Selasa, 18 Oktober 2011

NO HAND PHONE KITAR SEMULA?

Sejak Bio Asli menyenaraikan aku antara 50 stokis paling aktif, dan menyiarkan nombor hp aku dalam iklan Kosmo hari Ahad dan web mereka, ALHAMDULILLAH rezeki sentiasa berterusan. Terima kasih sangat dengan CEO yang menganggap aku sebagai sebahagian daripada komuniti mereka.


Kini jadual aku agaklah sibuk. Petang tadi aku melayan pelanggan aku yang terbaca iklan itu. Prospek paling dekat, 10 minit je dari rumah aku. Setelah aku tunjukkan produk-produk minyak  kelapa dara, Encik A mengambil 2 botol Kapsul Kelapa Dara.


Encik A bercerita tentang ibunya. Dulu, ibunya terlantar dua tahun tak boleh bangun. Lemah semangat sejak ayahnya eksident dan meninggal dunia. Satu hari, kawannya datang dari Rengit membawakan sebotol air Safron keluaran Tok Guru. Dengan izin Allah ibunya pulih dan sihat sehingga sekarang. Masalahnya sekarang dia terputus hubungan dengan pembekal safron tersebut.


Lalu teringat sahabatku Faris, stokis Tok Guru kawasan Pt  Raja. Aku pun call...


Tiba-tiba, seorang lelaki memarahi dan memaki-maki aku....


"Benci betullah, kenapa orang asyik tanya Faris...Faris....Faris....nombor ni saya punya!"


"Saudara....dengar sini...kalau awak nak marah, marahlah CELCOM, Faris tu peniaga yang namanya banyak tersiar dalam majalah kerana jadi stokis itu dan ini, dulu ini nombor dia, mungkin dia dah tak pakai lagi, Celcom juallah semula..bila nombor tu dah expired."


"Itu saya tak peduli, lain kali awak jangan telefon saya!!! Menyusahkan saya....bla...bla.....!"


"Kalau awak nak marah, marahlah...Celcom.."


"Bla...bla....bla...." Marah betul dia. Tak guna aku layan orang macam ni. Aku terus matikan talian.....


Ni kat rumah prospek, bikin malulah dengan aku. Kalau kat rumah aku, dah tentu aku sekolahkan dia cukup-cukup. 


"Beginilah Encik A (maklumlah baru kenal, walaupun sama-sama duduk Pt Sulong, kenalah berbudi bahasa)....esok saya cari dia di Pasar Tani, saya akan SMSkan nombornya kepada Encik A" (En A, ni kakinya baru dipotong kerana kencing manis, umurnya baru 43 tahun, kesian kan). 


Kesimpulan Cerita:


Nombor hp kita yang dah expired akan dijual semula oleh syarikat telekomunikasi. Dalam hal ini, nombor yang pernah aku gunakan, telah dibeli oleh seorang gadis dari Indonesia. Sahabatku Osman semasa tiba di rumah aku ketika itu, merungut.....


" Aku call je, yang angkat orang seberang, perempuan pulak tu. Aku ingat kau kahwin lagi?".......


"Kan aku dah umumkan satu dunia, aku dah tukar nombor, kenapa kau tak delete?" Itulah masalahnya! 



Isnin, 17 Oktober 2011

NAMAKAN PENAMA KWSP ANDA



Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka. 
KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat. 

Beliau berkata, penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut hukum faraid.


BERITA HARIAN.


ULASAN AKU.......


Susah sangatkah penama? Pergi ke KWSP dan cuma bawa kad pengenalan. Isi borang penama. Oh sungguh mudah. Usah disangka kita ini terus hidup, kerana bila-bila masa on call kita akan menemuiNya.


Satu lagi, ada kes suami koma, duit tak boleh dikeluarkan, isteri tak kerja. Bagaimana tu? Sebab tu suami jangan lokek sangat no pin ATMnya. Paling tidak, adakan satu akaun bersama untuk kes kecemasan seperti itu.


