Khamis, 24 Julai 2025

PENGUMUMAN PMX JADI BAHAN PERSENDAAN RAKYAT

Aku mengikuti pengumuman PMX semalam. 10.30 pagi aku dah tunggu. Ternyata PMX Perdana Menteri yang tidak menepati masa.

Semasa aku mendengar ucapan beliau yang bermula jam 10:45 pagi itu, tertanya-tanya aku apa yang hadiah besar buat rakyat seperti yang digembar-gemburkan selama beberapa hari ini? 

Selepas hanya beberapa minit berucap yang seakan tergagap-gagap itu, tiba-tiba ucapan itu berakhir. Aku ingat takkanlah tiga perkara itu sahaja? 

Beberapa minit kemudian aku menelusuri semua media sosial. Ternyata pengumuman itu jadi bahan ketawa rakyat.

Rakyat ketawakan bukan apa, dia punya crite pengumuman tu mcm ada benda yang sangat special nak bagi....kalau setakat tu pengumuman baik upadate kat Instagram ke...🤣🤣

Apakah  mental dia pun dah tak berapa betul....? Aku tertanya-tanya sendirian. Sebelum ini tidak pernah ada PM yang seperti ini ada di bumi Malaysia.

Ibarat Suami janji dgn isteri 

"Birthday sayang minggu depan ni, I nak bagi satu kejutan paling besar dalam sejarah"

Rupa-rupanya tiba harinya cuma belikan Beg Tangan PVC..  

Sekali lagi korang semua kena kencing lagi basah kuyup. Hahaha! Yang kesiannya influencer2 PH terpaksa bekerja keras untuk meneutralkan kemarahan rakyat. 

Ahad, 20 Julai 2025

PELAJAR UNIVERSITI MAKAN BISKUT UNTUK MENGALAS PERUT?

Tadi aku menonton satu video, adalah satu Universiti di Melaka, terdapat pelajar yang makan biskut tiga keping untuk mengalas perut yang lapar. Video dikongsi oleh seorang yang aku rasa, seorang yang kaya kerana dia bercerita telah menyumbangkan puluhan ribu untuk pelajar-pelajar yang susah.


Ini berlaku kerana ada ibu bapa yang tak mampu nak sediakan duit makan untuk anak mereka yang sedang belajar di universiti itu.

Untuk pengetahuan anda, paling minimum pun seorang pelajar mesti ada duit kocek RM600 sebulan..

Itu setelah aku hantar anak aku, anak Kpd sdra aku, juga aku ikut hantar anak Isa di UiTM Kota Kinabalu 

Pertama sekali aku survey kafeteria dia, kantin dia, aku test makan:

Sepinggan nasi putih + 1 lauk + 1 sayur + sirap = biasa harga sekitar RM7 - 10 tgok tempat lah

Kalau JB memang mahal 

Okey Aku darab dua 
2 kali makan contoh ambik tengah2 RM8 X 2 kali = RM16 untuk makan je. Tu campur sarapan ..minum petang RM4 = RM20 satu hari

RM20 X 30 hari = RM600

Jadi nak bagi anak selesa kat Universiti bagilah RM800-1000

Dia tak akan ikat perut. RM600 hanya makan. Belum Top Up, bahan2 assignment, Pad Wanita, kadang2 ada rombongan keluar, kokurikulum dan pelbagai lagi.

Waktu aku mendaftarkan anak di Tawau 4 tahun lepas, aku tanya sorang akak ni..dari Sandakan...

"Agak2 Puan sebulan nak bagi berapa kat anak ni nanti?" Soalan seorang Youtuber picisan kononnya..

Dia kata

"RM100 Sudah cukuplah"

Aku pun terkedu...
Biar betul... 

Itu antara yg mungkin anak makan biskut cecah air panas tu.

Kawan saya kata PTPTN kan ada?

Saya dapati kategori Pinjaman Jumlah Sara Hidup (PTPTN) pun cukup tak cukup je untuk menampung bayaran makan.

1. Pinjaman Penuh RM1,200 – RM2,000 / semester

= Katakan satu semester dapat RM1500 ÷ 6 bulan= sebulan baru RM250 = makan biskut jugak akhirnya?

2. Pinjaman Separa RM600 – RM1,000 / semester
Kalau dapat yg separa ni lagi sedihlah🤣🤣

SKIM PENCEN DILINDUNGI PERLEMBAGAAN?

