Isnin, 8 Jun 2020

NAK DAPAT 1000 SUSCRIBER BUKAN MUDAH




Setelah berkali2 memberitahu rakan2 Fb Pak Cik sendiri, juga saudara-mara Pak Cik tolong ya Suscribe Channel saya, ikutkan jumlah rakan Facebook hampir 5000, sepatutnya 1000 Suscriber itu adalah mudah. Tetapi akhirnya jadi susah, kenapa? Apabila pakcik tanyakan kepada mereka, mereka bertanya pula, Suscribe tu apa? Dan ada pula yang cakap takut nak Suscribe nanti duit mereka kena potong. Itu dua alasan lucu yang pakcik peroleh.

I Suscribe you, you suscribe me, dlm mana2 group Fb dan telegram pula pakcik dah kurang berminat. Memang ramai yang jujur...tetapi ada juga segelintir yang tidak berintegriti. Akhirnya, pakcik buat keputusan lebih baik suscribe datang secara normal. Sambil2 tu promote dulu barang kita sendiri dalam Youtube sementara nak tunggu dapat 1K Suscriber..

Terpulang kepada anda. Ini hanya pendapat pakcik yang dah tua ni. Benar, yang penting contain@kandungan video kita. Untunglah yang ada bakat seperti Nur Mira Syahirah yang bermain drum tu. Suscriber beliau menjangkau 2 juta lebih. Jadi, kalian kena keluarkan bakat masing-masing agar jadi Youtuber yang berjaya. Semoga kalian jadi Youtuber yang berjaya semua. Jumpa anda di puncak kejayaan!

6 ulasan:

Wak Lat berkata...

ora opo la kang.,

selamat hariraya aidilfitri., haku njalok ngapuro seng akeh2 yo kang

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Biar berlaku secara natural.
Kalau dah rezeki tak lari ke mana.

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Wak Lat atas kunjungan
Lalu Pt Sulong hello2 saya ya

Mat Som Sadona berkata...

Puan Sam
Target aku pencen nanti aku dah dapat income Youtube ni
Doakan...Aaminn

Umialya berkata...

Saya sudah, anda?? 😊

Rajin Cikgu hasilkan video..

Mat Som Sadona berkata...

Umi Alya...mana channel mu..biar saya Suscribe