Jumaat, 29 November 2024
UPSR DAN PMR TETAP DIMANSUHKAN
Jumaat, 1 November 2024
WAHABI BENCI TAHLILAN
Copy & Paste Sebab Huraian ini menarik. Sumber telah tidak dapat dikesan.
Nak buat Tahlil silakan. Sekiranya tak buat tahlil tak mengapa. Yang membid'ahkan sesatkan tahlil ni kerja wahhabi.
Ulamak nusantara dahulu menjadikan kenduri arwah sebagai program untuk dakwah umat Islam berkumpul beramai-ramai, kenal jiran tetangga dan dalam majlis tersebut membaca sebahagian ayat al Quran seperti :
1. Surah al Fatihah
2. Surah Yaasin
3. Surah Al Ikhlas (baca 3 kali surah al Ikhlas ada fadhilat yang besar termasuk pengisian surah ini yang pada akhir ayatnya mensucikan Allah dari diserupakan dengan makhluk. Bahkan seorang sahabat Rasulullah suka membaca surah ini SETIAP KALI solat fardhu)
4. Surah Al Falaq, Surah an Naas
5. Surah al Baqarah (permulaan surah al Baqarah dan beberapa ayat akhir Surah al Baqarah)
Membaca zikruLlah secara berjemaah (sabit dalam hadith yang sahih zikir berjemaah beramai-ramai dan orang yang bermaksiat juga memperolehi manfaat bila duduk bersama majlis zikir) iaitu :
1. La ilaha illaLlah (dalam hadith sahih mafhumnya siapa yang membaca la ilaha illallah semasa akhir hidupnya pasti akan masuk syurga)
2. SubhanaLlah
3. Ya Allah.
4. AstaghfiruLlah
5. Berselawat (kelebihan selawat ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam amat banyak, bahkan Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi)
6. Berdoa beramai-ramai (sabit dalam hadith hasan mengenai perbuatan Rasulullah berdoa beramai-ramai) agar amalan yang dilakukan seperti di atas hadiahnya pahalanya diberikan kepada simati. (ijmak ulamak doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka dan sampai pahala bacaan alQuran merupakan qaul muktamad dalam mazhab asy syafie)
Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.
عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».
Ertinya:Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim)
Tazkirah Al-Qurtubi Imam Al-Qurtubi.
Memberi makan kepada jiran tetangga adalah sedekah. Dan ia merupakan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Kenduri arwah yang dikatakan larangan oleh ulamak nusantara adalah mitos dari wahhabi. Kerana ISU UTAMA yang MAKRUH kan adalah jamuan makan yang diberikan oleh ahli keluarga jenazah SEKIRANYA ahli keluarga TERPAKSA/DIBEBANKAN mengeluarkan wang bagi tujuan menyediakan makanan, hutang mayyit yang belum selesai, menggunakan harta anak yatim. Termasuklah MAKRUH bukan maksudnya HARAM. Bahkan hukum MAKRUH akan terangkat apabila perkara-perkara berkenaan tidak berlaku.
Di Malaysia, umat Islam bukan meratap di dalam majlis tahlil. Wahhabi selalu melakukan penipuan ini kononnya berlaku RATAPAN (merobek-robek pakaian, tidak menerima taqdir) di dalam majlis tahlil. Bahkan umat Islam juga menyumbangkan wang sumbangan kepada keluarga simati, tolong masakkan makanan, saudara terdekat dan jiran tetangga bersama-sama sediakan makanan untuk jiran yang datang.
Di zaman ini umat Islam semakin berpecah belah disebabkan parti, kedudukan, pangkat, nama. Apa yang menyatukan umat Islam ? Berapa ramai yang rajin untuk membaca ayat al Quran setiap hari ? Berapa banyak amalan sunnah yang dihidupkan dalam kehidupan kita seharian ?
Ajaran Wahhabi tidak memberikan solusi kepada persoalan ini. Sebab Wahhabi adalah agen pemecah belah umat Islam. Cukup dengan takfir, tasyreek dan tabdi' yang dilakukan oleh mereka terhadap majoriti ulamak dan umat Islam dalam tulisan dan kuliah mereka. Hingga yang hanya ada jaminan masuk syurga adalah Wahhabi sahaja. Majoriti ulamak dan umat Islam pergi ke mana ?
Selasa, 29 Oktober 2024
AMANAT TERAKHIR YAHYA SINWAR
*AMANAT TERAKHIR YAHYA SINWAR*
Wasiat terakhir Yahya Sinwar ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bersumberkan sumber bahasa Inggeris.
Aku adalah Yahya, seorang anak pelarian yang telah menukar pembuangan menjadi watan sementara, aku juga telah menukar mimpi menjadi pertarungan abadi. Di saat aku menulis kalam-kalam ini, daku terkenang semua saat-saat kehidupanku yang sudah pun berlalu: zaman kecilku ketika di lorong-lorong, hingga ke zaman aku dipenjarakan, aku teringat akan setiap darah yang ditumpahkan di tanah watanku ini.
Aku dilahirkan di kem pelarian Khan Yunis pada tahun 1962, pada ketika Palestin merupakan memori yang tercarik-carik dan menjadi peta yang dilupakan di atas meja para politikus. Aku adalah seseorang yang telah menjahit kehidupanku di antara api dan debu, dan sejak awal aku menyedari bahawa kehidupan di bawah penjajahan tidak lebih dari penjara yang berkekalan.
Aku sedari dari zaman muda bahawa kehidupan di tanah ini bukanlah kehidupan biasa, dan sesiapa yang lahir di dalamnya mesti membawa di dalam jiwanya senjata yang tidak mungkin ditewaskan, dan menyedari akan jalan menuju kebebasan adalah jalan yang jauh dan panjang.
Wasiatku buatmu bermula di sini, dari kanak-kanak yang membaling batu pertamanya kepada sang penjajah, kanak-kanak yang belajar bahawa batu adalah bahasa pertama yang disebutkan dalam menghadapi dunia yang terus membisu sedang dirinya terluka dan berdarah. Aku berlajar di lorong-lorong Gaza bahawa manusia itu bukan diukur dengan panjang umurnya, tetapi diukur dari apa yang diberikan kepada tanah watannya. Dan itulah kehidupanku: penjara dan perlawanan, kesakitan dan juga harapan.
Aku meringkuk di dalam penjara bermula pada tahun 1988, aku dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, tetapi aku tidak pernah mengenal erti ketakutan. Di dalam bilik penjara gelap tersebut, aku melihat tingkap pada setiap dinding, dari tingkap ini aku merenung samudera jauh, pada setiap jeriji besi aku melihat cahaya yang menyinari jalan menuju kebebasan. Dalam cengkaman penjara, aku belajar bahawa kesabaran bukanlah satu nilai kosong, tetapi adalah sebuah senjata…senjata yang sangat pahit, kepahitannya ibarat tegukan air laut, diminum setitik demi setitik.
Nasihatku padamu: Jangan pernah takutkan penjara! Kerana ianya hanyalah sebahagian dari jalan panjang menuju kebebasan. Penjara mengajarku bahawa kebebasan itu bukan sahaja merupakan satu hak yang dicuri, tetapi adalah sebuah idea yang lahir dari kesakitan, diasah dan ditajamkan dengan kesabaran. Apabila aku dibebaskan dalam Perjanjian “Wafa al-Ahrar” pada tahun 2011, aku tidak keluar sebagai insan yang sama. Aku telah menjadi manusia yang kuat, dan keimananku telah bertambah bahawa apa yang kita sedang lakukan bukanlah hanya sebuah perjuangan yang berlalu, tetapi ini adalah takdir kita, yang harus kita kendong hingga ke titis darah yang terakhir.
Nasihatku padamu adalah agar engkau tetap tegar berpaut pada senapangmu, kekal menjaga maruahmu tanpa kompromi, dan tekal dengan mimpi yang tidak pernah mati. Musuh mahu kita meninggalkan perlawanan, untuk menjadikan perjuangan itu sebagai rundingan berterusan tanpa penghujung… Tetapi akan aku katakan padamu! Jangan dirunding apa yang telah menjadi hak engkau! Mereka takut akan kesabaranmu melebihi ketakutan mereka kepada senapangmu. Perjuangan ini bukan hanya pada senjata yang kita bawa, tetapi ia adalah kecintaan kita pada Palestin dalam setiap udara yang kita hirup, ia adalah keinginan kita untuk kekal hidup, disebalik segala sekatan dan juga kezaliman yang dilemparkan.
Nasihatku padamu adalah agar engkau tetap terus setia kepada darah para syuhada’, mereka yang meninggalkan kita dan menunjuki jalan ini yang penuh dengan duri. Mereka telah menerangi jalan ini dengan darah mereka, jangan engkau bazirkan pengorbanan mereka dengan perkiraan miskin politikus dan permainan diplomasi mereka. Kita di sini bagi melengkapkan apa yang telah dimulakan oleh pejuang pertama, kita tidak mungkin akan meninggalkan jalan ini dengan harga apa pun. Gaza akan kekal menjadi ibu kota kesabaran, jiwa Palestin tidak akan pernah berhenti berdegup, walau tanah ini menjadi begitu sempit kepada kita.
Apabila aku mengambil alih tugas sebagai kepimpinan Hamas di Gaza pada tahun 2017, ia bukanlah sekadar pertukaran kuasa, tetapi adalah sambungan dan penerusan kepada perjuangan, perjuangan yang bermula dengan lontaran batu dan disambung dengan bedilan senapang. Setiap hari, aku merasai keperitan bangsaku yang dikepung, dan aku tahu bahawa setiap langkah yang ditapaki untuk mencapai kebebasan perlu dibayar harganya. Tetapi aku ingin memberitahumu satu perkara: harga menyerah kalah itu lebih tinggi! Oleh itu, tekallah dengan tanah airmu ibarat akar yang menggenggam tanah, tiada angin yang mampu mencabutmu jika kamu berkeinginan untuk terus hidup di tanah ini.
Dalam Pertarungan Taufan Al-Aqsa, aku bukanlah ketua kumpulan mahupun gerakan, akan tetapi aku adalah suara setiap bangsa Palestin yang bermimpikan kebebasan. Aku digerakkan dengan kepercayaanku bahawa perjuangan bukanlah satu pilihan, tetapi adalah tanggungjawab. Aku mahukan perlawanan ini menjadi helaian baharu dalam kitab perjuangan bangsa Palestin, di mana setiap pecahan akan bersatu dan setiap anak bangsa akan bersama di dalam parit peperangan untuk melawan musuh yang tidak pernah membezakan antara kanak-kanak dan orang tua, atau antara batu dan pohon hijau.
Pertarungan Taufan Al-Aqsa adalah pertarungan jiwa sebelum bermulanya pertarungan jasad, pertarungan kemahuan sebelum bermulanya pertarungan senjata. Aku tidak meninggalkan legasi peribadi, tetapi legasi kolektif, untuk setiap anak bangsa Palestin yang berani bermimpikan kebebasan, bagi setiap ibu yang mengendong anaknya yang telah syahid di bahu mereka, untuk setiap ayah yang meratap penuh kepedihan melihat anak perempuannya dibunuh oleh peluru-peluru yang khianat.
Wasiat akhirku ini adalah untuk engkau kekal mengingati bahawa perjuangan bukanlah suatu yang sia-sia, perjuangan bukan perihal peluru yang dibedil ke arah musuh, tetapi adalah tentang kehidupan yang dijalani dengan penuh maruah dan kemuliaan. Penjara dan kepungan telah mengajarku bahawa perjuangan adalah jalan panjang dan penuh kesusahan, tetapi aku juga belajar bahawa mereka yang pantang menyerah kalah akan mencipta keajaiban dengan tangan-tangan mereka sendiri.
Jangan engkau harapkan keadilan dari dunia, aku telah hidup dan melihat dunia berdiam diri ketika kita menghadapi kesakitan. Jangan harapkan keadilan, tetapi engkaulah yang perlu menjadi keadilan. Bawalah impian Palestin di dalam jiwamu, jadikan setiap luka sebagai senjata, dan setiap air mata sebagai sumber harapan permata.
YAHYA SINWAR 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Jumaat, 18 Oktober 2024
HAMAS MENGESAHKAN KEMATIAN YAHYA SINWAR
Secara rasmi, Hamas mengumumkan sebentar tadi kesyahidan Ketua Biro Politik Hamas Yahya Al Sinwar..
Naib Presiden Hamas Khalil Al-Hayya menjelaskan kesyahidan Panglima Sinwar dan para pemimpin serta simbol pergerakan hanya akan meningkatkan gerakan dan rintangan kita dalam kekuatan, kemantapan, dan keazaman untuk meneruskan perjuangan mereka.
Al-Sinwar berada di barisan hadapan, bergerak di antara kedudukan pertempuran.
