibenarkan kembali ke
asrama. Sekiranya mereka tidak sihat, mereka
hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan disahkan
sihat sebelum bersedia untuk balik ke asrama;

6.6.3. murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM
dan STAM digalakkan tinggal di asrama sekiranya
kemudahan asrama mencukupi;

6.6.4. saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran
masuk ke asrama. Murid yang didapati mempunyai suhu
badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala perlu
diasingkan di bilik kesihatan/sakit, diberikan pelitup
muka untuk dipakai dan dihantar ke klinik kesihatan
untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu
bapa/penjaga;

6.6.5. persediaan pihak sekolah sebelum murid masuk
ke asrama:

a. katil murid dijarakkan satu (1) meter antara satu
sama lain. Bahagian bawah katil dua tingkat
(double-decker) sahaja digunakan;

b. tanda penjarakan satu (1) meter disediakan untuk
murid beratur bagi semua bilik khas yang
bersesuaian (tandas, bilik air/mandi, bilik cuci, bilik
gosok dan pantri);

c. jadual penggiliran waktu makan disediakan di
dewan makan sekiranya perlu;

d. tempat beratur dan kedudukan tempat makan
dewan makan diletakkan penandaan bagi
penjarakan sosial (contoh: jarak satu (1) meter
untuk beratur semasa mengambil makanan dan
menghantar dulang makan di dewan makan
asrama) dan tanda tempat duduk dengan
penjarakan sosial semasa waktu makan;

e. susunan tempat duduk kelas persediaan (prep)
ditandakan dengan jarak sekurang-kurangnya satu
(1) meter; dan

f. alat pengimbas suhu badan perlu disediakan
di asrama.

6.6.6. makluman dan peringatan berkaitan penjarakan sosial
dalam kalangan murid perlu dilaksanakan sebelum
murid pulang dari sekolah dan ketika murid berada di asrama

6.6.7. perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam
kalangan murid di asrama tidak dibenarkan. Warden
perlu memantau keberadaan murid di asrama;

6.6.8. semasa di asrama, murid yang tidak sihat perlu
diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta
dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa
pulang oleh ibu bapa/penjaga;

6.6.9. murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada
warden sekiranya diri sendiri atau rakan mengalami
tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau
sesak nafas;

6.6.10. solat berjemaah di surau dan semua aktiviti
berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat;

6.6.11. pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di
asrama sekiranya terdapat urusan kecemasan. Pelawat
perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua
Warden sahaja;

6.6.12. pemantauan secara berkala perlu diadakan
bagi memastikan murid sentiasa mematuhi penjarakan
sosial dan berada dalam keadaan sihat;

6.6.13. aktiviti keluar (outing) dan pulang bermalam tidak
dibenarkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman
lanjut; dan

6.6.14. jadual bertugas kepada semua guru secara penggiliran
disediakan bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Tiada ulasan: