Jumaat, 24 Julai 2009

SITUASI H1N1 DI BATU PAHAT

Semua kakitangan TM POINT Batu Pahat telah memakai mask.
Ini menggambarkan H1N1 di Batu Pahat mula membimbangkan.



Hari ini aku ke pejabat TM di Jalan Rahmat Batu Pahat untuk menyelesaikan dua perkara berkaitan internet dan pakej talian telefon. Masuk sahaja ke dalam pejabat TM ini, aku agak terkejut dengan suasana di sana. Semua kakitangan yang berhubung dengan orang ramai memakai penutup mulut. Tertanya-tanya dalam benakku. "Adakah situasi sekarang telah cukup menggerunkan?" Namun orang awam belum kelihatan memakainya seperti keadaan jerebu pada tahun 1997 dahulu. Aku bertanya seorang kakitangan itu. Beliau menjawab "Ini arahan pihak atasan".

Aku juga ke Syarikat Air Johor. Nampaknya keadaan di sini normal. Selepas itu aku ke Tenaga Nasional Batu Pahat. Kakitangannya belum memakai penutup mulut. Banyak tempat aku pergi ni bukan hendak menyiasat, tetapi hendak menyelesaikan beberapa bil yang berkaitan. Akhirnya aku ke BP Mall. Keadaan di sini agak lenggang.
RAMAI NAMPAKNYA INGIN TAHU PERKEMBANGAN H1N1 DI BATU PAHAT, Sila layari
Berdasarkan paparan itu, sebuah sekolah menengah di Sri Gading, seramai 100 pelajar telah diperiksa dan 8 pelajar disyaki terkena jangkitan H1N1. Jika kalian ingin mengetahui perkembangan H1N1 terkini di negara kita layari
Di sini kita dapat mengetahui perkembangan terbaru dan bukan khabar-khabar angin yang menggusarkan masyarakat.

Malam ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Seorang sahabat MLM. Berita siasatan Bank Negara terhadap satu syarikat yang tersohor kebelakangan ini. Alangkah kesiannya sahabat-sahabat yang terlibat dengan bisnes tersebut.

INILAH BERITA PANAS TERSEBUT. dipetik daripada http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1880

Tengoklah hasil siasatan Bank Negara itu ya sahabat-sahabatku itu, moga-moga berita gembira menanti kalian. Harap-harap syarikat itu tidak menerima nasib yang sama seperti syarikat-syarikat lain yang disiasat sebelum ini.

Rabu, 22 Julai 2009

KEMERIAHAN PASAR TANI PT SULONG

Pasar Tani Pt Sulong
yang diadakan hari Rabu malam Khamis ini telah dibuka
3 minggu yang lalu.
Lokasi dataran tepi sungai.

Mummy Gee mesti tidak sabar untuk membeli jagung rebus
di Pasar Tani Pt Sulong ini.

Kak Ros membantu Faris
memasarkan produk-produk herba
termasuk produk Bio-Asli
Empat bulan lepas sewaktu aku mengunjungi Salun Rambut Kak Ros, tidak semena-mena aku berkenalan dengan pemuda yang kacak ini. Faris memperkenalkan diri sebagai peniaga ubat-ubatan herba tradisional seperti produk Dr Azimuth, ECPI, Produk Tok Guru dan sebagainya. Beliau mempunyai kedai di Pt Raja.
Aku menyerahkan flyer Produk Bio-asli kepada Faris. Sebulan kemudian beliau menghubungiku bertanyakan Produk Oil 31. Saudara Faris masuk ahli Bio-asli dan membeli 5 unit Oil 31. Tidak lama kemudian Faris menelefon memberitahu Oil 31 mendapat sambutan di Pt Raja. Minggu ini Faris telah membeli sendiri Oil 31 daripada syarikat sebanyak 13 unit.
Kini Faris turut serta menyewa tapak di Pasar Tani Pt Sulong. Kepada yang malu untuk membeli produk Bio asli dengan aku, bolehlah menemui Faris di Pasar Tani tersebut pada petang Rabu. Juga kepada kawan-kawan dan orang ramai di Pt Raja jika berminat dengan Oil 31, Kopi Kelapa Dara dan Losyen Brutal telefonlah

EN MAT: 010-3443 880 

Selasa, 21 Julai 2009

Kunjungan Cikgu Rahmat Salamon

Saadiah sedang berbual dengan Hamidah

Izuddin dan Alif

PELUKIS HANDALAN SRI MEDAN
Cikgu Rahmat Salamon
Lulusan Seni USM

Merc kesayangan Cikgu Rahmat Salamon

Izziana dan Izzudin

Izzati yang paling kecil
(bongsu ke ni?)

Anak Cikgu Rahmat ,Alif ni senang berkawan. Baru jumpa 5 minit
dah boleh borak-borak dengan Iwan dan Irfan

Ahad, 19 Julai 2009

ANAK MENANTU CONTOH

Malam tadi aku dihubungi MJ...eh? Bukan Michael Jackson ya! Tetapi sahabatku Masrom Jais teman sepermainan masa kecil yang kini telah menetap di Kota Tinggi sejak 19 tahun yang lalu.
MJ beria-ia menyuruh aku datang berjumpanya di Pasar Pt Tengah, tetapi oleh sebab aku sudah kurang memandu malam, maka aku berjanji untuk bertemunya esok pagi(pagi ini).
Terbangun tidur saja, aku teringat janji itu, maka jam 8.30 aku memandu keretaku ke Pt Baru berhampiran Pt Belukar Cina di Jalan Jln Pt Yusof Muar ini.
Tertanya-tanya juga aku, kenapa aku diajak ke rumah mentuanya. Selalunya kami bertemu di warung Pt Tengah yang sentiasa meriah dengan pengunjung itu.
Setelah tiba di sana maka inilah yang aku lihat.
Menantu contoh ini sedang berada di atas pokok rambutan yang tinggi itu. MJ ni memang tak pandai duduk diam. Jarang aku nampak dia tidur-tidur kat rumah mentuanya tu! Tak macam aku dengan kawan aku yang seorang tu, duduk rumah mentua binggung. Asyik-asyik pergi mengeteh dari pagi sampai petang!
SEDAPNYA RAMBUTAN NI! NYAM NYAM

Abang ipar MJ Cikgu Zainuddin Nasirun


Aku malu pulak dapat rambutan free ni MJ


Inilah anak menantu mithali

Sabtu, 18 Julai 2009

HARI UNTUK BEREHAT

Hari ini aku berehat sahaja di rumahku yang kecil ini. Pada masa ini lebih elok jika kita tidak berada di kawasan orang ramai, kerana H1N1 semakin menular. Khabarnya di hospital Batu Pahat pun sudah ada beberapa pesakit yang sedang dirawat. Tempoh hari, aku mendengar berita penyebaran penyakit berbahaya ini di Mexico. Rasanya seperti jauh sangat untuk sampai ke tempat kita. Sekarang hanya beberapa minggu sahaja, penyakit itu sudah berada di persekitaran kita. Begitulah pantasnya penyebaran penyakit ini.

Semasa Chikungya, aku sekeluarga telah terselamat daripada malapetaka itu. Kini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar penyakit ini akan segera sirna dari bumi ini. Ia begitu menggerunkan. Adakah ia penyakit yang akan membunuh jutaan penduduk dunia?

Kadang-kadang tertanya-tanya adakah virus ini ciptaan manusia untuk menjalankan bisnes vaksin mereka? Setiap tahun kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit baru. H1N1 bukanlah yang terakhir, tetapi akan menyusul pelbagai lagi. Sama-samalah kita menunggu.