Kehilangan Yahya Sinwar adalah menyakitkan dan sedih. Namun, ia tidak akan mematahkan semangat pergerakan Hamas untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan ini.
Tawanan Israel pada Hamas tidak akan kembali kepada anda melainkan mereka berundur sepenuhnya dari Gaza, menghentikan pencerobohan, dan membebaskan tawanan, dan kami meneruskan pendekatan Hamas.
Darah para syuhada akan terus menerangi jalan bagi kita dan menjadi motivasi dalam perjuangan.
Kami akan meneruskan dengan semangat dan semangat banjir Al-Aqsa, dan kami mematuhi janjimu, wahai Abu Ibrahim (Yahya SINWAR) ketabahan.
Jumaat, 11 Oktober 2024
ELAUN IPG RM430 SUDAH TIDAK RELEVAN
Nak sambung membebel fasal keperluan asas budak sekarang sangat mahal
Zaman kita dulu elaun maktab RM345 Pun hujung bulan selalu sakit. Lagi2 kalau elaun lambat..
Maklum aku ddk JB yg kos hidup sgt tinggi. Masa tu makan dah RM5 sepinggan kalau makan di warung..
Ddk asrama, tolak makan dgn asrama adalah baki tinggal RM130
Bila tinggal di luar, rasa kaya sikit. Boleh lagi kirim duit ke kampung RM50
Sekarang Tahun 2024, elaun bakal guru cuma RM430. Hanya beza RM105 berbanding 40 tahun lalu....Ini benar2 sudah tidak relevan...malah hujung2 zaman Najib dah ada ura2 nak jadikan hutang PTPTN je ...
Nasib baiklah dikekalkan elaun RM430 tu....emak bapak kenalah tampung separuh lagi
Aiya...mana cukup... Satu hari 2 kali makan sudah RM10 X 2 kali makan RM20 satu hari...tu belum campur ngopi dan Sarapan pagi..satu bulan 30 hari sudah RM600...Itu makan saja
Ini macam bakal guru pun Manyak kurus oooo
Budak2 U ada yg ikat perut dan jadi isu...makan Magie... Itu biasa ...
Hidup Ni keras...keluar2 pulak belum kerja PTPTN sudah warning itu ini...katanya ada jutaan hutang belum bayar...janji2 PMX nak ikut jejak Erdogan hanya retorik...pendidikan percuma entah ke mana...Yg dapat duit UTAR... SEBAB tak payah bayar cukai..bukan sikit2 RM87 JUTA...piirrrrraaaahhh Anwar Ibrahim!!!
Isnin, 23 September 2024
SEBUAH KISAH PURBAKALA
Masa dia di SMK Ypeng
Datang sbgai penguji ujian lisan BM
Sorang lagi member dia tu nampak serius dan protokol
Maka pada hari ujian lisan BM di sekolah kita
Dia dtg kuaters aku dgn Amran
Mandi manda
Golek2 biasa lah
Yg aku nak cerita ni
Dari rumah dia ckp dgn aku
Masehood tadi beritahu aku, budak yg nama Fong ( bini dia tu la)
Passing kat aku
Aku luluskan
Jangan bagi kawan aku tu
Dia street
Dia ckp macam tu sebab aku yg jaga loceng dan org yg uruskan calon nak masuk bilik ujian
Tiba masa, Fong pun tersenyum2
Aku kata kat dia
Awak jumpa Cikgu yg pakai serban tu...jgn sebelah tu ok
Ok Cikgu
Setelah sesi ujian tamat petang tu...Markom terus jumpa aku
"Pandai dan petah makwe Masehood"
"Dah hari2, Masehood bagi tusyen percuma"
Kami pun ketawa terbahak2...dan Markom masuk ke keretanya dgn kawannya yg protokol itu balik ke Yong Peng
Begitulah sedikit kisah yg termuat dlm Memoir seorang Aku- Mat Som Herbs
😜😜😜
Kisah benar adanya tiada tokok tambah
Ahad, 15 September 2024
ATURCARA DI TAWAU
28.8.2024* Rabu
-Senai Airport Iwan
-9.00 Gerak dari rumah
-3.00 Terbang
*1.9.2024* Ahad
-8.00 am Hantar Arina ke UNITI
*4.9.2024* Rabu
-11.00 Gopark
-2.00 Tiba di Klia2
-6.00 Terbang ke Tawau
-8.30 Tiba di Tawau
-9.00 Van ke Semporna
-11.00 Tiba di Hotel