Tabung Haji juga ada penama. Tetapi ASB tiada penama. Kalau semua duit simpan kat situ, kena tunggu masa yang lama, kerana melibatkan pelbagai urusan termasuk kes harta pusaka dan amanah raya.  


Kalau tak percaya dengan pewaris anda...letak je nama aku sebagai penama anda.......hehehehe.....

Sabtu, 15 Oktober 2011

GADIS TERHEBAT DI THAILAND

 MALEE DUANGDEE DARI THAILAND

 MALE DUANGDEE -TINGGI- 6 KAKI 10 INCI

UMUR - 19 TAHUN
Walaupun badannya besar, Male Duangdee selalu dibuli rakan-rakan sekolahnya.Dia selalu diejek kerana ketinggiannya itu, dan menyebabkan dia selalu ponteng sekolah. Semasa lahir, saiznya dua kali ganda lebih besar daripada bayi biasa. Betapa terperanjatnya ibu dan bapanya ketika itu. Cubalah kalau engko yang melahirkannya! 

Jumaat, 14 Oktober 2011

DIA MENJADI TUA SECARA TIBA-TIBA!

Jari-jarinya nampak masih tegang




Nama: Nguyen Ti Phuong
Tempat: Ho Chi Minh
Dulu jelita tiba-tiba menjadi tua secara mendadak, bermula 2008
Punca: Dia dan suaminya mendakwa, ia berlaku kerana alahan melampau terhadap makanan laut.
Kini 2011 usia Nguyen Ti Phuong 26 tahun, tetapi kedaannya seperti nenek tua 70 tahun!
Suaminya Tanh Tuyen tetap sayang kepadanya, kerana cinta mereka sejati.
Apabila disoal, mereka tetap mendakwa kerana alahan itu, kulit Nguyen terlalu gatal, lalu membeli beberapa ubat tradisional.
Doktor-doktor percaya, Nguyen telah memakan ubat tradisional yang mengandungi steroid, iaitu yang dikenali sebagai corticoids. Ia menyebabkan sel-sel mast tumbuh dengan banyaknya dan kulit menjadi kendur.


Pengajaran, belilah ubat yang telah mendapat kelulusan! Jangan terlalu mudah percaya dengan dakwaan pengeluar. P Ramlee telah menggambarkan dalam filemnya, ingat tak? Arang yang digaul dengan air lalu dijual di tepi jalan. 

APA KESUDAHAN KERJAYA KITA?



Pada satu malam, di sebuah warung roti canai....seorang teman bertanya aku......


"Bila kau nak jadi Penolong Kanan, atau Guru Besar?" Rokok yang disedut  dihembus ke muka aku tanpa disedarinya.


Aku tersentak sebentar dengan soalan itu.


"Aku tak berminat jadi orang atas-atas ni" Aku cuba jelaskan...


"Satu-satu pekerjaan itu ada kemuncaknya, kalau cikgu sekolah rendah, jadi guru besarlah"....Kata H seorang askar yang telah bersara.


"Tapi kenapa kau tak jadi Jeneral atau Pegawai Waran 1,2 sebelum pencen askar?" Aku soal dia balik....


"Aku lain, nak jadi pegawai waran tu bukan senang"


"Aku ni pulak, tak pandai nak mengarahkan orang, tu masalah besar aku" Jawab aku.


"Kenapa kau tak sambung belajar?" Soalan yang telah aku dengar dah 1001 kali dari manusia-manusia yang aku temui.


"Soalan itu aku tak akan aku jawab...."


Jika tak sanggup berkorban, usah bicara soal kejayaan! Kata-kata sahabatku Rosudin sentiasa terngiang-ngiang ditelingaku. Tetapi yang nyata, aku tak sanggup berkorban. Allah memberiku rezekiku dengan cara yang lain daripada kawan-kawan.....Sekian....