Adakah benar skim pencen penjawat awam ada dinyatakan dalam perlembagaan Malaysia?

Ya, skim pencen untuk penjawat awam memang ada asas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi ia tidak dinyatakan secara terperinci dalam bentuk "skim pencen" seperti yang difahami umum hari ini.

Penjelasan:

1. Perkara 147 – Perlindungan Hak Pencen: Perlembagaan Malaysia, di bawah Perkara 147, memperuntukkan bahawa:

> “Hak seseorang dalam perkhidmatan awam untuk mendapat pencen, ganjaran atau faedah lain berhubung dengan perkhidmatan itu, termasuklah sebarang hak yang telah diperoleh, tidak boleh dihapuskan atau dikurangkan kecuali mengikut undang-undang.”


Ini bermaksud:

Hak pencen adalah dilindungi oleh Perlembagaan, dan tidak boleh dihapuskan secara sewenang-wenangnya.

Sebarang pindaan atau pemansuhan hanya boleh dilakukan melalui undang-undang Parlimen.


2. Akta Pencen 1980 (Akta 227): Perincian sebenar mengenai skim pencen, kelayakan, kadar bayaran dan syarat lain tidak dinyatakan dalam Perlembagaan, tetapi digubal secara berasingan melalui:

Akta Pencen 1980 (Akta 227)

Dan beberapa peraturan bawahnya seperti Perintah Am Bab F dan Peraturan-Peraturan Pencen.


Kesimpulan:

Ya, Perlembagaan Malaysia mengiktiraf dan melindungi hak pencen penjawat awam melalui Perkara 147.

Tetapi mekanisme dan butiran skim pencen ditentukan oleh undang-undang biasa seperti Akta Pencen 1980, bukan secara terus dalam Perlembagaan.

Tetapi bagaimana kerajaan Madani boleh menghapuskan pencen?

Soalan anda sangat baik dan wajar kerana ia menyentuh isu besar yang melibatkan hak penjawat awam dan tanggungjawab kerajaan.

Bagaimana Kerajaan Madani (atau mana-mana kerajaan) boleh menghapuskan pencen?

1. Hak pencen memang dilindungi Perlembagaan (Perkara 147)

Tetapi perlindungan ini hanya terpakai kepada mereka yang telah pun berkhidmat dan layak menerima pencen.

Hak itu tidak automatik kepada orang yang belum memasuki perkhidmatan awam.


👉 Maka, kerajaan tidak boleh sesuka hati tarik pencen penjawat awam yang sedang berkhidmat atau telah bersara, kerana hak mereka sudah "diperolehi" dan dilindungi Perkara 147.

2. Kerajaan boleh hapuskan pencen untuk penjawat awam baru

Kerajaan boleh menggubal undang-undang baru untuk menyatakan bahawa:

> “Mulai tarikh sekian-sekian, penjawat awam baru akan menyertai sistem caruman (contohnya KWSP) dan tidak lagi menerima pencen.”


Ini sah dari segi undang-undang, selagi ia tidak menjejaskan hak mereka yang telah ada dalam sistem pencen.


🔹 Contoh: Jika seseorang dilantik selepas 2025, dan skim pencen dimansuhkan mulai 2025, maka dia akan berada di bawah sistem baru, bukan sistem pencen.

3. Akta Pencen 1980 perlu dipinda atau diganti

Untuk mansuhkan skim pencen, kerajaan mesti meminda atau menggugurkan Akta Pencen 1980 (Akta 227) melalui Parlimen.

Ini memerlukan kelulusan majoriti ahli Parlimen, bukan keputusan kabinet semata-mata.

4. Kenapa kerajaan mahu hapuskan pencen?

Antara sebab-sebab lazim yang disebut:

Beban kewangan negara terlalu tinggi (pencen mencecah RM30 bilion setahun).

Kurangnya caruman – tidak mampan untuk jangka panjang.

Mahu selaras dengan sektor swasta (guna KWSP).

Kesimpulan:

✅ Kerajaan tidak boleh tarik pencen penjawat awam lama.
✅ Kerajaan boleh tukar sistem untuk penjawat awam baharu, secara sah.
✅ Ia mesti dibuat melalui penggubalan undang-undang baru atau pindaan ke atas Akta Pencen.