*5.9.2024* Khamis
-8.00 am Jeti
-ke Pulau Kapalai
-healing2 & video
-4.00 pm Balik Semporna
-FREE ACTIVITY
*6.9.2024* Jumaat
-Drive ke Tawau
-Jln sekali satu kereta
-Menuju Homestay
- *IRFAN SAMPAI 3.00 PM*
-Dua kereta digunakan
-Iwan & Ratna latihan reasel praktikal konvokesyen
-Yg lain Free Activity
-Ambik kek
*7.9.2024* Sabtu
-Konvokesyen yg terlibat ayah, mama, Iwan
-Irfan, Arina, Aliff bersiar2 di Tawau
-Malam Rehat
*8.9.2024* Ahad
-2.00 pm Majlis Pertunangan
-Jarak Homestay ke lokasi Majlis Pertunangan 13 km
-Mlm Aktiviti Bebas
*9.9.2024* Isnin
-7.30 ke Airport Tawau
-9.30 pagi Terbang balik Klia2
-4.00 pm Irfan balik solo
Alhamdulillah Semua berjalan lancar seperti yang telah dirancang
Khamis, 12 September 2024
SERAM!!! PESAWAT MAS DAH BANYAK KALI BERPATAH BALIK
Kes Pesawat MAS Berpatah Balik:
1) 4/8/24 - MH156 - KL - JEDDAH .
2)19/8/24 - MH128 - MELBOURNE - KL
3) 20/8/24 - MH386 - KL - SHANGHAI.
4) 2 Sept -MH 66D ke Incheon Korea Selatan juga berpatah balik disebabkan masalah sistem hidraulik
5) 11 Sept 2024 Pesawat MAS MH853 Ke Bali pulak
Semuanya masih dlm siasatan.
Rabu, 21 Ogos 2024
BIODATA USTAZ NIK BAKRI BIN NIK MAT
Siapakah Nama Ustaz ini Sedara2?
Beliau ialah Ustaz Nik Bakri Bin Nik Mat
MUDIR AKADEMI TAHFIZ & PENGAJIAN TURATH
Nama: Ustaz Nik Bakri bin Nik Mat
Asal: Kota Bharu,kelantan
Lahir: tahun 1976
Pendidikan:
Memulakan pengajian pada usia 10 tahun di pondok2 di kelantan termasuk Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Kemudian melanjutkan pengajian di Maahad Muhammadi Pengkalan Chepa, Kota Bahru. Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang bahasa arab.
Seterusnya mengikut pengajian Islam di Darul Musthofa, Hadramaut Yaman. Aktif menyampaikan dakwah khususnya di negeri Selangor, mengadakan kelas-kelas pengajian Al Quran selain menjai pengarah urusan Darul Bakri Resources serta mudir Madrasah Dakwah & Tarbiah Hasaniah di sek 15 Shah Alam.
Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang cahaya mata.
Antara guru-guru beliau:
1.Maulana Murrobina Syeikh al Habib Yusuf Muhyiddin Req Muhyiddin Req al Bakhour al Hasani.
2.Maulana Syeikh al Habib Omar bin Salim Al Husaini.
3.Maulana Muhaddith Syeikh Muhammad Awadh al Manqush
4.Maulana Syeikh Rohimuddin Nawawi al Bantanu
5.Almarhum Tuan Guru Haji Hashim
6.Almarhum Tuan Guru Haji Daud Mahligai
7.dan ramai lagi.
UPDATE:
*BIODATA*
Nik Bakri Nik Mat
Sek 30 Shah Alam
Pengasas & Mudir Maahad Dakwah & Tarbiah Darul Hasani Shah Alam
Pengajian:
Al-Azhar Universiti Kaherah
Bidang Bahasa Arab
1996/97 - 2002
Darul Mustafa Tarem Hardramaut Yamen
Daurah Pengajian Islam
2005 - 2008
Universiti Sultan Syarif Kasim Riau
BA
Perbandingan Mazhab & Hukum
Universiti Sultan Syarif Kasim Pasca sarjana Riau
Master Hukum
(Hukum Keluarga Islam)
Universiti Sultan Syarif Kasim Pasca sarjana Riau
Sedang mengikuti : Pengajian Peringkat Ph.D Hukum Islam
(Hukum Keluarga Islam)
Pendakwah Bertauliah Jais
Ahad, 11 Ogos 2024
BERITA TERKINI DARI PALESTINE
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Bekas ketua Bahagian tahanan dan Orang Hilang Mossad, Rami Igra: Kami fikir Sinwar sudah berakhir, dan kini ternyata dia mentertawakan kita semua, dia semakin kuat dan tidak lemah, bertentangan dengan semua anggaran.
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Media Israel:
Maklumat perisikan tentang niat pejuang untuk menyeberangi sempadan dari Lubnan menuju ke penempatan di utara..
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
TERKINI
Pengawal Revolusi Iran:
Entiti Zionis akan menerima balasan terhadap pembunuhan Haniyeh tidak lama lagi.
_Sabar Sedagha2, nak serang satu kuasa yg dinaungi kuasa2 besar dunia tidaklah mudah, perlu plan yg paling rapi, jika tidak membazir peluru berpandu saja_
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Media Zionis
Saluran 14:
"Israel" akan bertindak balas secara paksa kali ini kepada wilayah Iran jika ia diserang.
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Speaker Parlimen Iran:
Menurut arahan Pemimpin Tertinggi, kami menganggap membalas dendam terhadap Haniyeh, yang mati syahid di tanah kami, sebagai tugas agama dan negara.
Pembunuhan beramai-ramai Sekolah Al-Tabaeen di Gaza sekali lagi membuktikan bahawa Zionis hanya memahami bahasa kekerasan.
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Persatuan Ulama Palestin:
Jangan anda menyangka wahai anak-anak Islam dan penyokong kebenaran, bahawa kerajaan yang telah bernormalisasi dengan musuh Zionis akan bergerak kepada dan terhadap Zionis, atau akan menutup kedutaan Zionis dan Amerika, kerana mereka tidak akan melakukan demikian kecuali dengan taufan manusia yang menderu.
Sumber: Watan Media
🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑🛑
Saksi pembunuhan beramai-ramai serangan solat Subuh Zion15 terhadap Sekolah Al-Tabi’in di Gaz4 mempersoalkan tindakan negara Arab yang hanya membisu dan menonton drama jenayah I5r43l di Gaz4.
Kanak-kanak G4za sememangnya terkenal dengan keteguhan iman mereka dan petah serta berani berkata-kata.
Katanya, “kami sudah letih, bukan sahaja saya tetapi ramai kanak-kanak di Gaz4”.
“Kamu, negara Arab, saya tidak tahu nak cakap apa dengan kamu, kamu hanya berdiam diri, ramai kanak-kanak maut di bawah runtuhan, kepala, kaki, anggota badan mereka hilang putus.”
“Apa darah yang mengalir di tubuhmu, dari tanah mana kamu diperbuat?’’
“Aku tidak akan maafkan kamu bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat, dan aku mohon pada Tuhan tidak memaafkan kamu juga.”
Sumber : Quds News Network
#BoikotSampaiPalestineMerdeka
Isnin, 3 Jun 2024
BUNTU YANG TERAMAT APABILA ANAK HILANG
Hafiz Fauzan Abd Halid masih belum ditemui. Ya Allah. Kembalikanlah dia kepada ibu bapanya...Kasihanilah mereka.
Org yg hilang anak ini...buntunya tak boleh digambarkan....
Tahun 1976 dulu, abang aku pernah hilang, abang aku yg bisu tu...
Orang kampung bawa dia bekerja di Ladang Mados tu, dlm 10 orang termasuk dia...kerjanya tanam kacang tutup bumi....
Baru seminggu kerja dia boring. Tak suka kerja tu.
Pagi kejadian, orang pergi kerja. Dia kemas beg lari naik bas Paloh Yong Peng.
Masalahnya dia bisu. Dari Yong Peng dia naik bas pergi Air Hitam. Dari Air Hitam naik bas pergi JB.
Sampai Kulai dia turun. Termangu-manggu.
Arwah bapak aku diberitahu abang aku hilang. Sepanjang malam tu bapak aku yang selalunya macam pendekar tu menangis tak berhenti....
Aku yang masa tu darjah empat, ikut sama-sama tak boleh tidur. Tapi emak aku cool dan tenang je....
Esok pagi bapak aku kumpulkan orang kampung. Dlm 20 orang. Masing-masing suruh cari di semua bus station.
Dipendekkan cerita, seorang kenalan dari kampung Pt Jayus pergi ke JB sebab nak kerja ke Singapore. Dia dengar2 juga abang aku hilang.
Dia pun tak niat nak tolong sebab Time nak ke Singapore dah tiba seperti yang dirancang.
Dari Air Hitam dia tidur dalam bas sambung-sambung...Entah macam mana sampai Kulai dia terbangun. Bas pun kan berhenti-henti.
Tiba-tiba di bus stop Kulai tu dia terpandang Abang aku tengah termenung. Masa tu bas dah mula bergerak. Sahabat ini tanpa membuang masa tekan loceng dan menerpa kepada abang aku.
Dia pun bawa balik abang aku. Disambut dengan kegembiraan keluarga aku dan orang orang kampung.
Salimin (arwah dah skrg) tiba2 jadi hero. Bapak aku sangat2 berterima kasih dan memberi saguhati yang termampu. Masa tu pun kami bukan senang sangat....
Sebab tu setiap kali ada budak hilang, lebih-lebih lagi anak kawan2 kita. Aku sangat2 merasai bagaimana peritnya ibu bapa yg kehilangan anak...
Kini abang aku pun dah berumur 64 tahun. Dah ada anak 3 orang. Kerja2 kampung...macam2 dibuat.
Sebenarnya Allah masih permudahkan urusan keluarga aku ketika itu. Kalau hilang terus , tak boleh bayangkan.
Sekian lah...ceritanya adanya....
Terima kasih yg sudi baca kisah benar ni gaisss
Cerita aku tadi menarik minat sahabatku Ustaz Halim Suparman. Aku kata kat dia...
Ustaz Halim,
Sahabat2 kita pun BYK cerita. Saja je tak nak cerita.
Bulan lepas, anak perempuan aku yg belajar kat PD tu balik senyap2 naik bas, aku punyalah marah.... Biar ayah hantar ambik...naik bas dari Telok Kemang ke PD , 1 bas. Dari PD pergi Seremban 1 bas. Seremban ke BP...semua 3 bas. BYK risiko itu.
Dua hari kemudian nak balik sana, dia kata dah beli tiket.
Okey Ayah BG peluang sekali je. Try tengok, sambil membebel jgn lupa baca Tiga Qul.
Aku hantar pkl 9.00 pagi...sampai kolej dia pkl 8.30 MLM.
Maka aku pun berceramah pjg....dia pun Alhamdulillah
Dah serik..kalau aku hantar
Pergi pkl 10.00..pkl 12.00 dah sampai.
Selagi bapak ngko boleh memandu...akan ku hantar ambik...dah kawin besok , tjawab suami ngko pulak jaga
Baca berita, budak2 hilang dlm perjalanan pergi balik kampung merisaukan.
Tahu tak kat terminal bas tu dipenuhi warga asing...
Negara kita ni dah BYK penyangak sedaghaaa sedaghaaa ... Tp kalau sahabat2 dah TAK mampu atau takut memandu di lebuh raya, anak2 kena la berdikari. Tp ini bukan mcm zaman kita dah....
Ahad, 2 Jun 2024
ADA APA DI BATU PAHAT?
Selasa, 28 Mei 2024
HAFIZ FAUZAN ABD HALID HILANG
SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN!!
Mencari orang hilang:
Nama : Hafiz Fauzan bin Abd Halid
Umur: 17 tahun
Terakhir dilihat berpakaian jaket hitam menaiki motorsikal Honda Future hitam bernombor plate: JQL 1421 pada hari *Sabtu , 25 Mei 2024* jam 10 malam daripada Tongkang Pechah ke arah Parit Raja.
Sila hubungi waris jika ada maklumat:
En Halid 019-3219330
Rabu, 22 Mei 2024
SAMBAL GOREK BILIS BATU PAHAT
Diperkenalkan produk baru kami - 'SAMBAL GOREK BILIS'.
Sambal Pedas yang terbuat dari bahan utama cili api dan ikan bilis, sangat sempurna untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi putih, masak lemak atau ubi kayu rebus. Dengan rasa yang sangat menyelerakan, pastinya akan memuaskan selera anda.
Dengan menggunakan bahan-bahan berkualitas tinggi serta diolah secara tradisional dengan keahlian khas dari tangan-tangan ahli kami. Produk ini adalah pilihan tepat bagi anda para pecinta makanan pedas.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba 'SAMBAL GOREK BILIS' dan rasai sendiri kelezatannya!
BELI DI SINI, KLIK
Isnin, 20 Mei 2024
UCAPAN KEPADA SAUDARA DAN SAHABAT YANG AKAN PERGI MENUNAIKAN HAJI
Contoh Ucapan Saya kepada sahabat yang akan menunaikan haji tahun ini.
Waalaikumussalam
Alhamdulillah puji2 bagi Allah...
*TAHNIAH* akhirnya yang selalu didoakan dimakbulkan Allah ...
Terpilih sebagai Duyufurrahman
Semoga Tn @Zairudin dan isteri Memperoleh haji yg mabrur...
Dipermudahkan segala urusan ibadah hajinya...
Dilindungi Allah semuanya termasuk anak2 cucu yang di Malaysia....
Selamat pergi ..dan selamat kembali semula nanti ke tanah air....Aamin ya Robbal Alamin...
Jumaat, 9 Februari 2024
16 ENAKMEN NEGERI KELANTAN DIBATALKAN
Nik Elin Zurina Keluar dari Mahkamah dengan begitu bangga sekali. Di dunia anda menang, di akhirat terimalah padahnya.
Keputusan 8-1 tersebut ialah - Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli Secara solo memihak kepada Kerajaan Kelantan.
8 HAKIM YANG MEMBATALKAN 16 ENAKMEN NEGERI KELANTAN TERSEBUT IALAH
1. Tun Tengku Maimun- Ketua Hakim Negara
2. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim
3. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah
4. Datuk Nordin Hasan
5. Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini
6. Datuk Mary Lim Thiam Suan,
7. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal
8. Datuk Abu Bakar Jais.
Selasa, 23 Januari 2024
Selasa, 16 Januari 2024
MASJID PARIS SIMIS DIBAKAR ANGKARA KHIANAT
Rabu, 3 Januari 2024
WARUNG GORENG PISANG RANGGUP AGAK KURANG
Aku suka kalau lepas Asar tu lepak warung goreng pisang yg sedap sambalnya...
Parit Sulong ni MCM tak ada...
Di Bandar ada, Jln Omar, boleh Waze@GgMap ...namanya WARUNG TANDAN EMAS
Ini khas jual pisang goreng ranggup
Di Pagoh ada , Warung Hj Othman (tp bukan khusus pisang goreng, campur2)
Di Rengit ada, hari tu GB bersara Tuan JAIS AHMAD ajak makan satu warung goreng pisang ranggup...Nama warungnya Abang Halim Goreng Pisang..
Sri Sulong ada tak, warung spesis tu?
Teringat dulu lepas kuliah di maktab JB aku MKN di Warung Goreng Pisang di depan Tasik kat RTM JB tu..Atau Sesekali MKN donate dgn Milo di bangunan Komtar tahun 80an...dulu duit elaun RM345 tu MCM org kaya siap hantar duit KPD bapak kat kampung.
Lepak2 warung ni dapat hilangkan stress...tp tak bolehlah hari2...Nanti jadi tabiat kita dicop org pulak🤣
Isnin, 1 Januari 2024
UCAPAN ADMIN GROUP WHATSAP SEMPENA TAHUN BARU 2024
PENUTUP TIRAI 2023
Kami di pihak Admin GROUP PALOH ERA 90AN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersama kami sepanjang tahun 2023.
Maafkan kami saudaraku, yang terguris dgn persembahan berita dan pendapat , gurauan terlampau, tercuit dsb.
Semoga tahun baharu yang menjelang, kita semua turut sama2 berkongsi info dan perkembangan terkini masing2 atau apa2 saja yg memberi manfaat buat semua.
Jutaan terima kasih kpd sahabat2 yang rajin berkongsi bahan media, terima kasih byk2 juga kepada yg sudi membaca dengan senyap.
Akhir kata, kami di pihak Admin ingin memohon maaf atas segala kekilafan dan kekurangan sepanjang menyampaikan maklumat.
Semoga kita terus sihat dan ditingkatkan iman, dipanjangkan umur dan mari sama2 kirimkan Al Fatihah kepada sahabat2 yang telah pergi menemui penciptaNya..